BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, December 3, 2008

Tolong la pakai..


Saya cukup benci dengan bau ketiak. Aduhhhh! Saya boleh uwekkk bila-bila masa je bila dekat dengan orang macam ni dan jangan salahkan saya kalau tiba-tiba saya berkelakuan kurang ajar. Huhuhuhu.. Tak pun saya akan tahan nafas selama beberapa minit dan kalau tak tahan sangat saya duduk jauh-jauh sikit. Paling tak boleh blah bila saya sengaja tutup hidung depan-depan orang yang kedekut nak beli deodorant tu! Pandai-pandai kau lah fikir ape yang cuba saya sampaikan. Hehehehe..

Saya hairan kenapa orang tak boleh nak pakai deodorant setiap kali lepas mandi. Tak kisah lah kalau ketiak kau takde mengeluarkan bauan toksik yang tengit dan hangit. Boleh tak jadikan satu rutin setiap kali lepas mandi? Bukan susah, roll je kat ketiak tu dua tiga kali dah! Stakat harga sebotol deodoran tak sampai pun lima hengget takkan tak mampu kannnn.

Kat office saya ni ada la dua tiga orang customer yang selalu keluar masuk office membawa bersama bauan semerbak dari celah ketiak mereka. Huh! Bila nampak je kelibat orang yang bawak package tu, mula-mula saya akan warning kawan-kawan sebelah meja saya "jaga-jaga, bersedia tutup hidung". Hehehe.. Semua kawan-kawan dah letak tisu kat hidung dan bersedia menahan nafas masing-masing dengan aksi muka terkemut-kemut. Lemas woooo. Hahahaha!

Tau dah nak masuk area Air Cargo ni memerlukan kudrat yang boleh menghasilkan peluh dan bau, kenapa la tak terfikir di kepala hotak untuk pakai perisai kat ketiak? Dah la nak masuk sini tak boleh senang-senang nak drive keter masuk. Kau kena menapak dari Custom dan Security gate sejauh lebih kurang 1km. Kau ingat ada bas dalam tu? Lori kontena besar-besar bagak ade la. Tak pun dia ingat ada kapal terbang yang akan angkut dia dari gate ke office. Memang la parking kapal terbang betul-betul depan office, tapi agak-agak la nak buat lawak pun.

Benda yang saya tak paham mereka tu tak peka langsung dengan keadaan diri sendiri dan keadaan orang sekeliling. Kenapa yer? Orang yang tak boleh buat pertimbangan yang betul terhadap sesuatu perkara setahu saya orang tu tak bersujud. Korang confused kan, ape hal pulak dengan sujud dengan pertimbangan otak ni. Setahu saya, dalam otak kita ada satu ruang kosong di mana darah tidak dapat sampai ke situ kecuali dengan cara bersujud saja. Bila benda dalam otak yang berkaitan dengan ruang udara dan darah, ia perkara yang melibatkan sesuatu keputusan tindakan samada fizikal ataupun mental. Bila kita bersujud, seluruh ruang yang kosong itu akan dipenuhi dengan darah yang mana ia berkaitan dengan tindakan kita dalam membuat sesuatu pertimbangan yang betul untuk sesuatu perkara. So.. pergerakan-pergerakan kita semasa solat tu bukan saje-saje jer. Mana yang rajin solat, maka dia tahu macamana nak buat keputusan dan mempertimbangkan segala ape saja benda dengan lebih betul. Wallahuallam..

Haaaa..mana yang malas solat dan main aci-aci bukak pintu macam saya ni kena la selalu praktis kalau nak jadi orang yang lebih baik. Sebab tu la saya tak boleh buat keputusan nak kawen ke tak nak ni.. dah jadi confused pulak.

Nampaknye saya dah lari sikit masuk ke bab yang saya sendiri tak berapa cerdik, jom kita patah balik ke pangkal jalan. Sekarang deodorant dah macam-macam dah. Ada yang roll dan ada yang spray. Tak payah nak cari yang boleh putihkan ketiak. Tak payah cari yang boleh pakai terbalik sambil makan chicken wing. Tak payah cari yang boleh melambatkan pertumbuhan bulu. Tak payah tu semua. Penting sekali cari yang boleh tahan bau dari merebak keluar merata-rata masuk ke lubang hidung orang lain. Tu yang penting.

Kepada kawan-kawan ku sekelian. Mana-mana yang baca entry ni, sekarang sila kepakkan ketiak pada arah 90 darjah dan sila halakan hidung anda ke bawah ketiak dan buat latihan tarik dan hembus nafas sebanyak 10 kali setiap sebelah ketiak. Ada bau?? Kalau ada, pegi la beli deodorant kat Farmasi. Murah jer. Ek? Ek?


Blah!

12 comments:

en_me said...

uh! Bila nampak je kelibat orang yang bawak package tu, mula-mula saya akan warning kawan-kawan sebelah meja saya "jaga-jaga, sediakan deodorant free tok diaorang".. ekeke

13may said...

uh! Bila nampak je kelibat orang yang bawak package tu, mula-mula saya akan warning kawan-kawan sebelah meja saya "jaga-jaga, sila sedia untuk tahan nafas".. ekeke

eh! komen nak sama ngan en_me laa...hehhe hehhe

hey...ini aku said...

en_me,
hummmmm..tahan nafas sampai muka jadi hijau.

13may,
ketiak kau wangi kan?kan?kan?heeeee..

rynn2506 said...

hai..salam kenal....

kite pon x suka kalo org yg jenis ketiak berbau ni tp wat dek je kalo selisih ngan kite..igt wangi sgt ke??dia x pk ke yg sekaligus dia telah mencemarkan alam sekitar n hidung org lain....ee..x senonoh..!!!
bkn mahal pon deodorant skg ni...kite ni setiap kali lepas mandi walaupon nak masuk tdo aku tetap nak pakai deodorant gak....

hey...ini aku said...

rynn2506,
org camtu rsanya hdung sndiri tersumbat tu.x pun hidung plastikkk.

S h i n o said...

hehehe.. kalau mase balik opis...
yg part dalam lift tuu.. adoii..
bleh pengsann tauu

dingerous said...

hmm...kita patut bersyukur ada lagi deria bau.. boleh bau wangi, boleh bau busuk... tapi diorang tu yg tak de kot...hahahaha.. tapi saya ok ke tak??hehehe

hey...ini aku said...

shino,
aku sanggup tkan butang pastu keluar dr lif dr aku sound jer org tu depan2.dh baru balik kejer+tensen, memg lepas lah mulut nih..

dingerous,
awk de bau jgak.bau org nk blanja saya mkan..ngeh!ngeh!

dingerous said...

boleh...besok after work...hehehehe

zairi said...

kat opis aku ada sorang awek cun.tapi ada masa2 dia nye ketiak bau tengit.macam bau ketiak koleng.aku x paham kenapa bleh cam tu.adakah diadoran dia dah abis atau itu minggu dia datang bulan?

sambil layan borak dia,tepaksa la aku tahan napas.kejap2 aku buat2 pen terjatuh untuk ambik oksigen fresh.body lentik,muka syahdu, tapi ketiak....arghhh!!!!

pemikir lapuk said...

:)

hey...ini aku said...

zairi,
awek camtu slack betul.sah2 reject..

pemikir lapuk,
:) to u too..hehehe..