BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, June 27, 2008

Setiap kali saya bosan













Kalau hari kerja, saya tak keluar ke mana-mana. Hanya duduk rumah, tengok tv sepanjang malam. Huarghhhh.. what a bored life! Saya tak suka biarkan badan saya dibuli dengan keinginan bersosial yang amat meletihkan. Kalau kadang-kadang tu boleh jugak, tapi rasanya sejak kebelakangan ni saya lebih suka duduk kat rumah. Hmmmmm... agak-agak boleh jadi surirumah yang setia tak. Huhuhu...

Biasanya aktiviti saya kat rumah sorang-sorang saya suka tengok tv. Kalau dah boring sangat dengan tv, saya ulang tengok VCD drama Jepun yang bersusun dekat rak tv. Saya minat sangat dengan si Takuya Kimura. Kalau dah boring sangat lagi, saya masuk bilik. Kalau tak mengantuk, saya main-main dengan kamera. Tangkap la gambar apa-apa pun.

Gambar-gambar tu antara aktiviti yang saya buat masa bosan habis. Tu dah kira tahap bosan sangat-sangat. Lepas je aktiviti ni, saya akan cuba pujuk mata tidur. Nasib baik dengar kata. Zzzzzzz.. sampai lah pagi.

Bosan kan hidup saya?? Sekarang saya tengah fikir sesuatu benda yang boleh saya buat selain dari benda-benda bosan ni. Ada... dan saya tahu apa nak buat untuk jangka masa panjang hidup saya ni.

jom masak!

Kiranya dah lama sangat tak masak. Tak tau angin ape datang, saya teringin nak makan bihun goreng air tangan sendiri. Bosan makan benda beli. Mi banyak, lauk ada la dua tiga urat. Tension betul!

Semalam singgah kedai jap beli bahan untuk buat rencah. Ingat nak goreng sikit je, untuk sorang makan. Tup-tup bila dah masak, rasanya boleh makan tiga orang. Hehehe.. blasah je lah.

Ada lebih, simpan dalam fridge. Pagi tadi saya panaskan, bawak je ke office. Membazir kalau tak bawak.

Inilah hasil air tangan saya setelah saya tinggalkan kerja-kerja yang melibatkan kuali, periuk dan senduk ni berbulan-bulan lamanya. Hmmmm.. rajinnya saya ni..

Wednesday, June 25, 2008

Kalau itu dari kamu

Semalam nak update tak sempat. Kerja banyak sangat. Tak kerja tak ada duit. Tak kerja badan jadi lemah. So, jangan malas kerja!

Semalam, pagi-pagi lagi dapat call dari si Shafiq. Katanya rindu. Hehehe.. budak tu memang suka meraban. Katanya pagi-pagi celik mata nampak gambar saya kat phone dia. Dia kata gambar tu dia buat wallpaper. Soooo sweet of you. Dia meraban lagi ajak saya kahwin. Huhuhu... memang sengal.

Kalaulah semua tu datangnya dari Si My Chemical Brother. Kalaulah ucapan-ucapan begitu dari My Chemical Brother. Kalaulah perbuatan itu datangnya dari My Chemical Brother. Kalau je lah.. yang pasti saya suka dia the way he is. Tak romantik, kasar, tak hensem but sweet, take care tapi kadang-kadang tak peduli perasaan saya.

Bukan semua perempuan sukakan lelaki perpect.. seperti saya.

Monday, June 23, 2008

Korang perasan tak??


Korang perasaan tak ape-ape yang pelik? Tak pelik pada saya tapi mungkin pelik kepada orang-orang Melayu yang lain.

Wednesday, June 18, 2008

Alat solek dan kerana aku adalah perempuan

Orang perempuan kalau tak calit sikit bedak kat muka tak sah! Betul ni.. Saya sendiri pun tak boleh keluar kalau tak pakai bedak walaupun hanya baby powder. Saya bukan kategori perempuan yang pakai alat solek tebal seinci, tapi saya jugak bukan jenis yang muka memang original cantik untuk tidak mengenakan sebarang alat solek.

Saya ada seorang kenalan, tapi bukan kawan rapat. Dia ni cantik orangnya. Dia jugak adalah adik kepada seorang pelakon drama popular yang juga cantik dan terkenal dengan bulu mata palsunya. Hehehe.. Korang teka lah sendiri siapa kakak dia tu. Bila tengok dia, saya jadi risau. Saya risau bila tengok dia pakai alat solek tebal sangat. Risau muka dia yang cantik tu akan rosak kerana alat solek yang selalu dia pakai. Saya sendiri yang tak reti nak tempek bedak tebal-tebal pun dah dapat rasa muka saya dah rosak dan kasar. Dia jugak suka dengan bulu mata palsu macam kakak dia. Keluar jumpa saya pun dia pakai bulu mata palsu.

Mungkin alat solek bukan penyumbang utama kerosakan kulit. Ia mungkin disebabkan oleh kekurangan vitamin dalam badan kerana faktor peningkatan umur, tetapi salah satu penyumbang terbesar adalah alat solek lah kan! Kalau tak pakai make-up, nampak selekeh la pulak. Betul ke? Tak semestinyalah!

Saya pernah tengok seorang Ustazah. Walaupun muka dia tak pakai secalit gincupun, saya rasa muka dia cantik sangat. Rasa macam tak puas tengok muka dia. Rasa nak tenung muka dia lama-lama. Cantik sangat! Betul! Walaupun ustazah tu adalah OKU dan hanya pakai baju kurung dengan tudung labuh menutup kepala, dia nampak sangat cantik. Mungkin cahaya iman. Entah..

Orang tua-tua selalu cakap, orang lelaki kalau nak perempuan cantik tengok masa dia bangun tidur. Kalau perempuan yang cantik semulajadi, bangun tidur walaupun rambut kusut masai, muka bersih dari alat solek dan tetap nampak cantik dah sah la tu dia memang cantik. Kalau perempuan yang tak cantik semulajadi, mungkin si lelaki ingat hantu yang mereka mimpi malam semalam muncul menjadi nyata dari tidur mereka. Hehehehe...

Saya tak nak jadi mangsa alat solek, tapi saya bukan cantik kalau tak make-up. Kena jugak pakai. Orang lelaki kalau cari teman nak yang cantik je. Betul! Kawan saya pernah cakap, "Mesti la nak yang cantik, pasal muka dia je yang kita nak hadap hari-hari sampai mati". Betul jugak ek!

Saya upload gambar terbaru saya kat bawah ni. Korang semua suka saya yang macamana ek? Errrr.. tolong komen yang baik-baik je tau. Kalau tak, saya akan kecewa dan korang takkan jumpa saya lagi dalam masa beberapa bulan selepas komen-komen dikeluarkan kerana saya mungkin akan menjalani pembedahan plastik di Singapore atau Thailand. Hehehehe..Ingat!


Kawan saya cakap dagu saya ni panjang sangat. Boleh tak kalau saya potong sikit pakai gergaji? Ye lah! Semua orang nak tengok kita sempurna di mata mereka. Giler! Bersyukurlah dengan apa yang ada.


Lesung batu yang kadang-kadang nampak kadang-kadang tak.

Friday, June 13, 2008

Sit back & relax

Wohoooo... esok tak kerja.



Boleh relax kat rumah, tengok VCD..



Baring-baring kat sofa. Malas-malas. Tengok Sin Chan pukul 7.00petang. Makan keropok.


Tunggu orang datang, kalau ada orang yang nak datang la..

Korang yang kena kerja hari Sabtu, jangan jelous tau..

Ok chow!

Thursday, June 12, 2008

Hati dah nak pecah!(invisible note hanya untuk orang2 yg mengerti)

Tadi baru masuk ke Vitualfriend. Tu la gatal tangan sangat. Terbukak pulak satu profile siap dengan gambar sekali. Memang gatal sangat tangan ni nak sangat bukak profile dia ni. Wah!!! Romantik habis! Rasa nak pecah hati ni. Memang dah tau, tapi bila nampak gambar hati tak boleh tahan. Ingat kebal!

Entah lah hati. Fikir-fikir balik rasa nak tarik diri dari situasi yang macam ni. Selalu sangat kena pujuk hati. Sebenarnya bila hati dah jatuh sayang susah nak buang pulak. Yang untung mereka berdua, yang makan hati saya sorang. Kenapa pulak macam tu?? Pasal saya je yang tahu pasal mereka berdua, apa mereka buat bersama, selalu nampak kemesraan mereka. Yang pasti yang satu lagi tak tahu apa-apa.

Sampai bila? Mungkin dia tak sayangkan saya kerana biarkan hati saya selalu sangat macam ni. Saya seorang manusia & seorang perempuan, punya hati dan perasaan. Sensitif pada perkara berkaitan kasih sayang. Mudah menangis, tapi hanya dalam hati.

Saya cuma nak bahagia dengan perasaan saya pada dia. Itu saja. Selagi ada. Selagi mampu. Selagi tidak dibuang & dibiar.

Saya ketawa, saya senyum. Muka saya selamba jugak.. Hakikat??

Wednesday, June 11, 2008

.. itu tanda sayang


Merajuk..

Terasa..

Airmata menitis..

Itu bukan benci..

Ia luahan perasaan dari hati yang ada rasa sayang..

Rasa sayang kerana kamu adalah sahabat, bukan kenalan..

Maafkan saya..

Maafkan saya kerana megalirkan airmata seorang sahabat..

Maafkan saya kerana biarkan hati ini juga terasa..

Maafkan saya..

Friday, June 6, 2008

Ape-ape aje lah!(ini hanyalah ilusi dan imaginasi sahaja)

Saya penat nak fikir macam-macam hal. Dari susah hati, sakit otak baik saya biar je ape nak jadi. Rasa macam nak ghaib je dari bumi ni. Tak pun duduk kat pulau sorang-sorang. Orang tak sakit hati dengan saya, saya tak sakit hati dengan perangai orang.

Semua yang buruk itu datangnya dari saya. Semua masalah dalam hidup saya, orang mesti menyalahkan saya. Dari benda kecik sampailah benda-benda besar sampai cerai berai. Semua salah saya. Orang mudah sayang saya dan orang jugak akan mudah bencikan saya. Sial banyak sangat kot ada dalam badan ni. Mungkin kena mandi bunga macam kata Mushroom Ali.

Saya sepatutnya sudah tegar dengan benda-benda berkaitan dengan patah hati dan jiwa ni. Sepatutnya saya dah kebal dengan benda-benda yang melukakan hati. Sepatutnya saya sudah bersedia dengan benda yang berkaitan dengan kebencian orang. Saya punya hati batu. Orang yang punya hati batu tak punya perasaan dan jiwa. Takkan ada rasa sedih dan kecewa.

Hey.. kawan! Di mana kamu semua? Saya perlukan kamu semua agar dapat melindungi saya dari hasutan jahat dari dalam jiwa. Hasutan yang mendorong saya agar pergi mati. Perjalanan hidup saya tak seindah apa yang saya harapkan. Mungkin Allah perlu utuskan saya seorang yang boleh membimbing saya ke jalan Nya.

Arghhhh!!! Jiwa kacau lagi. Kadang-kadang benci sangat dengan diri sendiri. Nak aje humbankan diri sendiri ke dalam gaung dalam agar tak menyusahkan orang lain.

Thursday, June 5, 2008

Abah

Abah sakit lagi. Kena tahan di wad yang sama di Hospital Kota Bharu. Abah macam saya, sakit tak pernah tunjuk di muka. Abah ada macam-macam sakit. Kira complete set. Tapi, abah saya ni rock. sakit pun selamba je. Kali ni nasib baik bukan sakit jantung. Saya risau, tapi hanya Tuhan yang tahu. Takut sangat Abah pergi bukan depan mata saya.

Abah banyak simpan perasaan sendiri. Orang tak pernah tahu bila dia sedih, bila dia marah, bila dia kecik hati. Cuma saya yang perasan. saya tahu pasal saya jugak macam Abah. Sebijik perangai Abah.

Abah, cepat sihat. Walaupun Dinie tak semesra dulu dengan Abah, tapi sayang yang ada tak pernah kurang pun.

Shut up!


Saya tutup mulut. Simpan semua benda dalam hati dan kepala. Sendiri simpan, sendiri fikir, sendiri selesaikan, sendiri pujuk hati, sendiri makan hati, sendiri ubat hati. Namun ada orang nasihatkan jangan simpan, cakap saja apa yang tak puas hati. I have to speak out whatever I think in my mind, whatever i felt in my heart. Don't keep it! Just say it! Voice out! Throw out your anger!

Saya bukak mulut. Saya luahkan apa yang saya tak puas hati. Ada pulak orang tak senang hati. Keluarlah segala macam kemarahan. Keluarlah pulak hal-hal hak. Sedangkan saya tak pernah menafikan sesiapa punya hak. Bertekak lagi. Terasa, terguris, kecik hati. Sendiri fikir, sendiri makan hati, sendiri ubat, sendiri pujuk hati, sendiri mengalah, sendiri memaafkan. Sendiri jugak...

Kadang-kadang sesuatu perkataan, sesuatu hal berbangkit, sebenarnya cara penerimaan dan pemahaman orang lain dengan kita tidak sama. Kita kadang kala membangkitkan sesuatu hal hanya ingin menarik perhatian orang. Hanya ingin orang lain memahami kenapa begitu dan begini. Kita hanya ingin orang mengetahui apa yang kita rasa. Kalau cemburu, kenapa cemburu. Kalau marah, kenapa marah. Kalau merajuk, kenapa merajuk.

Bukan semua orang dapat memahami kenapa kita begitu dan begini. Bila kita marah, kita dapat marah. Kalau kita merajuk, kita tak dapat pujuk. Kalau kita diam, kita dapat diam.

**sigh** Kadang-kadang lebih baik to shut my mouth & swallow my own tongue. Saya suka peace. Saya tak suka gaduh. Saya tak suka masam muka. Beralah lebih baik daripada benda jadi lagi teruk.

** Becerita tentang hak. Seorang kekasih tak punya hak ke? Cemburu itu bukan hak? Merajuk itu bukan hak? Terasa itu bukan hak? Lebih baik jadi pelacur atau perempuan simpanan. Dibelai, dicium, disayang jugak walaupun hanya untuk satu malam. Walaupun tak perlu di akad, semua dapat. Tak perlu sebarang ikatan. Tak perlu sebarang hak! Just touch & go!

Shut up lah!