Hellllooooo... I'm back! Dah lama ye tak bukak blog ni. Ada orang rindu tak? Mesti ada.. Busy tak la sangat sebenarnya, tapi kerja ni sulit dan confidential sikit nak bagi tau orang. Sampai masa, mungkin saya akan cerita kat you all semua ape saya buat. OK?
Banyak benda nak cerita kat sini. Isnin dan Selasa lepas saya MC. Tulang kaki saya sakit balik. Macam biasa saya pergi jumpa doktor yang selalu saya jumpa. Ketuk-ketuk ape yang patut. Macam biasa jugak dia akan bagi ubat untuk tulang, ubat migraine dan ubat gastrik. Lepas dah sudah hal-hal perubatan, sempat jugak borak dengan doktor tu pasal politik. Hehehe.. macam la tau sangat, tapi boleh lah. Kira kembang jugak la otak ni dengan hal-hal politik negara. Doktor cina tu cakap dia orang pembangkang. What ever lah.. Dia tanya saya pasal Altantuya, pasal Anwar Ibrahim, pasal saya sokong party mana. Blasah je lah!
Balik kerja ada dengar cerita kawan satu department kena sorok dengan bunian masa balik kampung minggu lepas.. Terkejut la jugak. Lebih kurang empat jam jugak dia kena sorok dekat perhentian rehat Gua Musang, Kelantan. Budak tu ingat dia hanya pergi toilet, sembahyang isyak lepas tu beli kuih dalam setengah jam je. Rupanya-rupanya puas adik dia cari dan terpaksa tunggu empat jam baru jumpa dia. Tu pun elok je dia tengah hulurkan daun kering depan pokok. Kononnya nak beli kuih la tu.. Lepas je adik dia tepuk bahu, baru dia sedar semua orang-orang yang ramai tu semua hilang dan kawasan yang terang benderang tiba-tiba gelap dan yang tinggal hanya pokok-pokok depan mata dia. Dia pulak ada kat hujung semak dekat dengan hutan, jauh sikit dari kawasan rehat tu. kalau macam ni, saya make sure balik kampung lepas ni hanya balik siang je. Drive sorang-sorang tak pe, tapi jangan ajak saya balik kampung malam. Seram wooo..
Ada banyak lagi cerita, tapi ada benda yang tak sure lagi. Macam ada desas-desus saya akan ditukar position ke bahagian lain. Konon-kononya saya adalah pengganti terbaik untuk budak yang nak berenti tu. Shut-up lah Boon! Boleh tak jangan suka-suka nak rekemen nama saya.. Mintak-mintak tak jadi. Saya boleh nampak ada buruk baik untuk saya nanti ni. Percayalah! Pasal kerja saya tak rasa saya tak boleh buat, tapi ada satu masalah yang saya rasa saya malas sangat nak berdepan. Budak zaman batu aka makhluk tuhan paling sadis! Tak boleh nak imagine kalau saya boleh interkom dia dan suruh dia buat tu buat ni dan macamana reaksi dia. Harharhar!
Okeyyyyy lah sayang-sayang semua. Ada kerja rahsia nak buat ni. Jumpa lagi lah! InsyaAllah kalau sakit kaki ni tak memudaratkan.
Janne!
Friday, August 29, 2008
Cerita terkumpul.. harharhar!
catatan merapu dari hey...ini aku at 1:15 PM 3 comments
Monday, August 18, 2008
Rancangan Masa Depan
Saya tak sempat nak update blog ni. sekarang tengah merancang sesuatu untuk masa depan. Ada masa akan saya update. Kalau tak tunggu blog ni naik kulat hijau baru saya update. Hehehe..
Jumpa lagi nanti, tapi jangan pulak korang tak datang sini lagi. Ada masa akan saya update ok.
catatan merapu dari hey...ini aku at 1:50 PM 3 comments
Thursday, August 7, 2008
Esok cuti..wohoooo
Esok cuti. Kepala dah bengkak dengan macam-macam benda. Rasa lemas dengan kerenah boss-boss yang memang sengal. Naik muak dengan number-number yang memeningkan. Naik angin dengan e-mail yang macam-macam kerenah. Naik bengkak telinga dengan call-call yang membingitkan.
Sekarang nak relax sampai Isnin. Selasa baru naik kerja. Kepada dua orang junior saya, tolong jangan call saya okayy! Nak tanya ape-ape soalan, sila angkat tangan atau pergi ke kaunter pertanyaan yang berdekatan. Warghahahaha! Nasib korang lah dapat saya sebagai 'kepala' korang. Dahlah garang, kepala angin, selamba badak, mulut laser, mantain cun lagi walaupun otai. Wakakaka... dan Vaani, jangan jeles dengan senior mu ini. Nama saya memang glamer kat overseas dan saya tau you tak berapa puas hati. Lagi sekali nak harharhar!
Kepala tengah berbuih ni. Malas nak cakap banyak, kita cuti-cuti Malaysia dulu.
Janne!
catatan merapu dari hey...ini aku at 6:47 PM 4 comments
Tuesday, August 5, 2008
Penat
Semenjak dua menjak ni rasa penat sangat. Penat dengan macam-macam benda. Penat badan & penat perasaan. Paling benci, penat otak! Dah tak daya rasanya nak lalui this kind of penat-penat ni. Rasa macam nak lari jauh-jauh, sorang-sorang.
Dah rasa fed-up gila babun!!!!!!! Rasa nak give-up pun ada...
Baik korang nasihatkan saya, kalau tak dah sah nanti saya buat benda-benda gila dan tak masuk akal.
catatan merapu dari hey...ini aku at 4:02 PM 6 comments
Friday, August 1, 2008
Bertekak lagi!
Hari ni panas lagi dengan boss. Korang mesti tak percaya saya boleh bertekak dengan Boss saya. Errrr.. bukan Boss biasa, Director. Gila tak?
Dia bikin saya panas hati. Saya punya kerja, saya tau selok belok system yang saya pakai dan macamana system tu pick-up benda yang saya key-in, amount dia berapa, service tax berapa. Saya jugak tau ape problem akan jadi dengan system tu. Chewah! Macam terer bebeno!. Hari-hari saya pakai system tu. Kalau nak kata jatuh cinta, dah kawen ada anak lima tau.
Hari ni last day closing. Semua benda nak kena settle. Ingat ribu-ribu amount saya key-in hari ni? Lebih dari RM2 juta tau untuk satu invoice nak kena kasi tally. Kalau riban-riban saya boleh cakap saya ni bodoh. Mungkin saya kira dan key-in buta-buta je dan bolehlah nak hentam saya. Saya dah buat, dah siap dan settle problem! Dia boleh cakap saya buat tak betul?
Saya ni pantang hasil penat saya orang komplen macam-macam dan last-last saya jugak nak kena settle. Angin berpusing satu badan macam kena gulung dengan taufan. Last sekali mulut ni terkeluar jugak benda yang saya tahan dalam hati dari tadi. Bang! Bang! Bang!
Korang nak tau ape saya cakap kat Boss saya? Harharhar! Ni gelak nak sedapkan hati sendiri. Saya suruh dia buat sendiri kerja tu. Ada lagi... saya suruh dia cari orang lain buat kerja tu. Kureng ajar tak? Memang kureng kalau orang yang kena sound tu boss besar wei! Tahun depan tak tau macamana nasib saya, cerah atau gelap. Huhuhuhu...
Tension giler lah hari ni, tapi saya tetap nak gelak! Harharhar!
Adios!
catatan merapu dari hey...ini aku at 2:56 PM 2 comments

