BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, November 30, 2008

Tukar lagi..

Ada orang tak suka gambar separuh tu. Ngeh! Ngeh! Ngeh! Ape hal lu? Lu sape? Pakwe gua? Gua skarang mana ada pakwe bai! Kalau lu rasa lu pakwe gua, lu fikir baik-baik ape lu patut buat untuk masa depan awek lu ni. Kalau lu takut nak lepaskan gua pasal takut sangat orang lain main-mainkan gua, cuba lu fikir betul-betul sape yang cuba wat camtu skarang. Lu dah kena facai memang la lu boleh membebel tepi telinga gua. Lu pun sama cam mangkuk sorang tu lah! Kena chemical, kena facai pastu membebel je tau, macam yo yo o je tapi habuk pun tarak!

Bab kat atas tu cuma pesanan penaja je lah! Korang takyah ambik port sangat. Nak citer pasal gambar profile tu. Gila kan? Asyik tukar je kan? Macam prasan sangat kan? Ade saya kisah.. Kenapa gambar bertudung? Memang saya gi kejer pakai tudung. Camtu la rupa saya. Cuma masih lagi on off. Gi kejer memang la slalu pakai. Luar office, masa sosial ada mood pakai tudung maka jadilah muslimah konon tapi masih lagi suka nampak ranggi. Kalau ada mood offkan tudung, over la sikit ranggi. Entah bila nak insaf niiiiiiii..

Saya ni tak la tinggi. Dah keturunan katek maka kateklah yang keluar. Oleh kerana ketinggian yang tak seberapa, maka alternative.. saya suka pakai heel 2 inci. Maka ramai lah menyangka saya ni tinggi. Bila dah pakai jeans straight cut, pakai heel nampak la kaki panjang. Kasut pulak kalau tak yang muncung A tu tak sah. Nak nampak tinggi je, bukan nak tipu orang. Lagipun kan, saya suka melawa walaupun hakikat makrifat memang saya tak lawa. Confirmed! Tapi boleh blah la jugak kan.. bukan la cam teruk sangat.

Saya ni tengah mengantuk sangat. Semalam tak tidur. Pukul 8.30pagi tadi tidur kejap dalam 1 jam. Ni tengah pening-pening lalat. Nak tidur tapi ada kejer nak buat ni. Petang sikit baru siap. Itu lah saya.. suka sangat memenuhi segala kehendak orang lain dulu dari kehendak diri sendiri. Harap-harap orang yang diberi pehatian ni pandai-pandai lah fikir spesis macam saya ni ingat senang nak jumpa?

Okie dookie! Blah dulu lah!

Thursday, November 27, 2008

Nak mengeluh sikit boleh tak???

Sampai bila saya ni nak jadi badut. Tersengih-sengih. Tersenyum-senyum. Buat lawak dan orang ketawa terbahak-bahak! Orang senang hati dan gembira.

Mungkin bila biasa begitu orang keliling tak peduli pun ape perasaan saya lebih-lebih orang yang paaaaling rapat yang memang selalu cakap sayang-sayang. Entah original atau spicy!

Kecewa ke,

terasa ke,

kecik hati ke,

cemburu ke,

sakit hati ke,

sedih ke,

orang ingat takde pada diri saya. Orang ingat saya terlalu plastik pasal muka ni biasa menipu pandangan orang lain.

Mungkin salah sendiri jugak. Nak sangat menjaga hati dan perasaan orang lain. Nak sangat menjaga perhubungan agar tidak berserabut. Nak sangat agar tiada hati yang kecewa.

Walaupun begitu, saya tetap jugak senyum. Kalau tak macam kerang busuk, macam siput sedut. Hummmmm..

Kadang-kadang penat woooo..

Walaupun selalu berperasaan macam tu, bila masa happy saya buat la happy. Tapi.. masalah dia bila acara happy-happy'an selesai, selalu saya akan rasa kehilangan. I felt sooooo lonely. Masa tu nak nyanyi lagu sedih-sedih.. Uwaaaaaaa..

Ahhhhhh... ape benda saya merepek ni! Korang tak paham kan? Saya pun buat-buat tak paham ni..

Benda ni hanya dituju pada orang tertentu yang punya otak harap-harap tak plastik dan spastik.

Punca dia kepada masalah mengong ni bukan dari sesiapa pun. Cuma datang dari ketidakpastian dan ketidakpercayaan pada perasaan sendiri. Kenapa saya terlalu mangkuk membiarkan diri sendiri terjebak dalam lakonan badut yang tak berapa mantap ni.

Boleh kew saya lari? Bukan macam lari pakai gown kawen dan pegi pada kekasih lama. Bukan..

Boleh kew saya buat magic, tapi bukan magic hilangkan daup terup tu. Macam buat magic hilang diri dari dalam kotak, boleh kew?

Boleh kew saya blah macam tu je tanpa tinggal jejak pastu siap tukar alamat. Tak pun berenti kejer dan kejer di Johor?

Boleh kew saya buat keputusan kawen secara tiba-tiba yang mengejutkan semua orang? Kawen dan jadi surirumah sepenuh masa dan anak-anak yang ramai. Boleh kew camtu?

Persoalannya, sanggup kew saya??

Jawapannya..

Tak sanggup!

Dan jawapan lebih meyakinkan diri sendiri, saya tetap dengan keputusan saya walau ape pun jadi..

Dan tambah sikit lagi...

So what??????!!!!!!!!!!!!!!

Blasah je lah!

Korang mesti pening... ngeh!ngeh!ngeh!

Wednesday, November 26, 2008

Separuh!

Ape kata saya tukar gambar profile tu macam tu!(sila rujuk gambar profile). Saya tengok ramai orang letak gambar separuh. Saya pun nak tukar jugakkkkk..

Bukan nak sorokkan muka. Orang dah tau la muka poyo ni camna dengan speck besar gedabak. Nak tukar selera jew. Nak tengok jugak ada tak orang sudi singgah sini lepas ni bila tengok tuan blog yang separuh muka ni. Kita main sorok-sorok la pulak.

Sekian.. tu je lah nak cakap pooooooon!!

Tuesday, November 25, 2008

Seksi ke?

Saya ingat hari ni malas nak update. Tapi ada pulak makhluk Tuhan tah seksi ke tak suruh update. Harap-harap dia tu seksi pasal dia suka sangat condemn pasal pompuan nih! Ngeh! Ngeh! Ngeh!

Lelaki kalu seksi tang mana ek? Kalau saya, suka sangat kalau boleh pegang tang muscle yang tak berapa ada muscle. Serious ni! Bukan muscle yang berketak-ketak macam ahli bina badan tu. Itu bukan seksi, itu geli! Biasa lelaki yang ada muscle camtu yang kurus-kurus dan sedang-sedang je. Hummmm.. sape yang kurus-kurus boleh la check masing-masing nye muscle. Hehehe..

Untung jadi lelaki kan? Tak payah nak pakai seksi-seksi untuk tunjukkan dia seksi. Kalau pompuan kena pakai kain belah sampai peha. Lelaki pulak takkan nak pakai seluar belah sampai paha pulak! Itu dah kategori buang tebiat. Ngeri pulak orang tengok paha berbulu tu.

Kalau pompuan nak nampak seksi kena pakai baju ketat atau kecik. Semua benjolan dan lurah dendam terserlah baru la seksi. Kalau lelaki, takkan nak pakai baju ketat dan kecik. Itu boleh mendatangkan fitnah pulak. Mesti ada cakap camni, "mamat tu mesti gay". Dah Mat Straight dapat title Mat Gay. Lagipun lelaki mana ada benjolan dan lurah dendam nak ditunjuk. Alaa.. nampak nipple je la kan. Tu lagi saya rasa geli tengok lelaki pakai baju nampak nipple. Hehehehe... Nak tunjuk kat saya, bukak baju baru boleh ada feel seksi okey. Amaran! Ini bukan offer! Hanya terbuka kepada bakal kekasih dan suami sahaja. Wakakaka!

Seksi ke tak lelaki tu bukan pada luaran lah! Pada saya bila masa boleh nampak seorang lelaki seksi bila dia peluk saya. Mana tempat dia yang seksi masa tu la boleh dirasa. Hehehehe.. gatal! Ini bukan cerita porno, ini nak cerita pandangan peribadi tentang body. Hehehe.. Bila kena peluk masa tu baru boleh saya jumpa tang mana seksi seorang lelaki tu. Jangan pulak ada yang datang tanya saya, "saya nak test mana tempat keseksian saya boleh?". Itu nak kena blasah la tu.

Okeylah! Rasa ngantuk la pulak. Ingat nak tido, tapi tak boleh nak pejam mata siang-siang camni. Tension jugak ni.. huaaaaaah!

Janne!

Saturday, November 22, 2008

Cuti skolah (ape kena mengena pulak?)

Dah lama rasanya tak hupdate aktiviti harian saya kan?? Hmmm.. ape nak citer semua benda hari-hari buat pun benda-benda busannn!! Cuma cuti sekolah ni anak buah saya ada kat rumah. Si Minah Kepoh tu ada, satu rumah tunggang langgang macam dia ada kembar sepuluh!

Sekarang datang rumah saya je mesti nak main game kat computer. Bukan dia reti pun sebenarnya. Ekkkk je lebih. Pernah satu hari saya call dari office tanya dia main game dah berapa lama. Dia kata tak lama pun. Saya mintak dia rasa computer tu panas ke tak. Dia kata tak panas pun. Saya cakap dia auta la tu!! Dia tanya saya "Mama Ninie nak rasa? Nah! (dia letak handphone kat computer). Panas tak?" Haaa.. tu la budak, kalau kecik-kecik dah belajar jadi loyar buruk memang ada jer jawapan confident dia.

Pernah satu hari saya jentik dia. Huaaaaaa.. nangis! Hehehe.. Mama Ninie nak praktikkan jentik yang Mama Ninie blajar dari Tok Guru dari Hell. Ngeh! Ngeh! Ngeh! Terima kasih kepada Tok Guru tu pasal ajar saya camana nak menjentik orang guna kuasa Naga dari Neraka. Menjadik. Bukan saya praktikkan pada anak buah saya jer, Shamsina (sape ni?? Sila angkat tangan dengan satu jari tengah je naik) pun pernah kena. Konon nak rasa kan?? hehehe.. Best tak? Ada sape-sape nak rasa? 13May? Shino? Tank?

Aktiviti saya seharian mula dari cuti sekolah ni dengan anak buah jer lah! Hari-hari dok jerit, "bisinggggggg nye. Tiqah boleh diam tak satu minit??" Hahahaha!

Cuti sekolah sebulan lebih, tapi anak buah saya esok dah nak balik New Castle. So, rumah saya sunyi la sikit. Dah tentu, lepas dia balik saya kena kemas rumah. Bersepah mainan yang tah hape-hape tu. Imaginasi budak-budak ni kadang-kadang hebat jugak. Saya rasa dia boleh jadi pelakon, boleh jadi pengarah, boleh jadi penyanyi. Best sekali boleh jadi loyar buruk! Jiwa kacau budak tu!! Umi dia sorang jiwa kacau cukup la kan. Ni dengan anak pun sama ikut jejak langkah. Hehehehe... Bila tengok dia main sorang-sorang, ada je cerita rekaan yang dia buat. Macam yo yo o poyo jer. Hmmmm.. boleh jadi penulis skrip pun yer jugak tu.

Kalau pasal melawa nombor satu lah! Perasan tu minah gedik tu! Cute la konon tu. Entah esok nak jadi ape. Cita-cita nak jadi Doktor. Tapi rasanya tengok dari perangai dia sekarang yang suka sangat melawa, suka sangat menyanyi, agak-agak ada talent tak nak jadi Doktor?? Nampaknya Mama Ninie kena selalu praktis jentik banyak-banyak lah ni. Hummmm...

Sekarang nak upload gambar terbaru Si Minah Gedik tu tak ada. Nanti-nanti lah upload bagi korang tengok. Ada sape-sape berkenan buat menantu bagitau saya kay. Ape ada hal. Nak buat bini pun boleh, tapi korang kena tunggu la 20 tahun lagi. Ada brannnn??

ni gambar minah gedik tu tahun lepas.

Wednesday, November 19, 2008

Tak paham..

Saya tak reti nak biarkan kepala hotak saya sarat dengan macam-macam benda. Kalau ada masalah, cepat-cepat mau kasi settle. Kalau ada soalan, cepat-cepat cari jawapan. Kalau ada benda tak puas hati, cepat-cepat saya direct tanya. Nak gaduh-gaduh pun malas. Tu pasal ada je benda terlintas dalam pale hotak, ter'update'lah blog ni.

Macam peristiwa tepi highway pagi tadi. Saya mesti nak cerita. Tapi oleh kerana saya bukan story teller yang baik, hanya reti bercakap menggunakan otak dan hati saya hanya boleh bercerita dengan blog! Yerr.. saya bukan banyak cakap. Tapi saya boleh buat selamba walaupun first time jumpa orang. Kalau korang harapkan saya banyak cakap, sorry la ek. Tak kose saya nak tanya nama betul kau ape, umur kau berapa, asal mana, mak ayah orang mana, dah sunat ke belum, dah kawen belum, ada makwe ke tak. Korang nak citer, korang citer. Tak yah harap saya tanya macam-macam soklan tu. Tapi... saya boleh tahan telinga kalau korang nak citer ape. Tak kisah. Citer la pasal masalah korang, citer la kau dok mana, citer la kau ada awek berapa orang, citer la kisah hitam biru korang. Saya sudi dengar. Cuma saya tak suka orang cakap kotor ada unsur-unsur nak menggoda. Masa tu jugak tangan naik ke muka. Tak pun muka kena simbah air. Korang boleh guna bahasa kotor, saya boleh layan. Cuma tu lah! Kalau ada unsur-unsur nak menggatal memang nak kena debik. Berani ker debik orang?? Hehehehe.. boleh kot.

Berbalik kepada peristiwa tepi highway tadi. Masa saya on the way nak gi kejer pagi tadi, ada satu couple tengah gaduh nangis-nangis kat tepi jalan. Ek e le.. nak gaduh balik rumah dulu tak boleh ke? Hairan bermain-main dalam kepala hotak saya ni. Heran kenapa orang boleh buat benda-benda camni. Dah la pagi-pagi buta bergaduh ala-ala citer Tamil. Kejar-kejar, nangis-nangis nasib baik tak guling-guling.

Pagi-pagi jalan susur nak keluar ke KL dari Puchong dan Seri Kembangan tu ada la sesak sikit. Masa tu dah tentu-tentu orang bawak keter terpaksa perlahankan keter masing-masing pasal ramai dok berebut-rebut nak masuk susur ke KL tu. Ada pulak drama kat tepi jalan tu lagi la orang nak tengok ape jadi. Saya pun sempat la jugak tengok ape jadi. Hehehe.. saya kan salah sorang rakyat Malaysia yang prihatin kat jalanraya.

Peristiwa yang sempat saya rakam dalam ingatan saya, ada satu motor dah parking tepi jalan yang tengah sesak. Satu helmet dah tergolek kat tepi motor tu. Aksi si perempuan macam nak kejar si lelaki sambil tangan mengesat air mata kat pipi macam dialog "kenapa buat saya camni". Dah sah nangis tu. Si lelaki tu pulak sambil pegang satu helmet berjalan ke depan sikit macam aksi "tak koser aku nak layan perangai ko ni lagi". Lebih kurang aksi camtulah.

Persoalan saya ialah.. kenapa ada orang macam tu ek? Tak malu ke gaduh tepi jalan. Tempat pulak strategik, tepi jalan sesak-sesak camtu. Ramai penonton tu dekk! Diorang tu naik motor, takkan dari atas motor boleh jadi punca gaduh kot. Kalau saya naik motor, saya naik pastu tangan peluk pinggang orang kat depan je. Mulut takde la berbunyi kan.. Mana nak bunyi, syok ooooo.. Muahahaha.. tapi saya lebih rela naik bas atau cab dari saya naik motor dengan balaks. Orang KL ni bukan boleh kira tohmahan diorang, asal awek tertonggek je atas motor mesti fikir tu lah BOHSIA. Sempit fikiran!

Kalau ada benda tak puas hati, takde la tak sempat sampai kat parking motor dulu. Masa tu nak gaduh, gaduh la, orang pun tak berapa nak heran. Kenapaaaaa??? Saya hairan tau tak! Dah la buat drama tepi jalan, pastu buat orang lain tertanya-tanya kenapa. Saya tak puas hati kenapa ada orang tak boleh nak fikir cara bergaduh dengan betul. Hehehe.. macam saya tau pulak.

Pesanan dari saya kepada couple-couple, masa marah bawak bertenang. Kurungkan diri sekejap, jangan keluar jangan jumpa orang. Jangan jadi macam citer Abby dengan Norman Hakim. Masa panas, masa tu nak selesaikan macam-macam. Lagi teruk jadi dia. Pastu menyesal pulak. Masa tengah panas, bawak-bawak bertenang. Dah cool, baru la cari jalan nak settle camna. Tapi pada saya la kan, orang couple ni kena kongsi macam-macam, nak gaduh ke ape ke jangan la sampai benda tu jadi punca putus hubungan. Normal benda gaduh-gaduh ni pasal kita dicipta tak sama keinginan dan kehendak. Kita harap benda yang baik-baik jer dari pasangan kita, yang buruk korang tak nak terima. Ape ke he?? Dah kata sayang kenapa nak gaduh sampai putus-putus. Ishhhhh.. tak paham la. Part gaduh biar part gaduh. Part sayang biar part sayang kann.. Jangan la maki hamun sampai perkataan bastard pun keluar. Ape kes?? Kata sayang... Hummmm.. tak faham.

Arghhh.. kenapa hal ini menganggu fikiran akuuuu!!!!!

Blah lah!

Monday, November 17, 2008

Rasa Down Giler!

Tak boleh tahan sebenarnya kalau tak merapu. Berjaya tahan hanya beberapa hari je. Resah gelisah! Ngeh! Ngeh! Ngeh! Ada orang rindu tak?? Tak de? Tak kisah.. janji saya rindu korang okey!

Dua tiga hari ni saya cuba pejamkan mata rapat-rapat, dengan harapan boleh buat magic! Magic untuk hilangkan diri seketika.. Pejam rapat-rapat, bukak. Kat tempat sama jugak. Pejam lagi, pastu bukak. Kat tempat sama jugak. Dua tiga kali buat macam tu, harap-harap PLING! Saya berada di satu tempat yang best dan cantik. Tapi, lama-lama buat rasa macam ada bintang berkelip-kelip depan mata. Hampeh! Camana orang buat magic yek?

Ketika ni buat kali kedua dalam sejarah hidup saya, saya rasa down giler! Tu yang rasa nak buat magic tu. Nak cuba lari sekejap dari masalah yang sarat dalam kepala hotak ni. Bukan lari dari masalah okey. Saya hanya cuba lupakan sekejap. Saya perlukan sedikit ketenangan agar saya boleh cari jalan camana nak kasi settle semua benda alah yang bikin saya peniiiiiing ni dengan cara yang bijaksana.

Kawan-kawan tak perasan saya sekarang tengah down yang amat. Dah nama muka plastik kan, memang la orang tak perasan. Orang buat lawak, saya gelak. Orang senyum, saya senyum. Dalam kepala ni serabut sangat dengan masalah. Orang ingat badan ni kurus melengking saja je nak diet. Ada sorang kawan sorang tu tertanya-tanya ubat ape saya makan sampai bontot dengan dada dah kecik. Leper! Cissssssss.. situ dia pandang ek!

Masalah cinta? Muahahahaha! Tak ada kena mengena dengan cinta. Belah saya takde masalah. Tak tau lah pulak belah sana nun. Saya okey jer. Orang nak blah! Blah! Orang nak sayang, sayang la kan. Cuma saya ni jenis degil. Orang saja nak buat masalah, buatlah. Saya tak ambik pot pun. Engkau nak berubah hati, berubah la. Saya tetap macam ni, sayang orang macam biasa. Lagipun, benda-benda cinta ni benda paling buang masa untuk saya sakitkan kepala. Putus cinta bukan susah saya nak cover. Paling kurang saya nangis satu hari jer. Esok saya dah boleh gelak dah. Bukan susah nak cari orang baru. Serious! Senang nak cari. Tapi.. yang betul-betul ada kualiti, susah nak cari woooooo.

Benda yang men'smack down' kan saya ni tak boleh la nak cerita secara detail kat sini. Cuma nak cerita betapa saya rasa macam nak jatuh terduduk dah ni. Tapi, tiba-tiba.. TING! Ada mentol atas kepala tengah menyala. Apa saya dapat kalau saya biarkan diri saya macam ni? Itu ke yang saya nak? Rasa macam ni ke yang saya nak? Susah macam ni ke yang saya nak? Macam-macam soalan tiba-tiba datang dalam kepala ni. Saya tiba-tiba dapat satu cahaya. Duduk termenung dan fikir semua benda adalah masalah akan jadi masalah. Kalau saya fikir benda yang datang adalah satu petunjuk untuk saya bangun berusaha dan sebenarnya masalah tu adalah satu proses untuk jadikan saya lebih maju ke hadapan dan kuat, mungkin saya akan dapat settlekan satu persatu dengan tenang.

Soooooo.. hari ni saya bukan cuba, malah saya bangun dengan satu tekad okey. Wahhhhhhhh.. macam ada semangat baru ni. Saya yang akan settlekan masalah sendiri dan banyak idea dalam kepala hotak saya ni nak kasi keluar. Pagi tadi dah call Bank dan impact dari fikiran yang positif, hal-hal yang berkaitan dengan Bank settle! Untuk peringkat permualaan. Okey ape kan? Errrrrr... terbagitau pulak sikit masalah saya ek. Arghhhh.. tak kisah lah! Memang ada kaitan dengan bank pun.. Semua orang pun sama kan??

Satu benda saya perasan, kawan-kawan tak perlu hulurkan pertolongan dengan wang ringgit. Cukup korang bagi sedikit semangat dan perhatian atas apa jua masalah kawan-kawan lain. Ia dah cukup membantu sebenarnya. Bukan dengan cara menjatuhkan semangat kawan dengan cakap "saya tak boleh tolong". Bukan semua masalah kita cerita adalah untuk meminta orang lain tolong, cukup sekadar dengar. Kaaaaaaaaaaaannnnnnnnnnnn?????


Korang faham ke ape benda saya cerita ni?? Tak faham?? Huahahaha.. tak payah pening-pening fikir. Biar saya je sorang fikir cukup. Hehehehe..

Okey.. cerita saya ni tonggang terbalik, lantak lah kan! Asalkan saya dapat merapu kat sini.

Janne!

Tuesday, November 11, 2008

Izinkan saya menyepi seketika..

Hai all!

Setelah terlebih rajin dua tiga hari ni dengan merapukan blog ni, saya mintak izin menyepikan diri beberapa hari.

Bukan nak cuti. Tak berani nak mintak cuti dengan Singa Betina kat office ni time-time gini.

Bukan merajuk dengan sesiapa. Saya manusia berhati plastik tak mungkin ada perasaan sensitif begitu. Mana mungkin merajuk.

Bukan ada masalah. Tak ada masalah besar pun dalam hidup saya kecuali yang kecik-kecik jer. Setakat masalah tak tahan dengan aircond yang tak sejuk apa lah sangat.

Soooooooo.. korang jangan rindu saya yek! Muahhhhhhhhhhhhh untuk semuaaaaaaaaa.

Tank bertanggungjawab!

Pandai-pandai jer kau tag aku yer Tank! Siap kau lepas ni..


*take a recent photo of yourself OR take a picture of yourself RIGHT NOW.

*DONT change your clothes. DONT fix your hair, just take a picture.

*Post that picture with NO editing.

*post this instruction with your picture.

*Tag 10 people to do this




Ini dah malam, dah nak tidur tau. Oleh kerana teringat ada hutang dengan budak Tank tu, pagi ni kena upload. Ngeh! Ngeh! Ngeh! Tak edit tak ape okey. Tu muka tak mekap, tapi pasal ada effect dari lampu tidur so saya rasa muka nampak licin dan agak perasan. Hehehehe.. So teredit tanpa disengaja. Tak boleh snap sampai badan tau. Nanti ada yang horny saya tak bertanggungjawab! Har!Har!Har! Taik lalat kat tepi bibir tu jelas menunjukkan diri ini bermulut laser. Tak pakai mekap nampak terang sikit, kalu tak kelabu jer kalau dah boh bedak. Korang pernah tengok saya sengeh nampak gigi? Tu la tak nak sengeh selalu, saya rasa gigi saya macam gigi palsu. Dagu panjang macam ahli sihir dan mata bengkak pasal memang mata saya jenis bengkak. Rambut, nasib baik baru lepas syampu dan blow kering. kalu tak nasib korang la tengok muka wtf dari saya.

Okey, saya kena pulak tag 10 orang blogger yang lain, tapi saya tak nak ikut rules pasal saya tau ada yang malas nak layan tag-tag ni. So, ikut kepala hotak saya tak ada orang yang kena tag dari saya.

Blah!

Monday, November 10, 2008

I don't wanna be like him..

dia tak perasan ker??

Hellooooo! Dinie in da house! Weekend yang lepas seperti weekend-weekend (salah bahasa) yang biasa, saya ada kerja dengan balaks-balaks menguruskan kerja yang tak selesai-selesai. Rasa macam nak tembak jer orang yang men'slack'kan segala perancangan saya ni. Nak dihubungi dua tiga pat kali, takut jadi benda yang merapu lagi. Tak paham! Hanya boleh rehat hari Ahad. Penat woooooo! Dah habis urusan dengan si mangkuk tu, saya rasa baru saya boleh sit back & relax. Terpaksa tahan telinga ni berbulan-bulan. Terpaksa! Harap cepat settle lah dengan dia tuh! Tak boleh tahan dah rasanya.

Saya bukan nak cerita pasal kerja. Bukan. Errrr.. sebelum saya lupa, saya masih lagi dalam mood PMS. Belum lagi kibarkan bendera Japang. Mood masih lagi tonggang terbalik, tapi banyak benda dalam kepala hotak nak kena kasi keluar. Okey. Jom balik ke pangkal jalan. Saya nak cerita pasal benda yang meluat ni! Ape? Ingat nak ajak korang tobat? Saya pun tak cukup lagi ilmu nak nasihatkan orang.. benda-benda kecik boleh la kan. Setakat tanya, "korang baca Bismillah tak tadi masa nak makan?". "Korang dah ponteng semayang Jumaat dah 3 kali on the dot kan? Mengucap balik!". Ataupun, "dah semayang blum?".

Okey! Kembali ke pangkal jalan. Korang pernah tak ada kawan yang perangai tak boleh blah, yang korang meluat, tapi korang tak boleh nak tegur. Saya ada ramai kawan macam tu. Bukan saya sorang yang rasa meluat, tapi ramai lagi kawan-kawan rasa apa yang saya rasa. Bukan kawan office.. ishhhh.. bukan.. kawan office saya mana ada perangai sakai tak sedar diri camtu! Mana ada perangai plastick! Tak ada. Semua baik-baik okey.

Kalau korang la kan, kawan dah lama ni. Bau ketiak dia pun kita dah kenal. Perangai luar dalam dah tau dah camna, kalau korang (yang perempuan) nak bercerita pasal suami pada kawan rapat ni, ada tak korang cakap 'husband aku'? Kita orang Malaysia ni, kalau setakat nak cerita pasal suami pada kawan rapat rasanya ramai yang guna perkataan 'laki aku', tak pun' suami aku'. Alah lebih selamba lagi sebut nama. Kalau suami tu nama Man (ngeh!ngeh!ngeh!Nama laki sape nama Man angkat tangan!), sebut je 'Man'. Mungkin tak canggung kalau si isteri hari-hari speaking London okey! Kalau bukan hari-hari pun, segala perkataan berbahasa inggeris yang keluar dari mulut adalah lancar dan bukan yang dihafal. Bagi saya tak pelik. Tapi, kalau sampai kawan-kawan naik meluat setiap kali dengar cerita 'husband', ape kes?

Bunyi standard kot guna perkataan 'husband'? Kalau si suami adalah CEO sebuah company besar okey, saya tak heran. Kurang-kurang cikai pun ada degree okey lah nak ek sangat. Tapi, suami dia tu kawan-kawan semua dah tau kerja ape dan di mana, kawan-kawan buat tak tau jer pasal nak dengar sendiri dari mulut si isteri. Sekolah tak la tinggi mana. SPM je rasanya. Speaking pun boleh lah! Tu pun pasal hari-hari dok hafal benda sama.

Itu cerita isteri yang nak cover line suami. Okey, cover selagi boleh! Lama-lama orang tau macamana, tak ke segan.

Cerita lagi satu pulak pasal satu mamat yang boleh dikategorikan perasan macam baguuuuuussss sangat. Kerja dia bukan pangkat tinggi pun, rasanya setakat super-super jer. Tak kisah kau kerja ape dik, tapi kalau engkau kerja peon tapi kau berlagak macam kerja CEO apa kes? Dia pernah cerita dengan kawan saya, dia pernah ditawarkan jadi CEO? Hah! Besar pangkat tu! Saya tanya lagi skali kat kawan saya, "betul ke awak dengar CEO?". Kalau kau nak kelentong orang pun agak-agak la pangkat kau bagi. Kalau Assistant Manager, mungkin aku boleh percaya. Ini CEO, dah jadi owner company tu. Tempat kau kerja tu company besar kan? Boleh pulak cerita dia terpaksa tolak pasal tak tahan jaga orang bawah! Harap muka jer hensem, nak kelentong orang tak reti. Kalau saya dapat pangkat CEO, huihhhh terima je lah! Ape ada hal? Kita boss besar, nak jaga orang bawah suruh je lah orang bawah buat.

Itu cerita dia kelentong pasal kerja dia walaupun semua orang tahu (nyanyi sikit) dia tu kerja macam biasa jerkkkk! Kalau pasal pergaulan, hoh! saya pantang dengan orang macam ni. Saya pernah dapat dulu. Baikkk punya cover kalau kawan dengan orang macam ni. Sekarang, dia dah blah saya pun dah dikembalikan ke pangkal jalan. Okey, balik ke cerita mamat boleh dikategorikan mangkuk lah! Dia ni jenis tak suka kawan-kawan dengan orang biasa-biasa ni. Setakat engkau kerja kontrak angkat batu-bata, takpun kerja tak berpangkat boss-boss jangan harap dia nak lepak dengan engkau borak-borak. Dia akan pilih boss-boss yang pakai kemas je. Mana pandang engkau pakai jeans dengan t'shirt selekeh. Takde standard campur orang camtu! Cakap mesti speaking London.

Kalau nak cerita pasal orang-orang macam ni, alamat satu hari tak habis. Mungkin saya kedengaran agak kolot, tapi bagi saya kenapa kita masih nak memplastikkan diri dan kelakuan hanya nak menjaga standard diri. Macam bagus sangat ke? Bukan kah lebih baik kalau kita jadi diri kita sendiri. Nak control-control, nak cover-cover line. Lama-lama letih la kak! Itu kalau selama-lamanya engkau sanggup cover. Tapi pada hakikatnya ramai kawan dah tau kawan kita tu macaman orangnya, ape kerjanya, standard dia takat mana. Sedar la diri.. Mungkin mesej saya tak sampai pada dia pasal dia orang tu mungkin tak tau blog saya kot. Tapi harap-harap saya lah orang pertama yang bagi dia tau yang perangai dia tu ramai yang meluat. Buka benci! Meluat jer pasal kita kawan tak mau lawan!

Thursday, November 6, 2008

SAMBUNGAN UNTUK TAJUK HIDUP! (TAKDE KAITAN PUN KAN??)

First, saya nak gelak dulu.. hehehehe.. geli hati jugak dengan perangai PMS saya ni. Bila time macam ni, dua orang junior saya tu mesti ingat saya bad mood kalau saya diam tak cakap pasal kerja dengan diorang. Kalau saya bukak mulut pun pasal saya bebel aircond tak sejuk.

Hehehe.. sebenarnya bagus jugak tau. Dua orang budak tu, amoi dengan aci tak la main-main kerja. Tak payah suruh, tak payah jerit. Tahu je diorang uruskan kerja tanpa saya suruh atau marah. Sape-sape pun takut nak mengelat. Hari ni takde yang enggage berjam-jam. Takde jugak yang asyik tengok e-mail. Tak de wa cakap lu. Sorang takde soalan nak tanya, sorang lagi tanya soalan pakai e-mail. Diorang baik hari ni...

Saya tak kira walaupun sorang tu ada degree (ada saya heran! Pandai buat kerja baru saya heran.) dan sorang tu lepas SPM je. Marah tetap marah, bebel tetap bebel. Saya tak kira yang ada degree tu ada pangkat lebih satu tangga dari saya. Harharhar! Kerja tak kena memang kena marah jugak! Kalau tak marah, muka ni nanti kena panggil mengadap boss dan menjawab e-mail. Dengan otak saya la banyak benda yang saya kena fikir dan settlekan untuk diorang. Diorang cuma tanya dan saya tukang fikir dan jawab. Tak faham tanya saya, tak tau buat tanya saya, tak reti nak settle tanya saya.

Okeyylahh! Sayang-sayang semua. Mana boleh tulis panjang-panjang. Tengah nak layan bad mood ni. hehehe..

Blah dulu!

Wednesday, November 5, 2008

HIDUP

Kadang-kadang datang satu perasaan nak lepaskan semua yang saya ada. Semua benda. Rasa macam cukup letih kepala otak ni dengan benda-benda yang berkaitan dengan perasaan. Betul-betul rasa letih dan nak aje lupakan semua orang. Tak kira kawan atau lawan. Rasa macam dah tak nak lagi peduli pada orang sekeliling.

Kiri-kanan nak dijaga perasaan, tapi perasaan sendiri dah terjerut dan terjeruk. Lemas dan masam!

Bagaimana rasanya hidup dalam fikiran dan imaginasi sendiri yer??? Kalau saya tak pedulikan sape-sape lagi macamana yer??

Rasanya.. bila dah banyak sangat benda yang saya kena tempuh dalam hidup ni, penyebab yang kecik sudah cukup untuk saya tewas dengan perjuangan yang selama ni saya cuba untuk gagahkan diri dan cekalkan hati.



Semangat makin lama makin lemah.. adakah kau betul-betul faham orang macam aku?? atau kau hanya faham sekadar itu saja??
**Sigh**

Benci!!! bila nak datang bulan memang aku jadi sengal dan poyo!!

Monday, November 3, 2008

Sambung..??

Sepupu saya telah memberi satu cadangan yang kurang waras pada saya. Nak tau ape dia? Dia suruh saya sambung belajar!!!!! Buat PJJ kalau tak nak berenti kerja. Hah! Dia hilang akal ke atau saya kurang waras kerana cuba bagi alasan umur dah ganyut padahal saya tahu menuntut ilmu tu tak kira umur berapa. Rasanya otak ni dah berkarat nak masuk benda-benda camtu.

Mulanya saya yang bagi cadangan kat dia suruh dia sambung buat PHD kat overseas. Tak kira kat negeri mat saleh ke atau di Jepun. Sebenarnya senang saya nak jalan-jalan ke sana. Hehehe.. Last-last dia pulak bagi cadangan kat saya camtu. Memang ada terfikir nak sambung, tapi asyik terfikir je sampai dah bertahun-tahun dah! Wakakaka!

Saya terlebih risau untuk sepupu saya tu. Alang-alang lambat kawen, lebih baik sambung belajar kan..

Saya pulak dah syok kerja, walaupun bukan syok sangat pun. Tension je manjang. Dah syok pegang duit, walaupun asyik kena bayar hutang. Tapi bila fikir nak sambung belajar balik boleh buat saya menung panjang. Sambung belajar okey tapi bidang ape tu yang pening. Nak ambik course yang berkaitan dengan bidang kerja saya sekarang tak berbaloi. Habis-habis kerja dengan orang jugak.

Kalau benda yang saya minat? Hmmmm.. ada satu benda.. Eleh! Korang ni kalau saya cakap nak rahsia korang mesti nak jugak tau.. Korang nak tau kena la selalu jenguk sini selalu kay.. Harharhar! Kasi suspense sikit.

Korang fikir boleh tak saya ambik bidang ni????


Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket