BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, January 23, 2009

E-MAIL BERANTAI

Hoi! Hoi... Hehehe.. kwajaq la tu kan bagi salam camtu. Assalamualaikum.. Pertama sekali mintak maaf dulu kat korang yang bagi komen kat comment box tu. Saya bukan malas nak jawab, tapi saya tak boleh fikir ape jawapan saya nak bagi pasal semenjak dua menjak ni saya tengah pelik dok fikir kenapa muka pelakon yang jadi Mak Datin dalam cerita Mentua vs Menantu kat saluran Prima tu makin lama makin pelik. Dah kembang semacam je. Rasanya dia ikut jejak langkah Khir Toyo kot "makan tempe" konon untuk tegangkan muka. Hummm..patut la saya tengok orang-orang Jawa perempuan cantik-cantik. Makan tempe rupanya. Errrr.. bukan cucuk botox kan Khir Toyo tu??Ngeh! Ngeh! Ngeh! Okey tak alasan tu?

Okey, okey! Seminggu ni saya demam la bai. Dari selsema, demam, batuk. Dah complete package dapat minggu ni. Hari ni baru naik kerja. Tu pun masih dok huk!huk!huk! pretttt! hehehehe..

Pagi tadi dapat satu e-mail dari sorang kawan pasal "Chinese Good Luck Tantra Totem". Mula-mula baca kandungan e-mail tu takde benda yang pelik, hanya nasihat yang agak berguna juga dan hanya benda-benda biasa saja. Tapi... last sekali ada ayat macam ni..


Kini tibalah bahagian yang MENYERONOKKAN!

Totem tantra ini telah dihantar kepada anda untuk kebaikan. Totem ini telah diedarkan ke seluruh dunia setakat ini sebanyak sepuluh kali..
Kepercayaan orang China, dalam tempoh empat hari dari tarikh ini anda edarkan anda akan beroleh keuntungan.

Sila hantarkan salinan kepada mereka yang pada pendapat anda memerlukan kebaikan. Janganlah hantarkan wang kerana nilai takdir tidak boleh dijual beli..

Dilarang menyimpan pesanan ini..

Totem tantra ini hendaklah berada di tangan anda dalam tempoh 96 jam dari masa anda menerimanya.

Anda akan menerima suatu kejutan yang amatmenyeronokkan.

Kebenarannya akan terserlah, walaupun anda tidak mempercayai perkara karut-marut. Edarkan maklumat ini sekurang-kurangnya kepada 5 orang dan anda akan merasai perubahan positif yang berlaku dalam hidup anda.

0-4 orang : Anda akan mengalami perubahan kehidupan yang kecil.

5-9 orang : Peningkatan perubahan kehidupan anda berada di tahap yang anda benar-benar ingini.

9-14 orang : Anda akan menerima sekurang-kurangnya 5 kejutan dalam setiap 3 minggu.

15 dan lebih : Taraf kehidupan anda akan meningkat dengan pantas!!


Korang agak-agak macamana perasaan saya bila dapat e-mail yang ada ayat kat atas ni? Bengang sangat okey! Bukan pada penghantar e-mail tu, pasal saya tahu niat si dia tu. Saya bengang kepada penerima-pemerima e-mail macam ni kebanyakannya akan berusaha mem'forward'kan e-mail sebegini kepada seberapa ramai kawan yang boleh pasal takut sangat dapat bad luck sepertui ape yang e-mail tersebut katakan. Dan.. kebanyakan peng'forward' e-mail sebengini adalah orang Melayu. Dah kalau orang Melayu kita mesti tau la Islam kan. Ade jugak Melayu bukan Islam. Macam Melayu penyembah agama Matahari. Pernah dengar? Melayu Kristian? Tak pernah? Korang google lah sendiri, malas nak terangkan.

Kalau lah kerana e-mail macam ni boleh tentukan nasib kita, kan senang tak payah kerja susah-susah. Duduk je depan computer, forward je e-mail macam ni banyak-banyak. Tunggu je cukup bulan dapat duit dari mana-mana. Tak pun tunggu je makanan jatuh dari langit. Hidup pun senang tak susah. Dah dapat Good Luck kan!

Kadang-kadang e-mail macam ni buat orang bimbang. Kalau delete kang ade pulak benda buruk jadi lepas ni. Tak ke menganggu perasaan tu. Kalau dah jadi pulak benda buruk lepas tu, dah sah-sah kepala hotak terfikir, ni mesti pasal tak forwardkan e-mail tu kat 10 orang tu pasal la suwey.

Dulu pernah satu Abang kat office saya ni pegi photostate surat-surat berantai macam ni berkeping-keping dan letakkan atas tiap-tiap meja. Dah la guna paper company, buat kerja bodoh pulak tu. Marah? Hahahaha.. umur dah tua okey, cuba fikir cara matang. Tak boleh cakap fikir cara orang tua pasal ramai orang tua fikir tak macam orang tua. Kalau nak kira benda surat-surat berantai ni tak payah orang nak cakap tak boleh percaya, kita sendiri kan boleh fikir dengan akal yang waras. Tapi, nampaknya ramai orang kita masih lagi tak percaya ape itu 'TAKDIR' dan ape itu 'USAHA'.

Kepada penerima-penerima e-mail macam ni, kalau isinya bagus dan menarik dan rasa nak forward pada kawan-kawan yang lain boleh tak kalau bahagian 'sampah' macam ayat kat atas tu di delete dulu baru di forward. Nak ada good luck, buat benda-benda baik. Macam semayang ke, sedekah ke, hormat orang tua ke, bagi makan ayam ke, cucuk tanam ke. Baru la kita dapat berkat kan.. dapat la balasan baik. Dah kalau sakitkan hati orang, menyamun, dengki, tak semayang, tak ingat Tuhan camana nak dapat Good Luck. Tu dah sah-sah dapat Bad Luck. Kena usaha la bai.

Sekian dulu. Nak gi toilet untuk mebuat hembusan nafas yang kesekian kali. Flu tak baik-baik ni...Bencinyeeeee!!!!!!!!!!

Blah!

7 comments:

jiejah d'blogger said...

aku mmg x layan email² gini..
ehhh buka email pun aku malas hahahaha

eddie dewanaga said...

nak dapat rezeki Tuhan, kena slalu ingat Dia, keja rajin2, elak dari 'bad things'... insya-Allah.

Allah itu Maha Kaya...

S h i n o said...

Yg penting ialah kena beramal,
itu saja cara terbaik.. :)

Ade ke org percaya email berantai ni?? klu i dapat mmg i x baca. trus masuk trash then delete...

:)

rynn2506 said...

erm..kite pon penah dpt email2 cenggini..tp maleh nak layan msg2 kat bwh tu..
tp just 4ward utk sampaikan msg kat atas tu..tp kdg2 x spat nak delete pon...

green apple said...

aku mmg tak layan email berantai camni. baca pastu aku delete. ntah saper gila pi reka mainan macam ni ntah, sungguh takde keje.

anyways, part org Jawa cun2 tu aku tetiba jadi amat bangga.


Hek hek hekkkkkkkkk

divahantu said...

jangan percaya beda karut. mengarut je....

13may said...

dulu aku penah create emel camni...hahhaha hahha

tapi kasi budak2 aku ajer laa...hehhe hehhe