Mana idea ni????? Penat la kepala hotak ni fikir nak tulis ape. Kalau nak kira cerita memang banyak sangat nak luahkan dalam blog ni, tapi tak boleh nak cerita. Kalau lah boleh saya cerita sesuka hati saya kat 'blog suka hati aku' ni, kang saya takut ada yang buntang bijik mata.
Kang saya citer betul-betul pasal saya, macamana life saya yang sejujur-jujurnya takut pulak kawan-kawan yang kenal tak berape kenal saya ni ternganga jer.. Ade pulak yang keluar dailog "lah macam tak percaya jer dia ni rupa-rupanya..". Tu ade la nak sambung dailog sendiri tu.. Alah korang fikir yang negatif jer kan? Suka hati! Hahaha.. suka bagi korang tertanya-tanya ni.
Saya tak nak la buat korang tak puas hati dengan saya pasal cerita saya kat blog ni nanti. Saya tak nak kerana cerita saya yang terlampau telus, tulus, suci dan murni ade yang makan hati, ade yang tak nak kawan, ade yang segan. Saya buat blog bukan nak sakitkan hati sape-sape, walaupun sebenarnya ade yang pernah sakit hati dengan entry saya yang sebelum ni (my mistake pasal dh terlebih exposedkan cerita yang tak patut di'expose'), tapi saya nak kongsi cerita dengan orang lain dan kawan-kawan pasal life saya selepas waktu kerja. Saya tau ade blogger yang bukak blog hanya nak sakitkan hati orang lain. Ade.. Saya pernah jumpa okey!
Kalau boleh saya tak nak jadi plastik dalam blog. Nak jer saya cerita semua benda, semua rasa yang boleh saya luahkan kat sini. Tak nak berlakon macam bagus, macam bahagia, macam jahat, macam baik, macam tak kisah. Tak nak! Kalau boleh saya nak cerita semua part yang baik dan jahat dalam diri saya.
Tapi...
Saya tetap jugak tak boleh buat camtu..
Semua benda saya kena fikir. Perasaan orang lain saya kena fikir. Hubungan orang lain saya kena fikir. Kebahagiaan orang lain saya kena fikir. Periuk nasi orang lain puuuunn saya kena fikir. Apatah lagi air muka orang lain, tu kena fikir jugak. Kalau nak kira cerita terkumpul dalam kepala hotak saya ni baaaaanyak sangat. Macam-macam ade. Macam-macam rasa, macam-macam orang, macam-macam peristiwa yang boleh saya jadikan cerita.
Akhirnya keputusan saya ialah.. korang terpaksa la baca cerita basic saya ni jerrrrrr... nak tau lebih, korang kena la ambik langkah seterusnya. Fikir la sendiri..
Yesssss! Akhirnya ade jugak benda yang boleh dipost kat sini. Korang boring ker?? Ade aku pedulikkkkkkkkkk!! Harharhar!Aku lagiiiiii boring tauuuuuuu. Banyak ni benda tersangkut kat hati, kat kepala hotak tak boleh nak luah kat mana-mana ni.. rasa sebu dah niiii..
Okey lah! Blah!
**Kareem..tq sudi dengar cerita merapu aku smalam.. (smalam??ngeh!ngeh!ngeh!) ade orang marah kau nanti, cakap kat aku tau..
Penat segala...
-
Hari ini start training netball..Pancit weh! Lama tak turun padang.
Asyik-asyik coach suruh berhenti sebab tengok muka aku pucat. Takut pengsan
katanya.
...
14 hours ago


10 comments:
kalau segan nak citer kat sini...
bleh emel saya...privacy sket :D
13may,
kau mana pegi?dh kawen dh? ade gtalk tak?kau bagi nanti aku delete. promised aku x publish kt blog aku.
gua blogging utk tulis apa yg gua suka, yg gua rasa, yg gua ada...
terpulang sapa yg nak baca, cuma ingin berkongsi sesama jiwa...
jiwa metal tapi hati masih romantik gitu... hahaha...!!
dinie,
aiseh napa tak nak cerita?nak jaga hati ke takut kena serang?hhehehe..tak aper sya boleh pinjamkan awak senapang gajah saya sebab masa ni pon sya mmg ada hati nak kasi "tembak seseorang" hahahahaha...:P kite tak marah,sumpah,suke sgt!!haha..
tau tak per~
eddie,
aku pun ingat nk wat camtu, tp x sampai hati la pulak.
kau romantik yer..x tunjuk pun kat aku..hehehe..
eva,
bkan takut kena serang la, cuma semua benda nak buat kena ade peace..
eva tembak orang lidi dh lah..hehehe..
Baguih gak get out of ur chest.Pendam lama2 nanti makan hati.hehhehehe aPA ceta?
(dah tumbuh tanduk nak jadi keypochi)
el isman,
citer byak..contoh, kwan baik citer kat aku dia anak ikan datin..nk sgt jadikan topik kat blog aku, tp dia kwan aku..aku takut terover citer..huhuhu..
aku takut ko marah aku je nanti..hahaha
semua jenis messenger, aku takleh nak access kat opis...hehhe hehhe
tikoos,
ape hal la pulak aku nak marah kau.stakat gurau camtu takde makna nye nak sentuh jiwa aku ni.
13may,
kau kan ckap jer tau.update blog kau pun kau tak sempat ni plak nak temankan aku..bagi jer lah ape2 pun.
Post a Comment