Salam everybody..
Lama tak menulis. Walaupun sebelum ni entry saya pun bukan banyak yang membina minda, hanya cerita-cerita biasa tentang diri sendiri dan kadang-kadang mengutuk orang, tapi akhir-akhir ni saya seakan teragak-agak nak tulis ape. Penat perah otak, banyak sangat cerita nak kena off record. Banyak benda kena fikir dengan akal yang waras sebelum ape benda yang ada dalam kepala hotak ni direalisasikan ke dalam blog. Tension tau tak! Ingat kisah hidup saya yang simple, yang biasa jer ni tak la jadi benda serious kalau di blogkan, tapi tidak rupanya. Jika bercerita dengan se'real'nya, maka akan huru-haralah dunia. Maksud saya 'dunia' adalah lingkungan kehidupan saya.
So, cerita biasa saya macam biasa. Weekend yang lepas ingat nak pegi ke majlis makan-makan kutu babi, sirap bandung dan agar-agar plain kaler merah rumah One Love, tapi terpaksa dibatalkan kerana takde orang nak temankan. Takut nanti saya sampai sana jadi mati kutu babi pulak sorang-sorang. Hehehe.. Last-last dengan hujan lebat, keluar makan sup dengan sepupu dan kawan the one and only di Warung Dusun area Bangi. Hujan lebat, makan pulak sup memang best. Sup kat sana tak la sesedap sup yang saya pernah rasa sebelum ni, tapi kira okey lah! Tapi servis dia memang tip top. Cepat gila pasal diorang ade motto, tak silap "makanan sedap, service cepat". Balik rumah, kena pulak hantar kawan tu balik. Nak tak nak kena hantar jugak. Nampak dah tak sabar sangat nak balik. Ye! Ye! Ye! Aku fahamlah ape benda yang tak sabar sangat tuh! Alasan kau bagi kat aku tu tak boleh pakai. Hah! Kepala hotak kau tu aku dah boleh baca la beb!
Hari Ahad pulak saya bantai tidur. Pagi bangun, tidur balik. Pastu bangun pasal ex-boyfriend budak Sarawak call. Borak ape yang patut. Hahaha! Kenapa saya masih lagi terima call dari ex tu? Ape ke jadahnye saya buat begitu? Sebenarnya, saya cuma seronok mendengar cerita dia. Cerita tentang masalah rumah tangga dia. Saya boleh gelakkan dalam hati. Terus terang cakap, saya bukan jenis orang yang mudah melupakan perbuatan orang dan memaafkan orang dengan mudah. Saya seronok tengok dia begitu okey. Dan kerana dia sendiri tak sedar dia pernah melukakan saya seluka-lukanya, so dengan senang hati saya boleh jadi kawan dia 'konon'. Saya tak perlu nak balas dendam, cuma saya layan perasaan dia. Tak pernah menghasut ape-ape, malah saya menasihatkan dia banyak bersabar. Itu saja.. Buat baik, salah ke? Kalau dia nak balik semula itu dia punya pasal sorang-sorang. Tak kose saya nak layan lagi cinta ulat nundi dia tu. Dan satu hari saya harap dia sedar dan pandai nak menghargai rasa pada sekeping hati seorang perempuan. Betul ape saya fikir, harta dia yang banyak takkan menjamin kebahagiaan hati dia.
Lebih kurang 5 minit borak dengan budak tu, saya sambung tidur balik sampai tengahari. Buruk perangai kan? 'Cuti' la beb! Bangun tidur, makan dua biji pisang. Angkat baju dari ampai. Lepak depan TV layan ASTRO. Petang pulak siap-siap nak pegi wedding kawan cina. Tak tau nak pakai ape, saya blasah je pakai jeans. Lantak! Saya bukan jenis feminin nak pakai-pakai gaun ni. Kureng sikit dressing camtu. Rasa macam artis dangdut pulak kalau saya pakai. Hahahaha..
Kena pick up Kak Ct kat rumah dia dan tepat pukul 7 malam kitorang sampai kat Oriental Pearl Restaurant area Bukit Jalil. Kata restoran vege? Pengantin jemput ramai kawan-kawan Melayu dari Airline, dah tentu makanan halal diorang masak. Saya yang memang mudah sangat kembang tekak kalau ingat makanan tak senonoh ni dah risau dah! Nak tak nak, joint jugak pasal kawan punya pasal. Hidangan pertama, saya makan hot & cold cuttlefish with fungus. Okey saya boleh telan, pasal selalu makan kat restoran sushi. Ada ayam masak ape tah, hooo itu saya tak boleh telan. Kawan-kawan semeja, cina dan benggali dok suruh makan. Halal, ayam je takde pork. hahahaha.. tu la istilah halal pada non muslim ni. Diorang ingat kalau takde unsur-unsur babi dalam masakan diorang tu kira halal la tu. Habis ayam tu kalau dah tak sembelih, main cucuk je takkan nak telan jugak. Saya dengan muka selamba, buat-buat layan sotong dengan fungus tu.
Hidangan kedua, sharkfin soup. Saya dengan Kak Ct blasah. Tapi, kerana kepala hotak ni asyik dok fikir si tukang masak tu dah sah-sah cina dan terbayang pulak ade pork kat dapur, saya bisik kat Kak Ct, "jom balik, nak gi Giant shopping baju". Hidangan ke tiga belum sampai, kita dua orang mintak diri. Semua pelik. Semua tanya. Kami jawab, nak gi shopping takut kedai tutup. Hehehehe.. sambil tersengih-sengih!
Dari majlis, memang betul singgah Giant. Beli baju kat stall Mat Benggali. Pasal dah aim satu baju, keinginan tak boleh ditahan-tahan lagi. Mesti kena beli jugak. Kalau tak, tak boleh tidur. Sampai rumah dah tak boleh tidur dah. Bukan pasal dapat baju baru, tapi pasal siang tadi dah bantai tidur banyak. Hummmm.. pukul 2 pagi baru hanyut. Tu pun paksa mata tidur pasal fikir esok nak bangun gi kerja.
Sebelum tidur, saya mesti fikir pasal kawan saya yang sorang tu. Ape dia buat ye masa ni? Mesti tengah happy-happy dengan teman mesra dia. Tidur berteman. Makan berteman. Keluar jalan-jalan berteman. Bertuah sape jadi teman dia.. lagi bertuah kalau reti bersyukur..
Itu je lahhhh! Babai bebeh!
DANAU TEMPE YANG MEMPESONA
-
[image: DANAU TEMPE]
Danau Tempe adalah salah satu obyek wisata di Sulawesi Selatan yang banyak
dikunjungi wisatawan, baik domestik maupun mancanegara. Dana...
1 hour ago



3 comments:
bercakap ..makan ..tidur ..memang lebih nikmat dari bekerja ..he-he-he.
Yang lalu biarlah berlalu tak usahlah dikenang lagi.
hidup kena diteruskan selagi hayat dikandung badan..tak gtu kak dinie ku :)
kabasaran,
yea.. nikmat sangat. tapi kalau tak kerja mana nak dapat nikmat tu semua..tak pernah kenang, tapi dia yg datang menyerah diri.. hehehehe
shino,
yer adikku shino. benar sekali..hahaha..
Post a Comment