Sekarang cerita saya mungkin hanya berkisar tentang baby. Hah! Orang tengah excited nak timang baby. Maklum, dah tua bangka macam ni baru nak terhegeh-hegeh ada baby. Malu jugak weh! Orang lain, baya-baya saya ni anak dah sekolah dah. Ah! peduli hape kan. Rezeki masing-masing.
Cerita pasal rezeki, teringat satu cerita pasal budak office saya. Bukan nak mengumpat, tak baik tau.. saya nak cerita pasal attitude orang-orang kita ni jer. Budak pompuan ni baya-baya saya jugak. Mak Jan jugak sebelum ni. Ehhhh! Korang tak tau ker? Hahaha... tapi tempoh saya pegang title tak boleh blah bagi setengah-setengah orang sempit otak ni lagi lama dari dia. Saya kira makan tahun-tahun-tahun-tahun-tahun jugak berbanding dengan dia yang hanya tahun-tah jer (setahun setengah lah!). Budak ni kira macam segan ya amat kalau orang dapat tau dia ni mak jan. Kalau boleh nak sorok lah cerita kegagalan rumahtangga dia ni. Kawan-kawan office dapat tau dia dah berpisah pun bila dah stengah tahun berlalu. Itu kira dah lepas tempoh seksaan emosi la tu baru bagi tau orang.
Ye! Ye! Semua orang nak rumahtangga yang bahagia. Sape nak kawen cerai kan? Orang hilang akal jer boleh wat camtu. Berbalik kepada cerita budak tu, maka lepas setahun stengah sampai lah masa dia nak kawen lagi sekali. Datang lah dia pada hari lepas balik dari cuti kawen, dengan bawak bunga telur sebagai tanda dia dah selamat. Masa sampai turn saya dia nak bagi bunga telur tu, dia boleh bagi satu mandat kat saya. Kalau korang bukan janda korang mungkin takkan rasa ape yang saya rasa masa tu. Perasaan anak dara tua yang tunggu bertahun-tahun tak kawen dengan perasaan seorang mak jan yang gagal mempertahankan rumahtangga dan menunggu jodoh ke dua yang memang dah ade depan mata tapi tak dapat nak realisasikan jadi kenyataan bila ade halangan kerana title janda yang dipegang adalah tidak sama. Percaya lah!
Budak tu bermandat, "awak bila pulak? jangan lama-lama. Kita ni umur dah berapa. Nak beranak lagi. Bila lagi nak dapat anak." Saya hanya senyum, tapi dalam hati memang tak boleh nak senyum lah! Dan saya cuma mampu cakap dalam hati, tengok lah sape yang dapat anak dulu lepas ni. Jahat tak ade perasaan camtu? Jahat pun jahat lah! Hati saya dah berkata-kata pun..
Kepala hotak saya ni fikir, kalau kawen hanya nak membuktikan kepada semua orang yang kita ni boleh beranak dalam perkahwinan kedua kerana kegagalan menghasilkan seorang baby pada perkahwinan pertama tu dah kira tak betul.
Kalau berkahwin hanya kerana malu dengan title mak jan dan sebat jer sape-sape saja yang datang asal dia sudi menghilangkan status yang kita ada walaupun dalam masa yang singkat tanpa sempat kenal hati budi tu dah kira tak betul.
Tak betul jugak kalau fikir hanya berkahwin nak dapatkan anak semata-mata tanpa fikir macamana nak bina rumatangga yang kedua ni jadi yang lebih baik agar tidak mengulangi kesilapan yang kita buat dalam perkahwinan pertama. Memang la tujuan kawen tu nak mendapatkan zuriat, tapi kalau dah Tuhan tak nak bagi tak kira lah korang kawen awal ker, lambat ker kalau takde rezeki takde jugak.
Point saya, bukan saya nak berbangga bila saya dah sah nak ade baby. Tak selesa okey. Dah lah penat, badan letih, menguap beratus-ratus kali sehari dan mual-mual. Cuma setiap dari kita ni Tuhan dah tentukan rezeki dan kita pun kena usaha sungguh-sungguh untuk dapatkan rezeki tu. Cuma jangan la dok lupa pemberi rezeki tu yang lebih berkuasa, bukan kita. Bukan kerana dengan terbinanya rumahtangga dan berusaha bersungguh-sungguh melonggarkan skru katil dan lutut kita akan dapat rezeki yang satu tu. Bukan kah kita sepatutnya humble dengan semua orang dan tak perlu ade rasa bangga diri kerana kita berjaya melepasi satu-satu tahap lebih dari orang lain, kerana kita tidak tahu sebenarnya rezeki seseorang itu adalah datang dari yang Satu itu.
Saya bersyukur kerana rezeki saya ade dan sebenarnya belum tentu lagi rezeki yang saya dapat ni akan saya dapat. Masih kena menunggu lagi berbulan-bulan. Harap-harap semua selamat.
Haaaaa.. saya teringat ade satu ustaz cakap, kalau kita nak murah rezeki kita kena banyak memberi rezeki kepada orang lain. Jangan kedekut! Jangan terlalu menyimpan wang ringgit hanya kerana sayang untuk dibelanjakan untuk diri sendiri atau pun untuk orang lain. Jangan! Allah tak suka. Bila macam tu macamana kita nak dapat rezeki dari Allah..
Budak tu pulak masih lagi belum ade rezeki (insyaAllah ade la tu) dan dia masih lagi dok mengira duit yang banyak dalam simpanan sampai dok asyik bercerita tak tau nak buat ape dengan duit dia yang banyak. Sambil-sambil bercerita sempat lagi berpesan madah pujangga, dia takkan bagi orang pinjam duit dia walaupun kawan baik sendiri. Entahlahhhhhh...
Penat segala...
-
Hari ini start training netball..Pancit weh! Lama tak turun padang.
Asyik-asyik coach suruh berhenti sebab tengok muka aku pucat. Takut pengsan
katanya.
...
14 hours ago


0 comments:
Post a Comment