BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, June 11, 2009

El Nino dah start dah!

Korang rasa tak bahang fenomena El Nino ni? Panas giler weh! Kepala berdenyut ingat nak relax jap dok tepi tingkap tengok kapalterbang. Tak boleh bukak mata, silau! Terasa sangat panas kat luar tu walaupun saya berdiri tepi tingkap dalam office. Dengan jerebu lagi. Rasa macam dok overseas pun yer..harharhar! Konon!

Kerja banyak giler nih, tapi kepala berdenyut-nyut rasa macam nak korek-korek bijik mata kasi urut sikit pastu pasang balik. Mungkin boleh lega kot..hehehe.. Check e-mail, ah! Busannnnn... tengok e-mail dari orang Jepun ni boleh tension tau. Diorang ni jenis takleh sabar punya manusia. Semua kerja nak cepat jer.. sabar-sabar la. Satu-satu kay..

Cerita pasal e-mail. Saya cukup benci kalau dapat junk e-mail dari kawan-kawan pasal accident! Bukan la saya ni penakut.. tapi bila tengok gambar accident yang patah-riuk-berdarah-pecah-kepala-keluar-otak-terburai-perut ni saya rasa seram dan kesian. Saya benci e-mail macam niiiiiiii!!!!! Tambah-tambah tengah macam ni, semangat lemah sikit nak tengok.

Lupakan pasal e-mail macamtu. Sekarang ni hubby kata KL hujan lebat. Kalau hujan lebat tu bukan El Nino tapi La Nina kan? Bestnyer kalau KLIA pun hujan..

Okey! Kena sambung kejer dah. Banyak invoice nak kena key-in ni. Oleh kerana 2 hari lepas saya MC dan kejer saya anak-anak buah tak berani nak sentuh (bukan diorang tak berani buat, tapi malas nak fikir banyak), so kejer saya teramat-amatlah menggunung. Nak marah-marah selalu tak boleh jugak. Sekarang saya lebih cool berbanding dulu tau!

Itu jer..babai!

3 comments:

dingerous said...

hmm skarang...lebih cool????
saya rasa awak lebih hot...
hehehe...

hey...ini aku said...

dingerous,
hoi!hoi!hot tu sexy ker hot panas hati jer ni..;-P

dingerous said...

hot mama wanabe laa....
btw...saya mmg suka tgk org pregnant...hehehe