Sape cakap nak jadi doktor susah? Tak payah belajar tinggi-tingi sampai ade master dengan PHD. Tak payah nak score math kaw-kaw masa SPM pun. Giler senang ni.. tak caya??
Masuk AMWAY! Automatik korang boleh jadi lebih terer dari doktor. Tak percaya? Cuba dekat-dekat dengan ahli-ahli AMWAY yang taksub giler pasal products supplement mereka. Doktor pun kalah kalau korang dengar ape diorang belajar dari up-line mereka.
Pernah dengar ahli-ahli AMWAY telan vitamin C sampai berbelas-belas bijik sekali telan kalau kena selsema? Pernah dengar ahli AMWAY yang patah tangan tak makan ubat doktor, sebaliknya telan calcium AMWAY berbijik-bijik pasal boleh cepat sembuh? Pernah dengar ahli AMWAY cakap tak payah hantar anak pegi tuisyen, cukup hanya bagi diorang makan macam-macam vitamin AMWAY sure boleh score dalam periksa?
Saya pernah! Budak office saya yang taksub dengan barang-barang AMWAY dan percaya 100% dengan up-line diorang tentang betapa bagusnye supplement AMWAY dan betapa tak bagusnye ubat-ubat hospital. Kesian kan pakar-pakar perubatan yang cipta macam-macam ubat nak cure kan penyakit manusia dan terpaksa buat kajian bertahun-tahun untuk buat satu-satu ubat dikata tak betul?
Budak pompuan ni asal sakit jer, telan vitamin. Berbijik-bijik. Hari-hari. Setahu saya yang tak berapa nak cerdik ni, badan kita hanya akan menyerap ape-ape vitamin yang diambil hanya mengikut keperluan badan kita jer. Yang lebih-lebih tu jadi najis jer. Tak ke membazir tu..
Kawan saya ni ade asma. Dari batuk berkahak, sekarang dah jadi asma. Setiap kali sakit datang, mc pegi jumpa doktor. Doktor bagi ubat sedut dengan ubat telan, sampai rumah dia humban dalam tong sampah. Dia dok asyik telan vitamin dia yang macam-macam jenis. Dah bertahun-tahun sakit tak baik-baik pun. Asal kita tanya kenapa batuk tak berenti, dia kata vitamin dia tengah jalankan kerja nak curekan penyakit dia tu pasal selalu batuk. Effect dia nak baikkan penyakit memang macam tambah teruk. Ade ker camtu..
Asal selsema mesti kena telan vitamin C banyak-banyak pastu gi tido. bangun tido sure baik punye. Sorang lagi kawan seangkatan dengan dia pernah patah tangan. Kena simen. Doktor bagi ubat tak makan pun. Hari-hari ambik calcium berbijik-bijik. Katanya ubat doktor bahaya, tak bagus! Tapi... tiap kali orang mintak tolong angkat barang berat sikit selalu bagi alasan tangan tak kuat. Kata tulang AMWAY!
Sekarang informasi terbaru yang dia belajar dari up-line diorang ialah jangan hantar anak-anak gi tuisyen. Bagi diorang makan vitamin banyak-banyak, sure boleh jadi pandai.
Saya rasa dah jadi satu benda yang salah pulak bila kita terlalu percaya dengan ape yang up-line cerita. Memang la dalam MLM, nak berjaya kena tiru orang-orang berjaya. Tapi pasal informasi tentang supplements dah macam lari jauh sangat ke laut. Supplements?? Kan ke benda ni hanya untuk menambahkan ape yang kurang dari ape yang kita ambil dari makanan kita sehari-hari? Kenapa nak bazirkan duit makan banyak-banyak? Pada-pada la nak telan pun. Kan ade sukatan.
Saya rasa bahaya jugak kalau dah kena 'brain wash' ni. Semua maklumat yang diorang dengar dari up-line mereka diambil bulat-bulat. Tak payah nak buat research ke ape ke. Up-line tu bukan doktor. Mereka jugak meniru dari up-line mereka. Ape saje maklumat yang betul dah tak betul dah bagi mereka. Ape yang mereka tau semua maklumat yang mereka dapat dari up-line mereka adelah yang sebetul-betulnya. Itu gilo namanya..
Memang lah product AMWAY bagus. Saya sendiri pun makan calcium pasal ade masalah tulang kaki. Tapi.. saya telan sebagai supplement jer. Tak la jadikan dia ubat. Doktor bagi ubat, saya telan ubat doktor la. Ape nak kecoh beli calcium sampai berbotol-botol. Saya pun beli mesin basuh dari katalog AMWAY pasal saya suka jenama dia. Itu tandanya saya suka dengan barang-barang AMWAY walaupun saya tak terlibat pun.
Kepada dealer-dealer AMWAY, jangan marah yer. Saya hanya bagi pendapat jer. Kadang-kadang rasa macam nak marah pun ade bila ade yang terlebih pandai dari yang memang pandai. Buat bisnes betul-betul la. Cerita la ape gunanya vitamin C, ape gunanya calcium, vitamin B tu untuk badan. Jangan la berlagak lebih pandai dari doktor.
Itu jer lah! Saje bagi orang AMWAY panas la ni.. babai bebeh!
Ni ubat yang selalu saya dapat. Makan ni okey jer..
Sunway lagoon..
-
Yeah! I went to *Sunway lagoon* yesterday.. Lepas je kenduri kawin kawan
kakak aku terus ke Sunway Lagoon. Tu pun sampai dah lambat :(.
Asyik-asyik berdati...
16 minutes ago



8 comments:
salam,
dinie,tu kat tepi blog awak tu bukan link saya lah..tu yang lamanyer..kasi delete jer la..ni baru link blog sya...hehe..(http://sygava.blogspot.com/)
eida pon dah tukar jugak
http://asyeida.blogspot.com/
okay...
http://eva-eida.blogspot.com/ tu tak ader sesiapa yg punyer..ok.hehe dah cancelled dh!
ava,
sorry..semalam tukar template tu psal semua lari..
dah tukar dah..
nanti akak gi sana baca kay..
muahhhhh!
budak2 gua ramai yg jadik 'doctor', ramai yg mati....
eddie,
doktor yg tu memg best,terer pasal jarum.
elok pakai diorang jer kejer jadi misi ni kan?
aku kecik kecik dulu pakai shampoo Amway la dapat rambut cam musibat sampai skang dah satu hal aku kena pi rebonding tetiap tahun.
**one of the reason mmg Amway la, yang aku exaggerate lelebih tu alasan je...heheh**
D,
lma kau x masuk sini kan..hah!aku tau..
kau tau aku 2 hari ni asyik sgt dok bca entry kau yg zaman jepun tu..(entry lama2 ko la)dari pagi smpai petang.
mcm x de kejer lain & x de blog lain plak aku bleh bca..
sah kau letak dadah dlam blog kau tu kan.
haah...kite pon x bape suka nak dgr dorg ni riak ngan brg amway dorg tu....kalah doc cam awk kata....x kose nak lyn....
rynn,
betul!betul!betul!
Post a Comment