BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, July 9, 2009

KISAH 3 EKOR GAGAK


Okey lah Ava, hari ni akak citer lah pasal burung gagak. Cewah! Macam story teller lak.
Burung gagak kalau tengok ramai berkumpul-kumpul memang akan nampak tempat tu kotor sangat. Orang cakap jugak, gagak ni pembawa petanda. Samaada orang perasan ke tak, tak pun orang tak percaya. Ape-ape yang jadi sebenarnya hanya kebetulan jer sebenarnya.

Saya pernah baca kisah-kisah nabi pasal haiwan-haiwan ni dan salah satu binantang dalam kisah tu adalah burung gagak. Saya pun dah tak ingat camna lah! hehehe..

Peristiwa pasal burung gagak ni dah lama. Masa tu rumahtangga pertama saya tengah huru-hara. Orang cakap setahun perkahwinan adalah masa untuk menyesuaikan diri dan kena banyak sangat bersabar. Tapi, tidak bagi my ex. Dia nak saya terus transform dari kehidupan orang bujang ke kehidupan seorang isteri macam isteri-isteri nabi walaupun masa tu baru jer dalam 6 bulan kawen. Lambat sikit, salah sikit, tolak sikit, salah pakai sikit, semua benda adalah durhaka! Atas alasan-alasan itu dia ambil keputusan cari perempuan lain. Okey fine! Saya rela bermadu. Saya fikir betapa susahnya nak pegang title mak jan dan betapa sayangnya saya pada dia, so saya sanggup.

Dia tak nak dan dia nak berpisah. Saya susah hati sangat masa tu. Duduk rumah berkurung dalam bilik sampai tak makan satu biji nasi berhari-hari. Lapar je saya minum air kosong. Kerja tah kemana. Masa tu pulak my ex kejer di Melaka dan saya di KL. Dia langsung tak balik. Saya macam orang sasau. Hari-hari dok tengok highway tepi rumah. Kalau saya lari terus ke tengah jalan, innalillah masa tu jugak. Nasib baik iman ni kuat. Fikir mati macam tu, senang-senang jer tempah neraka.

Hari-hari dok terperap dalam bilik, saya selalu pandang ke luar tingkap. Khayal macam-macam hal. Satu hari tu, saya terpandang 2 ekor burung gagak depan pagar rumah. Bising sangat mulut macam bergaduh. Terlompat-lompat dengan kaki mencakar-cakar satu sama lain. Nak kata berebutkan sampah, takde pulak saya letak tong sampah depan rumah. Masa tengah gaduh-gaduh tu, datang pulak sekor joint yang 2 ekor tu. Bising-bising lepas tu 2 ekor terbang pergi tinggalkan seekor. Saya pelik bukan pasal gagak tu gaduh ke ape, cuma benda tu jadi hampir tiap-tiap hari. Cara yang sama.

Masa tu takde pulak saya fikir ape-ape. Cuma pelik kenapa hari-hari ada gagak gaduh depan rumah saya. Kalaupun lepas tu saya akhirnya cerai, tapi saya fikir peristiwa gagak tu hanya kebetulan. Ape yang jadi pada rumahtangga saya yang lepas tu mungkin atas kesilapan saya sendiri. Hasilnya dari peristiwa tu, saya slim sangat. Hahahaha.. berat cecah 43kg beb! Ingat senang ke nak turunkan badan dari 55kg ke 43kg dalam masa sebulan! Jalan pun melayang-layang.

Citer pasal gagak tu sampai sekarang saya takleh lupa. Harap-harap takde lagilah. Tak nak percaya, tapi seram jugak kalau jadi lagi depan mata macam tu. Insyaallah, harap-harap yang ke dua ni ade tolak ansur dari dua2 pihak. Tak hensem takpe, asalkan ade give and take. kalau dulu cari calon mesti yang hensem, sekarang saya belajar banyak benda. Hensem tak semestinya serasi. Benda pertama saya pilih adalah keserasian. Dan saya nampak banyak keserasian dan tolak ansur dalam hubungan yang ke dua. Harap-harap jugak sampai ke akhir hayat.
Amin!

19 comments:

Ava said...

herm...kak dinie..ava mintak maaflah yer,disebabkan ava nak tahu cerita sal burung gagak tu kak dinie teringat balik peristiwa lama tu..so sory k..ava tak tahu...apa pon ava harap pekahwinan kak dinie yg kali ke 2 ni akan bahagia hingga ke akhir hayat...dulu ava pon hmpir nak berpisah ngan suami masa 2 tahun yang lepas sampai masing2x wat haluan sendiri tetapi tetiba jer suami mintak maaf dan mintak diberi peluang ava pon sebenarnya banyak kekurangan biasalah pumpuan mcm ava ni biasa hidup senang ngan family tetiba jer kahwin dan melalui fasa baru alam perkahwinan,dan semua benda lak nak berdikari sendiri,ava pon blom dpt keje time tu harap suami jer so bagi ava berkahwin tu bukan 1 perkara yg seronok hingga nak ambik jalan singkat mujurlah ibu dan saudara mara banyak memberi nasihat dan akhirnya terjalinlah kembali ikatan kami berdua hingga ke hari ni malah ava sgt menyayangi suami ava lebih dpd dulu dan suami ava lak semakin memahami karenah ava.Tahun ni dah 6 tahun ava berkahwin tau 23/09. memang masa becinta semuanya indah tapi dah kahwin,banyak lak perkara yg tak di ingini berlaku tetapi asal jer kita ingat kan tuhan selalu dan sentiasa dengar nasihat orang tua,semuanya akan berjalan ngan baik.insyallah..

p/s:aiseyman pnjng lak komen aku ni yer...hehe saja nak kongsi...so kak dinie jgn ingat pkra yg silam tu ok..life must go on....

hey...ini aku said...

ava,
akak biasa jer. kwan2 pun kena tau jgak cerita betul ni. tu maknanya kawan kan..
harap2 rumahtangga ava x jadi cam akak k. gaduh tu biasa dlm rumahtangga, selesaikan jer. x payah la sampai cerai berai kan..
kdang2 ape yg kita x nak, tp tetap jadi jgak. tawakkal jer lah.
akak takmo sedih2 dh. skarang ni dh kuat dh.
thks ava psal ambik berat.
love u..muahhhhh!

eddie dewanaga said...

oh my goodness...!!!

kita masing2 ada sejarah lampau yg hampir merosakkan jiwa raga. member2 gua selalu bilang, bunga bukan sekuntum, dunia belum kiamat...

talk is cheap. memori karat tu jika sekali sekala menjengah, tak banyak, sikit pun tetap tercalar luka tu beb.

nasib gua baik kerana belum jejak pelamin je, itupun 2 tahun gua beraya dengan doktor dan nurse, kalau dah kawen mcm lu, mungkin gua tak masuk hospital, gua mungkin masuk metro dan kemudiannya masuk jail...

hey...ini aku said...

eddie,
masa tu klau fikir dan nak sedih lebih2 sampai putus asa dgn hidup pun aku rasa malu jugak. malu pasal ingat ade lagi org lain yg kena lagi teruk dari aku.
so..jln terbaik, bangun dr kegagalan dn hidup mcm biasa. nk musnahkan hidup sendiri utk org mcm tu pn x guna. mereka happy kita yg sakit, mna boleh jalan. kita pun kena tunjuk kita happy jugak.
ape2 jadi pun lpas ni aku tau aku ade kwan yg faham..kau!

rynn2506 said...

dinie,
diriku sgt bersimpati dgn nasib yg menimpa dirimu...tp alhamdulillah Tuhan telah bekalkan kekuatan n ketabahan dlm dirimu...semoga ianya mjadi pengajaran utk org lain juga termasuklah diri ini....AMIN~~~

n semoga lembaran baru yg sdg dilayari skrg ni kekal hingga ke akhir hayat....AMIN~~~

u go sista...

hey...ini aku said...
This post has been removed by the author.
hey...ini aku said...

rynn,
hehehe.. sya crita bkan nk kasi org sdih2. cuma kongsi2 dgn kwan2 yg sudi nk dgr crita boring camni.

green apple said...

dinie, series aku tak tau menahu pasal history ko ni.

sok aku buat housewarming, ko kena datang cerita detail sket.

hey...ini aku said...

green apple,
ni aku citer bagi kwan2 tau la ni.
errr..dtang umah ko yg aku segan ni..hehehe..
tp insyaallah!

Ava said...

blom update lgi cik akak nie..update la ok...awak tau tak kat umah kite masa ni banyak burung merpati,najis dia bersepah2x kat balconi...hang kebun kat umah ava tu pon dah marah tiap minggu mesti gosok lantai papan tu huhuuu..heran sangat naper la semua burung2x suke hinggap kat umah ava tu yer..hehe..terlebih aura maybe..kekekek

hey...ini aku said...

ava,
hehehe..busy x bleh blah ni.
rasanya klau bnyak brung & binatang, dlam rumah tu ade snow white kot..hehehe..

hang nadim said...

Ohhhh lagu tuuu cerita nyer...i pollow blog u ekk

hang nadim said...

salam...saya tak emsem la..tapi agak ramai terpegang tangan nii..

hey...ini aku said...

hang nadim,
i'll follow u 2..hehehe.
nape la plak nk kena ensem ek??

asbesstos said...

hai..first time dtg blog ni and nak tumpang komen skali..hehehe... simpati membaca entry ni... but pada akak betul ke gagak memang ada bawak petanda buruk? sebab kadang-kadang kita yang kunun2 moden ni menidakkan pantang larang org dulu..tapi biasanya memang betul kan? macam kelakar juga kadang2..tapi sedikit sebanyak memang ada kesannya...

saja singgah..

hey...ini aku said...

asbesstos, (nama ni boleh guna maki orang,hahahaha!)
tak la caya, tapi mulut dia bising kadang2 buat kita tak senang hati. lagipun bila dh terkebutulan jadi lak camtu, sawan jgak.
singgah2 la slalu. nanti akak link awak yer..

hang nadim said...

asbesstos ko nak beli aura seri murah jer rm68 inggit jer

asbesstos said...

hehe...asbesstos bukan dinding jamban ye kak.. saya asbesstos untuk penunu bunsen kat makmal sains..haha..

what ever pun...jgn biar kegusaran tu mengawal diri sbb kalau ikutkan hati mmg ramai dah bunuh diri...

Thanks..akak pun saya dah link ke blog sy..TQ

hey...ini aku said...

hang nadim & asbesstos,

okey!nak kapak ke nak pisau?hehehe..