BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, July 16, 2009

MULUT LASER? MULUT TAKDE INSURANCE?ATAU BERTERUS TERANG?

Saya tak tau mulut saya ni jenis nak masukkan kategori mana satu. Kalau pandang taik lalat kat tepi bibir ni mesti orang cakap saya kategori mulut laser. Tapi.. saya sendiri rasa saya adalah golongan manusia yang tak boleh tahan kalau ade benda yang saya tak puas hati. Saya terus-terang cakap benda tu adalah tak betul pada pendapat saya sendiri.

Nak cuba kaji situasi-situasi yang pernah saya hadapi dengan orang-orang keliling yang mana saya tak berapa puas hati.

Situasi 1
Pegi KFC nak makan Chickeroni. Dalam iklan KFC ade cakap, "macam mi, tapi berlubang di tengah". Lawak la tu, nak cakap makaroni takleh?
Bukan nak cerita pasal iklan KFC, tapi nak cerita pasal budak yang jaga kaunter kat KFC Banting.
Saya order Chikeroni set, tapi saya nak tukar air gas kepada air Milo. Saya tak suka air bergas, lagipun tak elok untuk baby.
Budak tu cakap tak boleh tukar. Kalau nak air Milo kena order lain. Saya pening. Biasa saya pegi mana-mana KFC area Lembah Klang diorang mesti cakap, nak tukar air boleh tapi kena tambah seringgit.
Saya tanya budak tu lagi, tak boleh ker tukar pasal saya tak puas hati budak tu asyik cakap tak boleh tukar. Last-last budak tu cakap, boleh tukar tapi tapi harga lain. Hek eleh! Kalau engkau cakap daripada tadi kena tambah duit kan senang. Kenapa takut saya tak mampu ke nak bayar? Sakit hati sangat, saya sound dia tepat depan muka "cakap la kena tambah duit kan senang, ingat saya tak mampu ke nak bayar stakat seringgit? Duit saya tak laku? Ini sudah menimbulkan kemarahan!" (ayat last tu macam nak buat lawak sikit walaupun tengah marah) .
Budak tu terdiam, nak marah balik takleh pasal kita ni customer.

Situasi 2
Mana-mana toll kecuali toll KLIA. Biasanya budak-budak toll ni kenapa tak reti nak balas senyum orang? Kita punya la senyum sampai ke telinga, tapi diorang buat muka selamba derk jer. Biasanya toll girl yang perangai macam ni. Saya pernah sound "tak boleh senyum ke? Kalau penat kejer, saya pun penat jugak".
Sekali tu dekat toll area Klang, tak ingat la nama toll ape. Saya tak biasa lalu situ. Pagi-pagi buta pukul 5 saya kena ambik adik saya kat Klang sana. Dah la pagi kena kejer lagi, so kelam kabut la saya. Sampai jer kat toll tu, saya tak sempat nak pandang singnboard senarai harga toll kat situ. Saya tanya toll girl tu berapa ringgit. Dia boleh buat tak dengar. Nak kata dia tak dengar pasal bising, tak pulak banyak kereta lalu situ pagi-pagi pukul 5. Dua kali saya tanya dia, tak jawab. Saya hulur jer duit seringgit dan dia pulangkan baki empat posen dengan muka selenga. Tapi tunggu.. ingat saya puas hati dengan orang perangai camni. Lepas saya ambik balance, saya tenung muka dia lebih kurang seminit dua. Dia tak berani pun pandang muka saya. Menonong je pandang depan. Ingat engkau kerja toll engkau tak payah nak berbudi bahasa ke? Lagipun kau silap orang nak buat perangai kureng hajar camtu okey.

Situasi 3,
Bank area Nilai. Saya nak bayar duit keter masa tu. Nak tunggu machine cash deposit ramai lak yang beratur. Saya terus ke kaunter. Dah banyak kali saya berurusan dengan budak pompuan yang sama. First time dulu saya dah perasan budak pompuan ni tak penah senyum. Muka kelat jer. Bila dah banyak kali, saya tak boleh tahan. Saya ni jenis suka senyum walaupun dengan orang yang saya tak kenal. Hari tu hati saya tak boleh tahan sangat dah. Gatal jer lidah ni nak sound budak tu, tapi tak sempat pasal lepas saya dah ade customer lain. Last-last saya jumpa pak guard, saya cakap kat pak guard tu "budak pompuan kat kaunter tu tak reti nak senyum kat customer pompuan ke?" Pak guard terpinga-pinga. Lantak lah!

Situasi 4,
Dalam office saya ada 5 orang Jepun yang ditransfer dari Japan branch ke KLIA yang berpangkat boss yang mejaga shipments ke Japan area. Satu hari salah sorang boss Jepun ni tanya saya pasal satu document yang dia mintak colleague saya courier ke Japan dah sampai ke belum. Dah la kejer menimbun, nak kena call courier service lagi tanya status delivery. Budak courier tu cakap, envelope tu transit dulu kat Singapore dan akan sampai ke Japan dalam masa 2 ke 3 hari lagi. Saya tanya bila date kitorang hantar envelope tu. Ingat nak marah la sikit kan, konon-konon nya diorang ni buat kejer lemb tapi masa mintak kita guna service diorang bukan main lagi siap belanja macam-macam. Errrr.. kira rasuah la tu kan? Hehehe..
Diorang cakap baru petang semalam. Punya la bengang macik nok. Ingat KLIA ke Japan tu macam KLIA ke Nilai ker boleh sampai dalam masa sehari. Agak-agak la pun.
Dah la kejer banyak ni.
Kejap-kejap si Jepun tu datang lagi ke meja saya tanya status of delivery tu. Saya jawab la kat dia, "she send out yesterday evening, it's impossible can reach Japan by today."kalau tengok kat ayat tu memang la takde ape pun, hanya english saya jer yang broken giler, tapi nada suara saya tukar la sikit macam "agak-agak la pun". Dia berlalu pergi dengan muka tak puas hati.

Banyak lagi lah saya rasa benda yang sound jer kalau saya rasa tak puas hati.

Korang agak saya ni laser ker? Mulut takde insurance ker?

Saya rasa ape saya buat tu bertempat. Kalau benda tu tak jadi pada saya, saya takkan nak senang-senang bukak mulut sound2 orang ni.

Patut ke saya diam jer? Jadi perempuan melayu terakhir yang pendiam dan berbudi bahasa dan biarkan benda camni melarat dalam bidang kerja di Malaysia yang melibatkan bahagian perkhidmatan pelanggan? Cuba perhatikan pekerja-pekerja yang kerja dia melayan pelanggan. Kebanyakan tak reti nak senyum pun, kalaupun tak reti nak beramah tamah. Ikut jer mood datang bulan dengan mukla selenga. Heran lah saya!

Okey lah! Rasanya cukup la kot untuk hari ni. Sape-sape yang rasa terlibat dengan situasi-situasi di atas, jangan marah yer. Saya tegur jer ape yang tak berapa betul. Sama-sama la kita bersedekah dengan senyuman. Nak sedekah duit dah la payah, senyum kan percuma jer. Bukan susah pun kannnnnnn.. lagi satu, kita berbudi orang berbahasa, kalau tak memang kena bahasa la kan..

Babai bebeh!

Photobucket

Tiqah pun reti senyum tau!!

12 comments:

eddie dewanaga said...

you are outspoken...!

sesetengah customer service di syarikat2 bumi bertuah ni perlu ditegur dari masa ke semasa.

senyum itu bukan saja satu sedekah, malah ia bisa buat hidup kita indah.

asbesstos said...

hehehe... diam sangat pun tak bagus..sebab org akan ingat kita bodoh..dan bising sangat pun tak bagus sebab nanti org ingat kita tak siuman...

Fasal KFC tu..saya rasa pakej JOM JIMAT mmg tak sama dengan set2 lain (snack or dinner plate).. JOM JIMAT leh tambah air..but bukan tukar air means..kalau akak nak jugak Milo..akak akan dapat 1 milo + 1 coke(yg dh siap ade) hehehe..

Fasal Tol kul 5 pagi tu...betul ke dia "orang" kak?? takut lane yg akak lalu tu pun tak wujud..hahhahaha...cuak ar tu...

Girl customer service tu kebetulan datang bulan setiap kali akak datang...wah kesian..hahahhaha

Ava said...

herm..kalau la sayakan..saya pernah mengalami situasi begini kat salah satu bank negara kat sini la,yang herannyer "bank islam" lak tu...sya suruh dia update buku bank,saya tanya ada duit masuk ke tak??selepas saya tanya dia,dia hanya naikkan jer 'bulu kening' mata dia..ada ke patut?ertinya ada duit la dalam a/c tu..then saya pon mlas la nak tnjuk 'taring' kan then dh siap saya pon kuar,kebetulan saya nak pi 1 bank lgi,ni bnk yg bukan islam hehe..HSBC kenal tak?dah tu baru jer nak pi ATM Machine alahai,customer service dia yang chinese tu bukan main baik lagi layanan dia ngan saya walaupun dia bukan islam,cuba perhatikan disini:-

- pekerja yg beragama islam,dan berbangsa melayu dan kerja kat bank islam berat muka nak senyum,harap muka jer cantik tpi tk der budi bahasa...

- pekerja yg bukan islam dan bukan melayu,ringan muka dan ringan tulang dan sentiasa ada masa nak membantu...

***mungkin ni la reasonnya mengapa melayu selalu ketinggalan,hrap2x selepas ni sesiapa yg berkerja ditempat awam,ringan2x kan ler muka tu tak payah la nak tunjuk "kekwat" mengalahkan mak datin..tak nak kerja berhenti jer la,1 pergi...10 marey la...

p/s: mintak maaf pada yg terasa,bukan nak menyindir sesiapa ni pengalaman sendiri..okay!!

hang nadim said...

aku rasa diorang tension gak, ye lah tak sabo nak balik rumah ler tu. Dinie ni kalau jadi bos Osbesstos terus dia insaf

hey...ini aku said...

eddie,
yer,sya rasa pun sya mcm tu. ckap lepas tp bertempat.
hntar gi course mcm2 course,tp x praktikkan ape yg diajar.sia2 jer..

asbesstos,
jom jimat ek??aku rasa semua burger yg harga jimat tu makin kecik.kt mc D pn sma,aiskem Mc flurry tu, bekas dia dh kecik sgt.memg la ptut harga murah pun.
errrr..toll tu ade la.kau saje jer kan..

Ava,
akak ni jnis takleh simpan2, mlut gatal jer nak sound. tp bkan tak bertempat la.okey lagi dari jadi mulut jahat.
orang melayu kena tukar cara berfikir. kita jaga ape yg baik dan tambah benda baru dlm fikiran ni mengikut zaman lah kan..entah.sya pun x sempurna sbagai melayu tp tetap bangga jadi melayu.

hang nadim,
semua org ade tension la..tp nk lepas tension pegi la sepang. jerit kuat2 msa flight nak landing tu..
hehehe.. kau memang suka buli asbesstos kan.. aku pun suka jugak buli org ni. hehehe..

juk said...

salam,

cikgu zuki ni. minta tolong sikit..add my blog to ur blogroll. I have added yours. check out my decent blog:

zukidin.blogspot.com

Thanks a lot dinie....

hey...ini aku said...

salam cikgu,
stakat nk tolong add, no big deal.hehehe..
thanks 2 you to ya..

dingerous said...

taik lalat tepi mulut tu bukan tanda org yg bermulut laser....
tu tanda mulut tak basuh bersih....lalat pon datang...

tapi pasal benda2 yg awak tegur tu memang patut pon...
kalau tak....tersasar jauh ooo...
bukan nak jadi 1ummat...1Malaysia pon belum tentu...

hey...ini aku said...

dingerous,
oooo..camtu ek?belah kiri yg besar tu dh lma kira mak la yg tak basuh bersih.tang belah kanan pulak baru tumbuh kecik, maknanya sya ni pengotor la ni..huhuhu..eh!kiri kanan ade ni tanda laser berganda ni..hehehe..

dingerous said...

lalat dulu2 kategori dinosour... tu yg besar tu... yg baru ni tumbuh lepas u handle company account kot... nak bagi balance sheet... tapi ok je... laser ke nuclear ke... apa de hei nye yong...

** jgn lupa basuh mulut anak bersih2 nanti...

easza said...

alamak.... dinie, sy pn ada tahi lalat kt bwh bibir... kompom lah sy pn jenis suka ckp depan2.... hehehe....

biasalahkan tegur org2 cm tuh... yg tak senyum tuh sbb urat senyum dah putus... kita yg suka senyum ni buatlah sedekah dengan senyuman kita nih....

Lady Leaya said...

sya pun slalu macam tu gak..saya mulut laser ke..huhu