Tak lambat lagi kan nak ucap selamat berpuasa untuk korang? Hahahaha... Saya sekarang adalah sangat malas.
Hari ni pun dapat update sikit pun jadilah kan..
Secara ringkasnya:
1) Saya sekarang sangat-sangat tak larat nak membawa perut. Rasa berat sangat walaupun baru masuk 6 bulan. Dah tak boleh nak gorjes-gorjes lagi dah! Muka manjang jer tak mekap. Dah tak kuasa dah nak tempek ape-ape kat muka walaupun baby powder secalit.
2) Belakang saya sangat sakit dan kangkang saya jugak rasa sakit. Duduk tak kena, baring tak kena dan bangun pun lagi tak kena. Rasa macam nak tobat jer lepas ni tak nak pregnant lagi.
3) Saya hairan camana orang boleh pregnant sampai lima nam orang tu. Kuat siot! Errrr... kuat segala segi la kan... huhuhu...
4) Saya masih lagi tak biasa dengan orang yang tidur sebelah saya tiap-tiap malam. Selalu terjaga bila rasa ade benda bergerak kat sebelah.
5) Oleh kerana belum dapat sesuaikan diri dengan suami, saya masih lagi terkejut kalau tiba-tiba dia muncul masa saya tengah tukar baju. hahahaha!
6) Bukan setakat terkejut, tapi saya pernah menjerit bila dia tiba-tiba suami muncul depan pintu bilik air masa saya tengah mandi dan masa tu starter lampu bilik air dah nak kena ganti. Lampu asyik berkelip-kelip, so saya bukak pintu bilik air masa mandi. Giler ker dengan suami pun nak terkejut??
7) Saya masih hairan macamana orang boleh terlampau minat dengan macam-macam artis. Kalau saya cukup la sorang dua, tu pun kerana hasil kerja seninya sahaja. Kisah hidup? No thanks! Tak minat nak tau sangat.
8) Saya teringin nak makan tauhu bakar. Suamiku, tolong la beli. Dah banyak tempat bazar ramadhan saya cari tak jumpa. Hari tu dapat makan yang area Cheras. Sedap giler dan tu pasal la saya masih lagi teringat-ingat.
9) Saya jugak teringin nak makan jala mas. Dingerous cakap kat area USJ Taipan ade jual. Mungkin saya akan ke sana kejap esok. Bukan jauh pun..
10) Saya terfikir beruntung mana-mana isteri yang dok rumah tak payah kerja. Nak ape pun dapat. Isteri-isteri yang kerja ni kadang-kadang nak beli ape pun masih lagi tertangguh-tangguh. Macam saya nak beli kasut baru masih lagi tak kesampaian. Tak sempat dan tak larat.
11) Macamana cara orang bersyukur yer? Cukup ke hanya menyebut Alhamdulillah? Tanda syukur tu sepatutnya kena sujud kepada Allah dan hidup cara Islam yang betul. Saya sendiri pun tengah mencuba jadi orang yang kena cara bila rasa bersyukur.
12) Saya ngeri tengok tangan saya sekarang ni. Urat timbul macam tangan orang angkat berat dan tapak tangan saya tersangat la merah. Terlebih darah ker. Takkan la..
13) Suara saya serak dah beberapa minggu. Macam suara itik dah ni..
14) Last lah ni! Saya tak nak ingatkan sape-sape pasal my up coming birthday 31st August ni. Tarikh tu tersangat la senang nak ingat dan sape-sape yang rapat dengan saya lupa nak wish saya akan merajuk. Betul ni.. dan hubby, hadiah saya tak nak bunga. Membazir! Saya nak kek tapi tak nak yang king's atau mana-mana kedai kek biasa tu tak best, saya nak secret recipe. Coklat pulak yang ade hazel atau macadamia atau almond yang sebijik-sebijik dan icecream walls selection yang baru tu. Boleh?? Bukan mintak gelang dan rantai kan? Murah la tu..
Okey.. tu jer dalam kepala hotak saya sekarang ni. Tak tau bila lagi dapat update. Malas tahap gaban dah ni.
See ya!
Sunway lagoon..
-
Yeah! I went to *Sunway lagoon* yesterday.. Lepas je kenduri kawin kawan
kakak aku terus ke Sunway Lagoon. Tu pun sampai dah lambat :(.
Asyik-asyik berdati...
15 minutes ago



5 comments:
beb... lu nak rasa ice cream yg 'heaven', cari brand Nestle - La Cremeria, cari flavour...
- Chocolate Hazelnut Temptation.
- Nuts & Macadamia Paradise.
- Chocolate Mocha Indulgence.
seriously, ini semua memang top of the world, been there, done that!!
...and one more thing, semoga panjang umur dan murah rezeki serta ceria-ceria selalu. Selamat menyambut ulangtahun harijadi, beb.
Salam,
ada tak foto u dgn suami? ni baby sulung ke? Selamat mengandung. Semoga semuanya selamat hingga bersalin kelak. Insya Allah.
eddie,
icecream La Cremeria dah selalu mkan.ingat nak try baru nyer walls..dh try ari tu, x sedap!La Cremeria lagi best. walls nyer byak sgt isi dia smpai jdi x best.
trima kasih doakan aku beb!
juk,
suami x bagi kebenaran tempek gambar dia kat blog. tempat lain x pe kta dia.
ni baby slung, 1st time dpat plak twin.seksa jgak.
hrap2 smua okey.
kak dinie,
harap² sbr menemuh alam kemalasan tahap gaban ni ye...
penantian kite hampir berakhir ujung bln ni..hahah...pastu akak lak..hehehe...tp kite ttp teruja nak tgu kelahiran baby twin akak tu....
semoga semuanya selamat k.....
dasatnyaaaa :D
Post a Comment