BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, January 23, 2009

E-MAIL BERANTAI

Hoi! Hoi... Hehehe.. kwajaq la tu kan bagi salam camtu. Assalamualaikum.. Pertama sekali mintak maaf dulu kat korang yang bagi komen kat comment box tu. Saya bukan malas nak jawab, tapi saya tak boleh fikir ape jawapan saya nak bagi pasal semenjak dua menjak ni saya tengah pelik dok fikir kenapa muka pelakon yang jadi Mak Datin dalam cerita Mentua vs Menantu kat saluran Prima tu makin lama makin pelik. Dah kembang semacam je. Rasanya dia ikut jejak langkah Khir Toyo kot "makan tempe" konon untuk tegangkan muka. Hummm..patut la saya tengok orang-orang Jawa perempuan cantik-cantik. Makan tempe rupanya. Errrr.. bukan cucuk botox kan Khir Toyo tu??Ngeh! Ngeh! Ngeh! Okey tak alasan tu?

Okey, okey! Seminggu ni saya demam la bai. Dari selsema, demam, batuk. Dah complete package dapat minggu ni. Hari ni baru naik kerja. Tu pun masih dok huk!huk!huk! pretttt! hehehehe..

Pagi tadi dapat satu e-mail dari sorang kawan pasal "Chinese Good Luck Tantra Totem". Mula-mula baca kandungan e-mail tu takde benda yang pelik, hanya nasihat yang agak berguna juga dan hanya benda-benda biasa saja. Tapi... last sekali ada ayat macam ni..


Kini tibalah bahagian yang MENYERONOKKAN!

Totem tantra ini telah dihantar kepada anda untuk kebaikan. Totem ini telah diedarkan ke seluruh dunia setakat ini sebanyak sepuluh kali..
Kepercayaan orang China, dalam tempoh empat hari dari tarikh ini anda edarkan anda akan beroleh keuntungan.

Sila hantarkan salinan kepada mereka yang pada pendapat anda memerlukan kebaikan. Janganlah hantarkan wang kerana nilai takdir tidak boleh dijual beli..

Dilarang menyimpan pesanan ini..

Totem tantra ini hendaklah berada di tangan anda dalam tempoh 96 jam dari masa anda menerimanya.

Anda akan menerima suatu kejutan yang amatmenyeronokkan.

Kebenarannya akan terserlah, walaupun anda tidak mempercayai perkara karut-marut. Edarkan maklumat ini sekurang-kurangnya kepada 5 orang dan anda akan merasai perubahan positif yang berlaku dalam hidup anda.

0-4 orang : Anda akan mengalami perubahan kehidupan yang kecil.

5-9 orang : Peningkatan perubahan kehidupan anda berada di tahap yang anda benar-benar ingini.

9-14 orang : Anda akan menerima sekurang-kurangnya 5 kejutan dalam setiap 3 minggu.

15 dan lebih : Taraf kehidupan anda akan meningkat dengan pantas!!


Korang agak-agak macamana perasaan saya bila dapat e-mail yang ada ayat kat atas ni? Bengang sangat okey! Bukan pada penghantar e-mail tu, pasal saya tahu niat si dia tu. Saya bengang kepada penerima-pemerima e-mail macam ni kebanyakannya akan berusaha mem'forward'kan e-mail sebegini kepada seberapa ramai kawan yang boleh pasal takut sangat dapat bad luck sepertui ape yang e-mail tersebut katakan. Dan.. kebanyakan peng'forward' e-mail sebengini adalah orang Melayu. Dah kalau orang Melayu kita mesti tau la Islam kan. Ade jugak Melayu bukan Islam. Macam Melayu penyembah agama Matahari. Pernah dengar? Melayu Kristian? Tak pernah? Korang google lah sendiri, malas nak terangkan.

Kalau lah kerana e-mail macam ni boleh tentukan nasib kita, kan senang tak payah kerja susah-susah. Duduk je depan computer, forward je e-mail macam ni banyak-banyak. Tunggu je cukup bulan dapat duit dari mana-mana. Tak pun tunggu je makanan jatuh dari langit. Hidup pun senang tak susah. Dah dapat Good Luck kan!

Kadang-kadang e-mail macam ni buat orang bimbang. Kalau delete kang ade pulak benda buruk jadi lepas ni. Tak ke menganggu perasaan tu. Kalau dah jadi pulak benda buruk lepas tu, dah sah-sah kepala hotak terfikir, ni mesti pasal tak forwardkan e-mail tu kat 10 orang tu pasal la suwey.

Dulu pernah satu Abang kat office saya ni pegi photostate surat-surat berantai macam ni berkeping-keping dan letakkan atas tiap-tiap meja. Dah la guna paper company, buat kerja bodoh pulak tu. Marah? Hahahaha.. umur dah tua okey, cuba fikir cara matang. Tak boleh cakap fikir cara orang tua pasal ramai orang tua fikir tak macam orang tua. Kalau nak kira benda surat-surat berantai ni tak payah orang nak cakap tak boleh percaya, kita sendiri kan boleh fikir dengan akal yang waras. Tapi, nampaknya ramai orang kita masih lagi tak percaya ape itu 'TAKDIR' dan ape itu 'USAHA'.

Kepada penerima-penerima e-mail macam ni, kalau isinya bagus dan menarik dan rasa nak forward pada kawan-kawan yang lain boleh tak kalau bahagian 'sampah' macam ayat kat atas tu di delete dulu baru di forward. Nak ada good luck, buat benda-benda baik. Macam semayang ke, sedekah ke, hormat orang tua ke, bagi makan ayam ke, cucuk tanam ke. Baru la kita dapat berkat kan.. dapat la balasan baik. Dah kalau sakitkan hati orang, menyamun, dengki, tak semayang, tak ingat Tuhan camana nak dapat Good Luck. Tu dah sah-sah dapat Bad Luck. Kena usaha la bai.

Sekian dulu. Nak gi toilet untuk mebuat hembusan nafas yang kesekian kali. Flu tak baik-baik ni...Bencinyeeeee!!!!!!!!!!

Blah!

Tuesday, January 13, 2009

Hummmmm..kenape ekkkkk??

Venue : Office KLIA
Masa : 10am

Kerja tak banyak, bosan jugak. Saya surf internet, masuk laman web UiTM portal tengok-tengok kalau ade jawatan kosong terbaru yang best. Hummmm.. takde yang mari la pulak. Busan..

Tengok banyak sangat invoice yang belum bersusun. Saya ambik satu bundle, susun, ikat. Ambik lagi satu bundle, susun dan ikat. Ada la tiga bundle siap. Busan..

Bangun dari tempat duduk. Buat nescafe lah! Opss! Sekarang orang tengah boikot sesetengah product termasuk jenama Nestle. Tapi.. kalau dah ketagih Nescafe camna nak buat? Dah kalau tak minum otak jadi lembab dan bila dah lembab dah tak boleh kerja. Bila tak boleh buat kerja dengan lancar, prestasi kerja saya akan merosot. Bila prestasi kerja merosot, boss mesti bengkerk dengan saya dan awal tahun kang saya tak dapat naik gaji, takde incentive. Dengar-dengar tahun ni takde kenaikan pangkat dan gaji. Tengok! Tiap-tiap tahun kos sara hidup saya makin lama makin naik, kecuali ade dato' bela saya boleh senang sikit. Tapi, saya tak hingin nak buat kerja takde moral, so saya kena bayar semua benda dengan duit gaji saya sendiri. Kalau saya susah duit, ade tak orang nak tolong? Harharhar.. rasanya kalau ade pun dengan rasa berat hati pasal sekarang ni ramai orang tak cukup duit. Kalau nak jawab 'boleh' tu sampai pause dua tiga minit maknanya orang tak ikhlas okey. Tak pun dia tengah budget, cukup tak untuk diri sendiri sampai hujung bulan..

Okey, balik ke venue yang sepatutnya iaitu office. Sebelum ke hujung tanjung (tea room), nampak dua tiga orang colleague berkumpul tengok internet. Kerana perasaan ingin tahu, saya menyebok menyelit kejap. Oh! Mereka cerita pasal majlis sanding Mawi. Kenapa? Ade yang tak kena? Mekap Ikin tak cantik? Mawi dah gemuk? Kek Mawi macam bantal? Dalam kepala hotak saya satu jer, kenapa orang kita suka jadikan benda remeh camni satu topik yang merunsingkan kepala hotak selain dari masalah sendiri? Yer la.. kenapa semua benda yang orang lain buat nak nampak sempurna pada mata kita? Kalau kita buat majlis kawen, sempurna sangat ke? Bukan saya minat Mawi okey. Tak minat pun, cuma fikir dengan waras sikit la kan. Mawi pun kentut busuk jugak macam kita. Tak sempurna walaupun dia gah satu Malaya. Kalau kutuk dia pun kita dapat ape kan? Kalau dapat satu kereta, best jugak. Ni dapat dosa woooo.. camna nak mintak maaf tu.. Saya teruskan niat saya ke tea room tanpa sebarang komen.

Sambil cat walk, saya lalu meja Kak Siti. Cuti pulak Kak Cat hari ni. Orang kata, kalau dah kawan rapat, dapat tengok meja pun jadi. Hehehe.. Sambil lalu, ternampak 'perempuan zaman batu' kat area situ tengah borak. Cerita pasal kain batik kat Langkawi murah. Beli tiga berapa ringgit jer. Hok aloh! Cerita pasal kain batik pun kecoh minah ni? Ingat citer pasal kereta BMW 5 series ker best la jugak saya nak pasang telinga. Orang beli barang kat overseas tak kecoh pun, engkau baru pegi Langkawi sekali dah heboh satu office. Gapo mu!

Saya teruskan perjalanan ke tea room dan dalam kepala hotak saya, patut la saya tak berapa boleh campur borak dengan budak-budak office saya. Tak boleh nak masuk. Patut la jugak diorang pun tak hingin nak ajak saya lepak sama dengan mereka masa lunch. Hahahaha.. Korang jangan marah okey! Mungkin saya dah banyak berubah dan saya mintak maaf. Bukan bererti saya tak sayang korang, tak respect korang. Mungkin cara kita berfikir tak sama dan suka hati korang la kan nak fikir camna pun. Saya hanya beri pendapat saya sendiri dari kepala hotak saya yang tak berapa center. Hehehehe.. Orang dah tua, dah banyak perah otak jawab soalan dari persoalan-persoalan yang timbul tiap-tiap hari dari dalam diri camni la jadi dia. Biol!

Okey kawan-kawan. Sekian cerita meraban dari Cik Dinie. Suka hati la kan nak cerita macamana pun. Ape korang peduli..=)

Okey! Babai bebeh!

Thursday, January 8, 2009

Melepek

Semalam dengan senang hatinye saya lepak kat rumah tak pegi kejer. Bila simptom-simptom kemalasan meyerang otak dan badan ni, ape lagi yang mampu saya buat.. ambik cuti ataupun MC. Semenjak dua menjak ni terasa tersangat malas tahap gaban. Mungkin kejer tak berape nak banyak awal-awal tahun macam ni. Seperti biasa, bila banyak kilang-kilang tutup maka takde lah cargo yang nak terbang. Maka takdelah benda yang saya nak kira. Masa ni boleh la simpan kuku panjang-panjang sikit. Jadi macam Mak Lampir dah ni..

Aktiviti orang kencing ni takde ape yang best selain melepek depan tv dan tidur. Nasib baik saya bukan jenis suka melantak nasi tak ingat dunia, kalau tak badan dah jadi macam anak jin ikat toncet dah! Bangun pagi macam biasa, time macam nak pegi kejer. Buat ape yang patut. Pastu dah settle, sambung tidur balik. Dalam kul 10pagi, mesti ade sorang makhluk Allah call wat spotcheck. Takut sangat saya pegi meraban ke mana-mana. Paling penting, soalan cepu cemas dia "dengan sape tu?". Kalau nak cureng, tak payah tunggu hari cuti..hari-hari biasa pun boleh.. Kalau nak la, tapi saya tau lah diri saya ni camna.

Baru-baru ni saya dapat SMS dari sorang kawan saya. Pangkat abang la dia ni. Masa dapat tu saya tengah lepak dengan 'kawan' saya tu. Dia pun sama baca ape yang saya dengan abang tu sms. Lebih kurang cerita, abang tu ajak saya pegi shopping, tapi ke Langkawi. Saya cuma mintak dia blanja saya handphone baru jer. Mintak yang kat Low Yatt jer, tapi dia ajak ke Langkawi pulak. Kalau pegi jauh-jauh camtu takkan dapat handphone jer, mesti macam-macam saya boleh dapat. Tapi, saya cakap saya tak berani pasal abang tu ajak saya pergi berdua jer dengan dia. Punya la bengang abang tu pasal saya takut dia buat ape-ape pada saya kat sana. Dah sampai dia suruh saya pakai baju besi kalau takut sangat . Hehehehe.. ade jual ker? Cawat besi ade?

'Kawan' saya yang kat sebelah tu pulak dah bengang dah. Mula la dia syak yang bukan-bukan. Saya macam biasa, buat muka selamba jer. Dah takde buat ape-ape salah nak glabah ape plak kan? Tapi, lagi saya buat slamber lagi la 'kawan' saya tu tak caya. Semestinya dia fikir saya ni pandai buat wayang. Tau sangat..muka poyo macam muka saya ni, kalau cakap setia nak mampus orang tak caya punya.

Kalau saya cuti macam semalam, mula lah dia fikir bukan-bukan. Dalam kepala hotak dia tu mesti saya dengan lelaki lain tengah berasmaradana atas katil. Tak pun dia mesti fikir saya keluar ke mana-mana ntah dengan lelaki lain. Huihhhhhh! Mesti power giler lah saya boleh simpan lelaki keliling pinggang.

Bukan dia tak tau kalau saya nak keluar dengan kawan-kawan lelaki saya, mesti saya inform dia dulu. Bukan dia tak tau kawan-kawan saya ramai lelaki berbanding dengan perempuan. Kalau keluar, kejap-kejap dia mesti call. Harharhar! Shino dah kena.. diam jer dia kat sebelah.

Tak reti-reti lagi. Heeeeee.. gapo mu? Saya rimas kawan dengan perempuan okeyyyyyy. Tapi bukan semua merimaskan. Cuma tak sanggup nak temankan diorang shopping dan tak sanggup dengar topik-topik cerita mereka. Saya rasa tak boleh nak masuk kepala hotak ni. Sorry yer kawan-kawan perempuan ku. Tu pasal kawan rapat saya pun ramai lelaki, bukan perempuan.

Semalam, dah dapat dok rumah memang saya tak lepaskan peluang melepek depan tv sepuas hati. Saya makan jer ape yang ade, biskut la, megi la, kacang la, nasib baik ikan mas dalam aquarium tu saya tak telan skali. Nampak macam menyelerakan jugak ikan mas tu.. hehehe..

Saya tak keluar rumah pun sampailah sepupu saya balik kejer saya sorang-sorang jer layan tv. Masihhhhh lagi tak percaya ker? Ape punya bengap! Baca betul-betul ni..BENGAP! Hiiiiiiiiiiihhh!

Pasal abang yang ajak saya pegi Langkawi tu pulak, sampai sekarang saya tak bagi jawapan nak ikut dia ke tak. Agak-agak nak jawab camna yer agar abang tu tak marah? Ape yang penting pada saya adalah kepercayaan yang 'kawan' saya bagi pada saya, walaupun saya tau dia ade masalah cemburu sekarang ni. Manja jugak mamat tuh sebenarnye.. hummmmm..

Ni je lah cerita untuk hari ni. Saya nak cerita topik-topik serious saya tak pandai nak mengolah ayat dan saya kurang tahu nak kupas. Saya cuma reti baca jer okey. Mungkin lama-lama saya pandai la sikit susun ayat cantik-cantik macam blogger lain dan topik-topik tak la pasal diri sendiri jer kan?? Huhuhuhu.. macam cerita syok sendiri la pulak kan..

Blah dulu bai!

Tuesday, January 6, 2009

Ideaaaaaaaaa!!!! Mana kau??

Mana idea ni????? Penat la kepala hotak ni fikir nak tulis ape. Kalau nak kira cerita memang banyak sangat nak luahkan dalam blog ni, tapi tak boleh nak cerita. Kalau lah boleh saya cerita sesuka hati saya kat 'blog suka hati aku' ni, kang saya takut ada yang buntang bijik mata.

Kang saya citer betul-betul pasal saya, macamana life saya yang sejujur-jujurnya takut pulak kawan-kawan yang kenal tak berape kenal saya ni ternganga jer.. Ade pulak yang keluar dailog "lah macam tak percaya jer dia ni rupa-rupanya..". Tu ade la nak sambung dailog sendiri tu.. Alah korang fikir yang negatif jer kan? Suka hati! Hahaha.. suka bagi korang tertanya-tanya ni.

Saya tak nak la buat korang tak puas hati dengan saya pasal cerita saya kat blog ni nanti. Saya tak nak kerana cerita saya yang terlampau telus, tulus, suci dan murni ade yang makan hati, ade yang tak nak kawan, ade yang segan. Saya buat blog bukan nak sakitkan hati sape-sape, walaupun sebenarnya ade yang pernah sakit hati dengan entry saya yang sebelum ni (my mistake pasal dh terlebih exposedkan cerita yang tak patut di'expose'), tapi saya nak kongsi cerita dengan orang lain dan kawan-kawan pasal life saya selepas waktu kerja. Saya tau ade blogger yang bukak blog hanya nak sakitkan hati orang lain. Ade.. Saya pernah jumpa okey!

Kalau boleh saya tak nak jadi plastik dalam blog. Nak jer saya cerita semua benda, semua rasa yang boleh saya luahkan kat sini. Tak nak berlakon macam bagus, macam bahagia, macam jahat, macam baik, macam tak kisah. Tak nak! Kalau boleh saya nak cerita semua part yang baik dan jahat dalam diri saya.

Tapi...

Saya tetap jugak tak boleh buat camtu..

Semua benda saya kena fikir. Perasaan orang lain saya kena fikir. Hubungan orang lain saya kena fikir. Kebahagiaan orang lain saya kena fikir. Periuk nasi orang lain puuuunn saya kena fikir. Apatah lagi air muka orang lain, tu kena fikir jugak. Kalau nak kira cerita terkumpul dalam kepala hotak saya ni baaaaanyak sangat. Macam-macam ade. Macam-macam rasa, macam-macam orang, macam-macam peristiwa yang boleh saya jadikan cerita.

Akhirnya keputusan saya ialah.. korang terpaksa la baca cerita basic saya ni jerrrrrr... nak tau lebih, korang kena la ambik langkah seterusnya. Fikir la sendiri..

Yesssss! Akhirnya ade jugak benda yang boleh dipost kat sini. Korang boring ker?? Ade aku pedulikkkkkkkkkk!! Harharhar!Aku lagiiiiii boring tauuuuuuu. Banyak ni benda tersangkut kat hati, kat kepala hotak tak boleh nak luah kat mana-mana ni.. rasa sebu dah niiii..

Okey lah! Blah!

**Kareem..tq sudi dengar cerita merapu aku smalam.. (smalam??ngeh!ngeh!ngeh!) ade orang marah kau nanti, cakap kat aku tau..

Friday, January 2, 2009

Ape yang sepatutnye saya rasa untuk dia?

Entry saya yang pertama untuk 2009. Tak banyak benda menarik dalam beberapa hari ni. Saya tak celebrate New Year pun. Hanya lepak kat rumah. Kawan-kawan ajak kluar, saya bagi alasan " jalan jam siot!". Saya sebenarnya kurang peduli dengan event-event yang tak berapa ada makna. Entah.. ape faedahnye yer? Walaupun malam tahun baru rasa sedikit bengkerk dengan kawan rapat saya yang memang kalau bab timing memang suka kencing, saya tetap jugak tak heran dengan sambutan tahun baru ni. Entah..

Okey! Okey! Cerita takde kaitan dengan tajuk kan.. eleh! Nak banyak mulut sikit pun tak boleh dah? Saya sebenarnya nak bagitau pasal perasaan saya sebenarnya. Setiap kali kawan baik saya ni membebel ape saje cerita pada saya, saya tak tau ape perasaan yang sepatutnya saya rasa untuk dia ni. Kesian? Simpati? Hairan? Pelik? Sedih? Marah?

Tau tak kenapa saya ada perasaan celaru tu pada dia? Dia ni kawan rapat saya. Paaaaaling rapat. Sebagai kawan rapat, pada saya sepatutnya dia tak perlu lagi bercerita dengan ada perasaan bangga diri tentang betapa hebatnya diri dia dan sedara mara suku sakat dia. Setiap kali bercerita, pasti ada jer benda yang dia nak bangga-banggakan dengan saya. Kadang-kadang rasa dibanding-bandingkan. Saya tau saya orang biasa, tak hebat sangat. Saya tau..

Dia selalu bercerita pasal keluarga atau sedara mara dia yang sangat hebat dengan kereta-kereta mewah. Hebat dengan kehidupan yang sangat entah high class kerana hidup yang sangat kurang ke'Islaman'. Bab-bab minum dan sosial life dia yang sangat 'orang putih'. Hoiiiii!!! Kalau setakat cerita macam tu nak tunjuk betapa bangganya kau pada aku, sorry saya tak heran. Malah saya rasa cukup kesian dan bersimpati. Saya selalu termenung panjang. Kenapa dia perlu rasa hebat dengan cerita-cerita macam ni. Tak salah nak bercerita, cuma jangan ada unsur-unsur nak tunjuk bangga dan hebat nya family yang sebegitu. Lagipun saya kawan rapat dia. Dah nama kawan rapat, bagi saya dah tak perlu ada nak bangga-bangga diri dalam setiap cerita. Cuma cerita dengan nada biasa sudah cukup buat saya sudi mendengar dan faham.

Saya tak benci orang-orang yang hidupnya ala-ala 'orang putih' okey. Itu hak masing-masing. Ape ada kena mengena dengan saya pun. Saya hanya tak tau nak gambarkan perasaan saya ni pada dia. Kita Islam okey! Cuma itu yang saya boleh ingatkan pada dia. Nak lari dari ciri Melayu tak pe lagi, cuma jangan lari jauh sangat dari diri kita dan agama.

Kalau nak bangga diri nak cerita pasal hebat, saya jugak boleh cerita banyak pasal sedara mara dan family saya yang hebat. Saya pun ada sedara mara yang kebanyakan belajar tinggi-tinggi dan sedara mara saya jugak ada yang duduk UK, Japan, Australia. Ada berapa orang sedara saya yang kerja best-best jugak, selain dari pensyarah (entah kenapa sedara saya ni ramai sangat yang suka kerja ni) dan pengarah atau pun doktor (bukan 'doktor' yang satu lagi..doktor betul la..). Mereka pun kaya jugak, tapi rasanya tak pernah nak terlampau nak tunjuk mewah dengan kebendaan. Tapi, itu kejayaan dan kehebatan orang lain bukan saya. Saya hanya orang biasa okey. Paling penting dalam setiap orang adalah perasaan rendah diri dan tak lari dari agama. Saya bangga dengan family saya (bangga ni bangga!), kerana mereka tak ambik mudah dengan agama walaupun bukan mengongkong. Masih lagi ada teguran. Masih lagi ada rasa takut kalau mati tak sempat tobat. Huuuu.. mintak jauh!

Kepada kawan saya tu, saya tak kisah macamana keadaan keluarga awak dan saya tak kisah awak nak hidup macamana okey. Cuma ingat, kita masih lagi orang Islam. Tu pasal setiap kali kau tak semayang Jumaat tiga kali berturut-turut, aku mintak kau mengucap balik. Dah hidup kau dah lari jauh sangat, tapi sekurang-kurangnya masih lagi dalam Islam kalau ape-ape jadi. Teguran aku ni bukan benci, kerana sayanglah saya kena tegur ape yang patut. Kerana sayang okey! Sayang! Read my lips, s a y a n g..

Dah lah! Saya tak tau nanti ada orang marah ke tak pasal entry ni, tapi itu tanggungjawab saya sebagai kawan.

Chow babeh!