BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, May 29, 2009

Ni semua salah lelaki!


Statement tak boleh blah okey! Hahahaha!
Tapi betul la.. semua salah lelaki bila perempuan-perempuan terkena buatan mereka.
Tension ni beb! Satu hari dekat berbelas-belas kali keluar masuk toilet pasal nak terkencing. Bukan banyak pun yang buang, kadang-kadang tu dua tiga titik jer. Rasa nak pakai pampers jer tau.. senang sikit nak lepas hajat.

Sakit kepala pun satu hal. Hari-hari macam ni boleh jadi tensen okey. Rasa nak cabut jer kepala tukar kejap. Memang la boleh tahan, tapi sakit dia berdenyut-denyut sampai ke bijik mata tu yang tak boleh nak tahan tu. Urut kepala boleh la kalau sakit, kalau sampai mata yang rasa takkan nak urut mata jugak kot. Tak pasal kang mata lari channel..hehehe..

Satu hal lagi, asal gosok gigi jer rasa nak termuntah. Masa-masa tak kena buatan orang ni pun boleh rasa mual, ni kan pulak dah terkena. Hari-hari buat hal camni, elok cabut semua gigi pastu pasang gigi palsu. Senang sikit, cabut jer pastu gosok. Tak la rasa kat mulut.

Lagi satu, tune jalan saya dah lari.. dah tak boleh kepit dah. Kenapa yer.. Macamana kepit dan catwalk pun, mesti ada sikit kangkang. Tak boleh blah lansung! Konon-konon nak la kontrol cun walaupun tengah camni..

Dan..last skali..entry saya pun dah tukar channel jugak. Sekarang dah jadi blog ibu-ibu gitu. Bukan salah saya kay. Cuma rutin hidup dah berubah sikit, tu je lah cerita yang ade pun nak bagitau. Hampeh tak? Hampeh! Hampeh!

Semua-semua tu sebenarnya saya tahankan aje.. ni semua dari dalam hati, maka turunlah ke blog. Saya sebenarnya bersyukur ape yang saya dapat. At least, gugur sikit dosa-dosa yang banyak kat badan ni.

Ape-ape pun ni semua lelaki punya pasal! Terer la konon menembak tepat! Huhhhhhhh!

Wednesday, May 27, 2009

Backhoe



Backhoe atas jalan raya..
Pagi-pagi jalan jam. Tambah jam kalau ade benda alah ni. Jentolak selamba jer dengan kelajuan 30km/j. Pemandu yang tersangkut belakang raksasa ni sure sarapan pagi dengan angin. Bukan angin dari luar, angin dari dalam badan. Berpusing-pusing.

Kenapa yer benda ni tak dibawa dengan lori? Kenapa tak ditinggalkan jer kat tempat-tempat pembinaan? Driver dia takkan la balik rumah bawak benda ni balik sekali.

Saya masih pelik sampai sekarang pasal saya pun selalu angin kalau terpaksa ikut 'scorpion' ni sepanjang jalan. Nak potong, jalan satu lane. Nak potong kat jalan dua lane, lorong satu lagi kereta lain tengah laju. Tahan jer lah! Kena la tunggu pemandu yang tak berapa sabar kat belakang potong sampai habis. Chewah! Macam la sendiri sabar sangat. Ya ado!

Ape-ape pun saya memang tak setuju backhoe boleh dibawak atas jalan raya. Kenderaan tu guna dia untuk mengorek, menolak dan menambak tanah-tanah kat tempat pembinaan atau tempat-tempat tertentu jer. Tempat dia semestinya kat situ jer. Mana-mana driver backhoe, nak balik rumah naik la motor ke, keter ke.

Saya tak puas hati sampai sekarang ni pasal benda ni.. korang??

Tuesday, May 26, 2009

Sakit kepala

Hari ni MC, sakit kepala dah tahap kritikal dah ni. Berdenyut sampai nak pecah habis urat-urat kat kepala. Bukan tak biasa kena migrain, tapi ni kira dah berhari-hari main pass button tak berenti-renti lagi tu yang saspen. Muntah-muntah tak pulak. Baik betul yer anak Mama.. errrr.. rasa macam geli pulak bahasakan diri sendiri Mama. Hahahaha! Kena biasakan..;-P
Dengan anak sedara boleh pulak bahasakan mama ninie..

Nak daftar kat klinik@hospital kerajaan tak lagi ni. Hubby cakap tunggu 3 bulan. 28 May ni baru cukup 3 bulan. Ikut jer lah kata dia. Nak pegi sendiri kang tak reti pulak.

Malam baru pegi klinik. Tunggu hubby bawak la. Kang terpeleot dari tingkat 3 sampai bawah kang sape susah.. Doktor check sikit-sikit jer. Dia kata, kadang-kadang pasal dok ngadap computer tu yang kepala sakit tu. Ingat dapat la ubat, tunggu-tunggu takde pun. Dapat pun 2 resit, satu surat cuti dan satu lagi bill. Hummmm...

Nampaknyer kena la tahan sendiri. Kalau sebelum ni boleh jer bantai Panadol Actifast dua bijik. Dalam sejam, sure baik punya. Ni kang kena la cari 100plus, tu pun kira ubat sakit kepala jugak. Cuma nak kena buang gas dia dulu.

Harap-harap esok okey, boleh gi kejer. Boring dok rumah ni. Terkelip-kelip sorang-sorang.

Okey~tu jer..

Monday, May 25, 2009

Adoiiii.. berdenyut-denyut!

Aduiii.. sakit sangat kepala ni. Dari hari Jumaat start. Berdenyut-denyut. Sapu minyak pun tak lega-lega. Tarik rambut sampai meletup-letup pun tak lega-lega. Takkan migrain datang lagi kot..

Dia berenti kejap pastu datang balik. Hari ni datang lagi denyut-denyut dia. Makan ubat doktor bagi tak jalan-jalan pun. Try bukak speck, maybe power dah tak cukup. Sama jugak. Lagi susah nak buat kerja. Satu hape pun tak nampak kat computer.

Duduk diam-diam, kang banyak bergerak kang otak bergegar lagi sakit. Hehehe.. ade ker sampai camtu ek?? Masalah dia sakit ni sebelah kiri jer.. sampai mata pun rasa senak. Errrr..mata pun boleh senak ke? Hahaha..

Nak relax jap lah! Tadi lunch, nasi separuh pun tak boleh nak habis. Lauk kat MAS cafe tak best. Tadi ambik kari ayam, telur masin dengan sayur pucuk paku. Alamak! Ayam dia tak cukup masak. Ade lagi merah-merah kat isi dia. Hadoiiii... ni yang potong ni.. Makan jer lah telur masin dengan sayur jer. Dah putus angin, letak sudu minum sirap sampai habis.

Selera makan saya macam biasa jugak. Cuma ade perasaan teringin jer, saya mesti layan. Macam semalam, teringin sangat nak makan donat Big Apple. Start keter sorang-sorang, pegi Giant. Dah beli terus balik. Singgah jap beli air kelapa sebijik. Wahhhh! Sedapnyer.. sampai rumah jer terus ngap. Hubby takde kat rumah semalam. Layan jer donat dengan air kelapa sorang-sorang sambil tengok tv. Spupu yang sorang tu ntah pegi mana sampai petang tak balik-balik. Biasa pagi Ahah dia ade pegi salon buat facial. Tengahari habis. Ni sampai petang pun tak balik. Takkan pegi Fitnes First lagi kot..

yummmmm... sedap tak???

Cerita pasal Fitnest First. Spupu saya ni asyik jer dok suruh saya pegi sama. Weiii... lupa ke ade budak dalam perut ni. Saya cakap lepas deliver baru saya masuk kelas. Kang masuk sekarang tak pasal-pasal budak dalam perut ni melompat keluar buat senaman sama.

Sakit la kepala ni.. camana nak buat ek? Tido kang, bangun lagi sakit. Tenang..tenang..
Nak tenangkan diri jap. Korang yang tak makan tu pegi la makan kay.

Babai!

Thursday, May 21, 2009

Oh!My baby boy..

Saya teringin sangat nak baby boy. Baby boy selalunya rapat dengan ayah. Suka tengok ayah-ayah bawak anak-anak lelaki jalan berdua jer. Selalunya ayah boleh kongsi hobi dengan anak lelaki berbanding dengan anak perempuan.

Lagipun saya ade sebab kenapa nak sangat baby boy. Ade kaitan dengan my husband laa..

Hopefully..

Kalau dapat baby girl, syukur Alhamdulillah jugak.

Tak sabar nak beli baju untuk Muhammad.. errr.. ape yer.. tak pilih pun lagi nama..

Hahahaha! Berangan jer lebih.

Babai dari Mama sengal untuk hari ni.

p/s : tak sabar nak ade perut macam Rynn..hehehe..

Tuesday, May 19, 2009

ye kawan-kawan, saya menurut perintah..


Sekarang ni segala pergerakan saya, ape saya makan semua dipantau oleh kawan-kawan. Hummmm.. yer la.. orang tak biasa ade baby. Semua benda saya buat macam biasa dah tak boleh biasa dah pada kawan-kawan.

Saya baru nak masuk 3 bulan, dan saya masih lagi pakai jeans. Dah kena tegur dengan kawan. Jeans tu kan ketat, kata mereka. Perut saya flat lagi, cuma keras jer sikit. Lagipun jeans yang saya pakai tu size 28, size yang memang longgar sebelum ni. Nampaknye kena la simpan.

Saya biasa minum Nescafe sehari dalam 3-4 cawan. Ketagih cafeine! Mula-mula dulu nak berenti minum ni amatlah susah. Alhamdulillah, dah berjaya akhirnye. Cuma kadang-kadang la saya minum seteguk dua. Sakit kepala kalau tak telan air pahit ni.. hahaha..alasan..

Saya ni jenis bergerak lincah.. errrrr..bukan gedik kayyy.. jalan laju jer, takde nyer nak nampak lemah lembut lembik. Kawan-kawan yang tengok naik risau. Diorang cakap, time-time baru camni la kena jaga betul-betul. Mana boleh jalan kasar-kasar camtu. Alaa... kena lagi..

Minggu lepas saya masih lagi pakai high heels, skarang dah tak lagi kay. Tau.. tak boleh pakai tinggi-tinggi nanti effect pada baby. Sekarang saya tak leh la catwalk lagi. Sekarang kena biasakan berjalan ala-ala itik pulang petang. Terkedek-kedek dengan flat shoes. Dah la saya ni tak berapa tinggi..

Makan pun ade jugak yang tegur. Kak Dinie, u kena makan makanan berkhasiat tau. Jangan la makan keropok jer, makan la biskut ke.. itu budak cina department saya.. pun kepoh jugak pasal saya.

Hari-hari ade jer orang tanya, ade minum susu tak? Ade makan asid folik tak? Dah check up ke belum?

Susu saya minum, asid folik kadang-kadang lupa..check up, belum lagi cuma sempat gi klinik swasta jer check up.

Saya tau kawan-kawan ambik berat pasal saya. Trima kasih kay.. korang sayang saya kannnn.. hehehe..

Yer.. saya akan menurut perintah. Mana yang baik saya ikut.. Takkan la saya nak bergerak slow jer sedangkan saya rasa takde ape-ape kesusahan pun bila saya bergerak laju..
Saya ikut keadaan badan saya la, tak boleh nak terlampau manjakan badan ni.

Harap-harap semua slamat sampai due date lah!

That's all for today. Babai bebeh!

Monday, May 18, 2009

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru kepada bekas-bekas guru Sekolah Rendah Kebangsaan Ismail Petra, Sekolah Menengah Kota Bharu dan Institut Padang Merdeka Kota Bharu.

Mintak maaf saya dah lupa nama-nama cikgu semua. Sekarang umur pun sudah 35, mungkin otak dah banyak toksin tu yang lupa. Mintak maaf..

Ape-ape pun, saya yang pendiam tapi nakal ni tetap berterima kasih kepada semua cikgu.

Ah! Rindunye kepada kawan-kawan sekolah. Mana mereka yer..


Kawan-kawan sekolah rendah yang masih saya ingat..
Wan Lokman.. Saya masih ingat saya cucuk tangan dia dengan pensil yang baru saya asah tajam-tajam sampai melekat di tapak tangan dia. Hehehe..

Sabrina.. anak ustazah yang pakai tudung labuh tu. Orangnya macam mak dia, baik.

Wan Zaidi Wan Omar.. dah arwah dah. Bila lepas skolah baru dapat tahu abang dia kawen dengan sepupu saya. Abang dia hensem, kenape dia tak berape? Hehehe..

Ala.. dah lupa sape lagi. Tapi ade sorang budak pompuan tu yang suka buat-buat pengsan bila dalam kelas.

Kawan-kawan sekolah menengah..
Of course saya tak lupa kawan saya sorang ni.. Eyu Swee Meng. Cina yang tak berapa putih pasal mix dengan India. Abang dia hensem sangat.

Zam-Zam Zakaria..rambutnye kerinting.

Norkamaro.. terer melukis. Sekarang rasanya kerja di Utusan Malaysia, yang lukis kartun Mamak Cyber tu dia la..

Mohd Muhyiddin..hensem jugak la budak ni. Tinggi dan putih. Tapi tak reti nak guna kehenseman dia untuk jadi playboy skolah masa tu..

Ade lagi tapi malas nak perah otak ingat nama-nama mereka.. mana sempat jer lah!

Alamak kenapa saya hanya ingat nama budak-budak lelaki jer ni.. padahal masa tu saya tersangat la pendiam dan tak glamer pun. Huhuhu..

Kawan-kawan kat institut plak..

Paling tak boleh lupa.. Raizul Anira. Hummm.. putus kawan dengan dia ni pasal dia tersangat lah pentingkan diri sendiri. Rasanya semua kawan-kawan baik dia masa study kat sini dah putus kawan dengan dia ni. Entahhh.. ape crita dia pun saya dah tak tau.

Cik Rozita.. Si kecik ni masih lagi saya contact. Cuma skarang ni tak sempat jer..

Azie.. si tembam yang cantik. Tulisan dia saya suka sangat. Kemas dan cantik.

Haaaa.. yang ni saya tak lupa.. Mohd Suhelmi. Orangnya putih, hensem jugak tapi agak chubby. Saya suka dia dulu, saya tau dia pun suka saya. Tapi dia ni lembab tak nak bagi tau saya, sekarang kan dah lost contact. Cari satu KB pun tak jumpa. Huaaaaa..

Dah lah! Kang dok ingat nama-nama budak old skool kang tak jadi kejer.

Harap-harap dapat jugak terserempak dengan budak-budak ni satu hari..

I wish, dapat jumpa Suhelmi tuuuuu.. mesti dah kawen dan anak berderet. hehehe..
Tapi.. kalau belum pun dah terlambat.. huhuhu..

Okey lah! Tu jer! Babai!

Friday, May 15, 2009

Course lagiiiii...

Esok ade course lagi. Teramat bosan bila kena hari cuti. Lagi pulak buat kat HQ di Shah Alam. Start pukul 9.00 pagi sampai lah ke petang.

Hummmmm... bosan nyerrrrr..

Ahad ni cousin dah ajak pegi PWTC, tengok pameran ape tah. Kerjaya kot? Kalau jadi saya pegi, kalau tak melepek je lah kat rumah. Ade pulak kawan mintak saya survey kan harga camera Canon kat Low Yat. Dia nak kalau boleh dapat harga RM11k pun dah ok. Wahhh! Saya nak dapatkan satu DSLR yang harga RM4K tu pun sampai sekarang tak dapat-dapat. Ini pulak yang harga belas riban..

Okey lah! Takde ape nak tulis pun cuma nak update sikit jer.

Babai!

Thursday, May 14, 2009

Cerita pasal bunga telur (ade kaitan la dgn entry tu)

Sekarang cerita saya mungkin hanya berkisar tentang baby. Hah! Orang tengah excited nak timang baby. Maklum, dah tua bangka macam ni baru nak terhegeh-hegeh ada baby. Malu jugak weh! Orang lain, baya-baya saya ni anak dah sekolah dah. Ah! peduli hape kan. Rezeki masing-masing.

Cerita pasal rezeki, teringat satu cerita pasal budak office saya. Bukan nak mengumpat, tak baik tau.. saya nak cerita pasal attitude orang-orang kita ni jer. Budak pompuan ni baya-baya saya jugak. Mak Jan jugak sebelum ni. Ehhhh! Korang tak tau ker? Hahaha... tapi tempoh saya pegang title tak boleh blah bagi setengah-setengah orang sempit otak ni lagi lama dari dia. Saya kira makan tahun-tahun-tahun-tahun-tahun jugak berbanding dengan dia yang hanya tahun-tah jer (setahun setengah lah!). Budak ni kira macam segan ya amat kalau orang dapat tau dia ni mak jan. Kalau boleh nak sorok lah cerita kegagalan rumahtangga dia ni. Kawan-kawan office dapat tau dia dah berpisah pun bila dah stengah tahun berlalu. Itu kira dah lepas tempoh seksaan emosi la tu baru bagi tau orang.

Ye! Ye! Semua orang nak rumahtangga yang bahagia. Sape nak kawen cerai kan? Orang hilang akal jer boleh wat camtu. Berbalik kepada cerita budak tu, maka lepas setahun stengah sampai lah masa dia nak kawen lagi sekali. Datang lah dia pada hari lepas balik dari cuti kawen, dengan bawak bunga telur sebagai tanda dia dah selamat. Masa sampai turn saya dia nak bagi bunga telur tu, dia boleh bagi satu mandat kat saya. Kalau korang bukan janda korang mungkin takkan rasa ape yang saya rasa masa tu. Perasaan anak dara tua yang tunggu bertahun-tahun tak kawen dengan perasaan seorang mak jan yang gagal mempertahankan rumahtangga dan menunggu jodoh ke dua yang memang dah ade depan mata tapi tak dapat nak realisasikan jadi kenyataan bila ade halangan kerana title janda yang dipegang adalah tidak sama. Percaya lah!

Budak tu bermandat, "awak bila pulak? jangan lama-lama. Kita ni umur dah berapa. Nak beranak lagi. Bila lagi nak dapat anak." Saya hanya senyum, tapi dalam hati memang tak boleh nak senyum lah! Dan saya cuma mampu cakap dalam hati, tengok lah sape yang dapat anak dulu lepas ni. Jahat tak ade perasaan camtu? Jahat pun jahat lah! Hati saya dah berkata-kata pun..

Kepala hotak saya ni fikir, kalau kawen hanya nak membuktikan kepada semua orang yang kita ni boleh beranak dalam perkahwinan kedua kerana kegagalan menghasilkan seorang baby pada perkahwinan pertama tu dah kira tak betul.

Kalau berkahwin hanya kerana malu dengan title mak jan dan sebat jer sape-sape saja yang datang asal dia sudi menghilangkan status yang kita ada walaupun dalam masa yang singkat tanpa sempat kenal hati budi tu dah kira tak betul.

Tak betul jugak kalau fikir hanya berkahwin nak dapatkan anak semata-mata tanpa fikir macamana nak bina rumatangga yang kedua ni jadi yang lebih baik agar tidak mengulangi kesilapan yang kita buat dalam perkahwinan pertama. Memang la tujuan kawen tu nak mendapatkan zuriat, tapi kalau dah Tuhan tak nak bagi tak kira lah korang kawen awal ker, lambat ker kalau takde rezeki takde jugak.

Point saya, bukan saya nak berbangga bila saya dah sah nak ade baby. Tak selesa okey. Dah lah penat, badan letih, menguap beratus-ratus kali sehari dan mual-mual. Cuma setiap dari kita ni Tuhan dah tentukan rezeki dan kita pun kena usaha sungguh-sungguh untuk dapatkan rezeki tu. Cuma jangan la dok lupa pemberi rezeki tu yang lebih berkuasa, bukan kita. Bukan kerana dengan terbinanya rumahtangga dan berusaha bersungguh-sungguh melonggarkan skru katil dan lutut kita akan dapat rezeki yang satu tu. Bukan kah kita sepatutnya humble dengan semua orang dan tak perlu ade rasa bangga diri kerana kita berjaya melepasi satu-satu tahap lebih dari orang lain, kerana kita tidak tahu sebenarnya rezeki seseorang itu adalah datang dari yang Satu itu.

Saya bersyukur kerana rezeki saya ade dan sebenarnya belum tentu lagi rezeki yang saya dapat ni akan saya dapat. Masih kena menunggu lagi berbulan-bulan. Harap-harap semua selamat.

Haaaaa.. saya teringat ade satu ustaz cakap, kalau kita nak murah rezeki kita kena banyak memberi rezeki kepada orang lain. Jangan kedekut! Jangan terlalu menyimpan wang ringgit hanya kerana sayang untuk dibelanjakan untuk diri sendiri atau pun untuk orang lain. Jangan! Allah tak suka. Bila macam tu macamana kita nak dapat rezeki dari Allah..

Budak tu pulak masih lagi belum ade rezeki (insyaAllah ade la tu) dan dia masih lagi dok mengira duit yang banyak dalam simpanan sampai dok asyik bercerita tak tau nak buat ape dengan duit dia yang banyak. Sambil-sambil bercerita sempat lagi berpesan madah pujangga, dia takkan bagi orang pinjam duit dia walaupun kawan baik sendiri. Entahlahhhhhh...

Wednesday, May 13, 2009

Ye..saya bukak balik!

Selama menyepi, sebenarnya bukan menyepi pun. Ada bukak blog baru, tapi malas jugak nak update. Sama jugak, tak hapenning langsung!

Sekarang ni, bukan sengal dah habis cuma rindu sangat kat kawan-kawan blog. Ahhh! Rindu sangat!
Ade jugak masuk baca blog kawan-kawan yang tersangat tak boleh nak lupa.

Sekarang ni, kami.. i mean me & my baby inside my stomach! Hakhak! Sorry tak bagitau yer.. jangan marah! Nak kena mulakan hidup baru lah! Hidup yang mungkin dipenuhi dengan mual dan mabuk sementara menunggu saat-saat genting. Sekarang ni, perut masih leper lagi pun.

Aktiviti seharian, tak jauh beza. Letih sikit, mengantuk sikit, cepat lapar. Harap-harap badan maintain, jangan la jadi belon. Takut tak boleh nak nak turun lepas ni. Kepada kawan-kawan yang saya pernah jumpa, sorry tak jemput pun. Bukan lupa, tapi tak ingat. Hehehe!

Okey! Cukup la kot untuk sementara waktu ni. Nanti sambung kalau ade lagi yang sudi nak tau cerita dari minah sengal sorang ni.

Babai bebeh!