
Petang tadi terima call dari budak Sarawak. Biasa dia call hand phone, saya tak jawab. Tapi, petang tadi dia call office. Tak boleh la nak mengelak. Nak kata terkejut tak la jugak pasal saya tau dia mesti cari saya walau ape cara sekali pun. Hummmm.. berusaha keras pada benda yang tak mungkin lagi dapat hasil adalah satu kerja sia-sia.
Dia kata dah lama tak dengar suara saya. Haiiii... merdu sangat ker suara ni sampai dirindu-rindu?? Hehehe.. Dia tanya saya kenapa dia call hand phone saya tak pernah jawab? Kenapa dia call ade lelaki jawab? Kenapa tak sudi nak cakap dengan dia? Ya Allah! Soalan tu saya tak perlu jawab. Takkan saya nak jawab.. awak dah kawen. Kita dah putus. Saya kecewa dengan dengan awak. Takkan nak cakap benda-benda tak guna tu..
Habis-habis saya jawab, saya dah kawen dan tengah pregnant. Memang saya dengan dia putus takde gaduh, cuma masalah family macam antara dua darjat. Pelakon untuk darjat miskin tu adalah saya dan dia adalah watak orang kaya raya. Tapi bukan pasal tu saya kecewa dulu. Saya kecewa pasal dia tak berusaha langsung macam ape yang dia buat sekarang untuk mendapatkan saya. Cissss.. macam la hebat sangat sampai orang nak dapat-dapatkan. Huahuahua!
Bila dia tau saya dah kawen, lain macam pulak reaksi dia. Dia kata dia lega pasal saya dah bahagia sekarang. Kurang la sikit rasa bersalah dia pada saya pasal pernah kecewakan saya. Eh! Tau pulak dia sebut perkataan tu yer. At the same time dia cakap dia sedikit kecewa. Pulak!
Ah! Semua tu dah terlambat. Nak kecewa ker, nak frust ker saya dah takleh buat ape-ape. Kalaupun saya belum kawen dan dia belum kawen, dan dia dapat atasi masalah dia dengan family dia sekarang ni pun saya tetap takkan berpatah balik. Over is over. Bab-bab kecewa dah pun lepas dan saya dah rasa, so saya takkan balik semula.
Kalau nak direnung kembali kenapa hubungan saya dengan dia dulu smooth jer sampailah ade tentangan dari family dia, pasal saya ni banyak sangat mengalah. Dan jika ade peluang bersama kembali saya tak mungkin dapat terima dia lagi. Kalau difikir dari material dan kesenangan, oh! dialah pilihan perempuan-perempuan miskin macam saya. Tapi... saya bukan macam tu, saya perlukan pasangan yang boleh bertolak ansur, sama-sama mengalah, matang dan inginkan hubungan yang serious dan saya dah pun jumpa.. suami saya.
Kepada J.. terimalah hakikat, semua dah terlambat dan nak mula balik walaupun sebagai kawan ianya takkan berjaya lagi. Over is over and stop calling me 'sayang'.
Kenapa ade gambar Aqasha? Budak J tu muka dia sejibik cam Aqasha. Dengan tinggi, bentuk badan dan karakter sekali. Cuma gigi dia jer tak cantik pasal kuat sangat merokok. Dan... tak tau kenapa saya suka pulak muka cam mamat ni. Takleh blah langsung. Hahahaha!
Blah dulu.. cerita perasaan jer ari ni pasal dah takde benda nak citer. Saja jer nak bukak citer cinta skali-skala.
Tuesday, July 28, 2009
YANG LEPAS BIAR LA LEPAS
catatan merapu dari hey...ini aku at 5:56 PM 13 comments
Tuesday, July 21, 2009
Mari meng'sawan' kan diri
Semenjak dua menjak ni rasa hati sangat sunyi dan sepi. Entah kenapa.. Macam-macam benda saya fikir yang kadang-kadang tu tah hape-hape. Sekarang hidup saya hanya fikir pasal baby jer. Nasib baik ade baby! Kalau tak, saya tak tau ape benda saya akan buat. Saya tak nak peduli pasal orang lagi! Dah penat asyik nak kena jaga hati orang sana sini. Penat okey! Sekarang tiba masa saya pulak tunjuk muka dan perasaan. Kalau dulu saya senyum jer layan mood orang. Mood menyampah pun saya layan! Sekarang dah penat sangat. Bila saya penat, saya akan jadi orang yang sangat keras hati. Bila dah datang perangai keras hati ni, segala keputusan saya adalah muktamad! Bila dah muktamad, saya akan rela hadapi ape saja benda-benda buruk dan baik lepas ni tanpa orang lain. Saya ade kemampuan, InsyaAllah saya berani. Tapi.. benda ni takde kaitan dengan rumahtangga kay. jangan salah sangka pulak!
Okeh! Lupakan bab perasaan sawan tu. Kita masuk ke bab lain pulak.
Sekarang musim buah mata kucing.. errr longan. Ah! Bagi saya sama jer lah! Hummmmm.. best! Best! Saya hantu buah mata kucing. Sekilo saya hadap sorang jer. Sambil tengok tv kadang-kadang boleh habis sekali jalan jer. Hehehehe.. buruk lantak! Sila lihat gambar di bawah untuk menguji sebanyak mana air liur korang boleh keluar.hahaha!
Itu jer lah!
catatan merapu dari hey...ini aku at 1:13 PM 17 comments
Thursday, July 16, 2009
MULUT LASER? MULUT TAKDE INSURANCE?ATAU BERTERUS TERANG?
Saya tak tau mulut saya ni jenis nak masukkan kategori mana satu. Kalau pandang taik lalat kat tepi bibir ni mesti orang cakap saya kategori mulut laser. Tapi.. saya sendiri rasa saya adalah golongan manusia yang tak boleh tahan kalau ade benda yang saya tak puas hati. Saya terus-terang cakap benda tu adalah tak betul pada pendapat saya sendiri.
Nak cuba kaji situasi-situasi yang pernah saya hadapi dengan orang-orang keliling yang mana saya tak berapa puas hati.
Situasi 1
Pegi KFC nak makan Chickeroni. Dalam iklan KFC ade cakap, "macam mi, tapi berlubang di tengah". Lawak la tu, nak cakap makaroni takleh?
Bukan nak cerita pasal iklan KFC, tapi nak cerita pasal budak yang jaga kaunter kat KFC Banting.
Saya order Chikeroni set, tapi saya nak tukar air gas kepada air Milo. Saya tak suka air bergas, lagipun tak elok untuk baby.
Budak tu cakap tak boleh tukar. Kalau nak air Milo kena order lain. Saya pening. Biasa saya pegi mana-mana KFC area Lembah Klang diorang mesti cakap, nak tukar air boleh tapi kena tambah seringgit.
Saya tanya budak tu lagi, tak boleh ker tukar pasal saya tak puas hati budak tu asyik cakap tak boleh tukar. Last-last budak tu cakap, boleh tukar tapi tapi harga lain. Hek eleh! Kalau engkau cakap daripada tadi kena tambah duit kan senang. Kenapa takut saya tak mampu ke nak bayar? Sakit hati sangat, saya sound dia tepat depan muka "cakap la kena tambah duit kan senang, ingat saya tak mampu ke nak bayar stakat seringgit? Duit saya tak laku? Ini sudah menimbulkan kemarahan!" (ayat last tu macam nak buat lawak sikit walaupun tengah marah) .
Budak tu terdiam, nak marah balik takleh pasal kita ni customer.
Situasi 2
Mana-mana toll kecuali toll KLIA. Biasanya budak-budak toll ni kenapa tak reti nak balas senyum orang? Kita punya la senyum sampai ke telinga, tapi diorang buat muka selamba derk jer. Biasanya toll girl yang perangai macam ni. Saya pernah sound "tak boleh senyum ke? Kalau penat kejer, saya pun penat jugak".
Sekali tu dekat toll area Klang, tak ingat la nama toll ape. Saya tak biasa lalu situ. Pagi-pagi buta pukul 5 saya kena ambik adik saya kat Klang sana. Dah la pagi kena kejer lagi, so kelam kabut la saya. Sampai jer kat toll tu, saya tak sempat nak pandang singnboard senarai harga toll kat situ. Saya tanya toll girl tu berapa ringgit. Dia boleh buat tak dengar. Nak kata dia tak dengar pasal bising, tak pulak banyak kereta lalu situ pagi-pagi pukul 5. Dua kali saya tanya dia, tak jawab. Saya hulur jer duit seringgit dan dia pulangkan baki empat posen dengan muka selenga. Tapi tunggu.. ingat saya puas hati dengan orang perangai camni. Lepas saya ambik balance, saya tenung muka dia lebih kurang seminit dua. Dia tak berani pun pandang muka saya. Menonong je pandang depan. Ingat engkau kerja toll engkau tak payah nak berbudi bahasa ke? Lagipun kau silap orang nak buat perangai kureng hajar camtu okey.
Situasi 3,
Bank area Nilai. Saya nak bayar duit keter masa tu. Nak tunggu machine cash deposit ramai lak yang beratur. Saya terus ke kaunter. Dah banyak kali saya berurusan dengan budak pompuan yang sama. First time dulu saya dah perasan budak pompuan ni tak penah senyum. Muka kelat jer. Bila dah banyak kali, saya tak boleh tahan. Saya ni jenis suka senyum walaupun dengan orang yang saya tak kenal. Hari tu hati saya tak boleh tahan sangat dah. Gatal jer lidah ni nak sound budak tu, tapi tak sempat pasal lepas saya dah ade customer lain. Last-last saya jumpa pak guard, saya cakap kat pak guard tu "budak pompuan kat kaunter tu tak reti nak senyum kat customer pompuan ke?" Pak guard terpinga-pinga. Lantak lah!
Situasi 4,
Dalam office saya ada 5 orang Jepun yang ditransfer dari Japan branch ke KLIA yang berpangkat boss yang mejaga shipments ke Japan area. Satu hari salah sorang boss Jepun ni tanya saya pasal satu document yang dia mintak colleague saya courier ke Japan dah sampai ke belum. Dah la kejer menimbun, nak kena call courier service lagi tanya status delivery. Budak courier tu cakap, envelope tu transit dulu kat Singapore dan akan sampai ke Japan dalam masa 2 ke 3 hari lagi. Saya tanya bila date kitorang hantar envelope tu. Ingat nak marah la sikit kan, konon-konon nya diorang ni buat kejer lemb tapi masa mintak kita guna service diorang bukan main lagi siap belanja macam-macam. Errrr.. kira rasuah la tu kan? Hehehe..
Diorang cakap baru petang semalam. Punya la bengang macik nok. Ingat KLIA ke Japan tu macam KLIA ke Nilai ker boleh sampai dalam masa sehari. Agak-agak la pun.
Dah la kejer banyak ni.
Kejap-kejap si Jepun tu datang lagi ke meja saya tanya status of delivery tu. Saya jawab la kat dia, "she send out yesterday evening, it's impossible can reach Japan by today."kalau tengok kat ayat tu memang la takde ape pun, hanya english saya jer yang broken giler, tapi nada suara saya tukar la sikit macam "agak-agak la pun". Dia berlalu pergi dengan muka tak puas hati.
Banyak lagi lah saya rasa benda yang sound jer kalau saya rasa tak puas hati.
Korang agak saya ni laser ker? Mulut takde insurance ker?
Saya rasa ape saya buat tu bertempat. Kalau benda tu tak jadi pada saya, saya takkan nak senang-senang bukak mulut sound2 orang ni.
Patut ke saya diam jer? Jadi perempuan melayu terakhir yang pendiam dan berbudi bahasa dan biarkan benda camni melarat dalam bidang kerja di Malaysia yang melibatkan bahagian perkhidmatan pelanggan? Cuba perhatikan pekerja-pekerja yang kerja dia melayan pelanggan. Kebanyakan tak reti nak senyum pun, kalaupun tak reti nak beramah tamah. Ikut jer mood datang bulan dengan mukla selenga. Heran lah saya!
Okey lah! Rasanya cukup la kot untuk hari ni. Sape-sape yang rasa terlibat dengan situasi-situasi di atas, jangan marah yer. Saya tegur jer ape yang tak berapa betul. Sama-sama la kita bersedekah dengan senyuman. Nak sedekah duit dah la payah, senyum kan percuma jer. Bukan susah pun kannnnnnn.. lagi satu, kita berbudi orang berbahasa, kalau tak memang kena bahasa la kan..
Babai bebeh!
Tiqah pun reti senyum tau!!
catatan merapu dari hey...ini aku at 12:52 PM 12 comments
Thursday, July 9, 2009
KISAH 3 EKOR GAGAK
Okey lah Ava, hari ni akak citer lah pasal burung gagak. Cewah! Macam story teller lak.
Burung gagak kalau tengok ramai berkumpul-kumpul memang akan nampak tempat tu kotor sangat. Orang cakap jugak, gagak ni pembawa petanda. Samaada orang perasan ke tak, tak pun orang tak percaya. Ape-ape yang jadi sebenarnya hanya kebetulan jer sebenarnya.
Saya pernah baca kisah-kisah nabi pasal haiwan-haiwan ni dan salah satu binantang dalam kisah tu adalah burung gagak. Saya pun dah tak ingat camna lah! hehehe..
Peristiwa pasal burung gagak ni dah lama. Masa tu rumahtangga pertama saya tengah huru-hara. Orang cakap setahun perkahwinan adalah masa untuk menyesuaikan diri dan kena banyak sangat bersabar. Tapi, tidak bagi my ex. Dia nak saya terus transform dari kehidupan orang bujang ke kehidupan seorang isteri macam isteri-isteri nabi walaupun masa tu baru jer dalam 6 bulan kawen. Lambat sikit, salah sikit, tolak sikit, salah pakai sikit, semua benda adalah durhaka! Atas alasan-alasan itu dia ambil keputusan cari perempuan lain. Okey fine! Saya rela bermadu. Saya fikir betapa susahnya nak pegang title mak jan dan betapa sayangnya saya pada dia, so saya sanggup.
Dia tak nak dan dia nak berpisah. Saya susah hati sangat masa tu. Duduk rumah berkurung dalam bilik sampai tak makan satu biji nasi berhari-hari. Lapar je saya minum air kosong. Kerja tah kemana. Masa tu pulak my ex kejer di Melaka dan saya di KL. Dia langsung tak balik. Saya macam orang sasau. Hari-hari dok tengok highway tepi rumah. Kalau saya lari terus ke tengah jalan, innalillah masa tu jugak. Nasib baik iman ni kuat. Fikir mati macam tu, senang-senang jer tempah neraka.
Hari-hari dok terperap dalam bilik, saya selalu pandang ke luar tingkap. Khayal macam-macam hal. Satu hari tu, saya terpandang 2 ekor burung gagak depan pagar rumah. Bising sangat mulut macam bergaduh. Terlompat-lompat dengan kaki mencakar-cakar satu sama lain. Nak kata berebutkan sampah, takde pulak saya letak tong sampah depan rumah. Masa tengah gaduh-gaduh tu, datang pulak sekor joint yang 2 ekor tu. Bising-bising lepas tu 2 ekor terbang pergi tinggalkan seekor. Saya pelik bukan pasal gagak tu gaduh ke ape, cuma benda tu jadi hampir tiap-tiap hari. Cara yang sama.
Masa tu takde pulak saya fikir ape-ape. Cuma pelik kenapa hari-hari ada gagak gaduh depan rumah saya. Kalaupun lepas tu saya akhirnya cerai, tapi saya fikir peristiwa gagak tu hanya kebetulan. Ape yang jadi pada rumahtangga saya yang lepas tu mungkin atas kesilapan saya sendiri. Hasilnya dari peristiwa tu, saya slim sangat. Hahahaha.. berat cecah 43kg beb! Ingat senang ke nak turunkan badan dari 55kg ke 43kg dalam masa sebulan! Jalan pun melayang-layang.
Citer pasal gagak tu sampai sekarang saya takleh lupa. Harap-harap takde lagilah. Tak nak percaya, tapi seram jugak kalau jadi lagi depan mata macam tu. Insyaallah, harap-harap yang ke dua ni ade tolak ansur dari dua2 pihak. Tak hensem takpe, asalkan ade give and take. kalau dulu cari calon mesti yang hensem, sekarang saya belajar banyak benda. Hensem tak semestinya serasi. Benda pertama saya pilih adalah keserasian. Dan saya nampak banyak keserasian dan tolak ansur dalam hubungan yang ke dua. Harap-harap jugak sampai ke akhir hayat.
Amin!
catatan merapu dari hey...ini aku at 8:53 AM 19 comments
Tuesday, July 7, 2009
Kedut oh kedut!
Hari ni mengantuk.. Rasanya hari-hari tidur macam biasa jer. Tak la lambat sangat. Pukul 12 saya mesti masuk bilik dah. Mungkin hari-hari selalu terjaga tengah malam pasal rasa pundi kencing dah penuh..hehehe.. Bila tengok mata, dah banyak kedut dah. Oh! Saya lupa, umur pun dah dekat nak setengah abad takkan la mata masih nak tegang lagi macam umur 20 tahun. Mesti la kedut-kedut kerepot dah nampak. Eh! 36 tahun tu kira dah tua yer?? Hahahaha.. tak dapat terima kenyataan..
Tengok! Dah la ada jalur-jalur kedut siap dengan bengkak lagi. Hohohoho.. sangat menawan kalbu kan? Ade petua tak nak kasi mata cantik? Sangat buruk okey! Rabun pulak tu.
Ape ni?? Pagi-pagi dah risau pasal kedut ni apehal? Korang pening? Saya pun..
Dah la.. nak check internet jap ade tak petua nak bagi mata nampak muda jelita.
Babai!
catatan merapu dari hey...ini aku at 9:19 AM 15 comments


