Tak lambat lagi kan nak ucap selamat berpuasa untuk korang? Hahahaha... Saya sekarang adalah sangat malas.
Hari ni pun dapat update sikit pun jadilah kan..
Secara ringkasnya:
1) Saya sekarang sangat-sangat tak larat nak membawa perut. Rasa berat sangat walaupun baru masuk 6 bulan. Dah tak boleh nak gorjes-gorjes lagi dah! Muka manjang jer tak mekap. Dah tak kuasa dah nak tempek ape-ape kat muka walaupun baby powder secalit.
2) Belakang saya sangat sakit dan kangkang saya jugak rasa sakit. Duduk tak kena, baring tak kena dan bangun pun lagi tak kena. Rasa macam nak tobat jer lepas ni tak nak pregnant lagi.
3) Saya hairan camana orang boleh pregnant sampai lima nam orang tu. Kuat siot! Errrr... kuat segala segi la kan... huhuhu...
4) Saya masih lagi tak biasa dengan orang yang tidur sebelah saya tiap-tiap malam. Selalu terjaga bila rasa ade benda bergerak kat sebelah.
5) Oleh kerana belum dapat sesuaikan diri dengan suami, saya masih lagi terkejut kalau tiba-tiba dia muncul masa saya tengah tukar baju. hahahaha!
6) Bukan setakat terkejut, tapi saya pernah menjerit bila dia tiba-tiba suami muncul depan pintu bilik air masa saya tengah mandi dan masa tu starter lampu bilik air dah nak kena ganti. Lampu asyik berkelip-kelip, so saya bukak pintu bilik air masa mandi. Giler ker dengan suami pun nak terkejut??
7) Saya masih hairan macamana orang boleh terlampau minat dengan macam-macam artis. Kalau saya cukup la sorang dua, tu pun kerana hasil kerja seninya sahaja. Kisah hidup? No thanks! Tak minat nak tau sangat.
8) Saya teringin nak makan tauhu bakar. Suamiku, tolong la beli. Dah banyak tempat bazar ramadhan saya cari tak jumpa. Hari tu dapat makan yang area Cheras. Sedap giler dan tu pasal la saya masih lagi teringat-ingat.
9) Saya jugak teringin nak makan jala mas. Dingerous cakap kat area USJ Taipan ade jual. Mungkin saya akan ke sana kejap esok. Bukan jauh pun..
10) Saya terfikir beruntung mana-mana isteri yang dok rumah tak payah kerja. Nak ape pun dapat. Isteri-isteri yang kerja ni kadang-kadang nak beli ape pun masih lagi tertangguh-tangguh. Macam saya nak beli kasut baru masih lagi tak kesampaian. Tak sempat dan tak larat.
11) Macamana cara orang bersyukur yer? Cukup ke hanya menyebut Alhamdulillah? Tanda syukur tu sepatutnya kena sujud kepada Allah dan hidup cara Islam yang betul. Saya sendiri pun tengah mencuba jadi orang yang kena cara bila rasa bersyukur.
12) Saya ngeri tengok tangan saya sekarang ni. Urat timbul macam tangan orang angkat berat dan tapak tangan saya tersangat la merah. Terlebih darah ker. Takkan la..
13) Suara saya serak dah beberapa minggu. Macam suara itik dah ni..
14) Last lah ni! Saya tak nak ingatkan sape-sape pasal my up coming birthday 31st August ni. Tarikh tu tersangat la senang nak ingat dan sape-sape yang rapat dengan saya lupa nak wish saya akan merajuk. Betul ni.. dan hubby, hadiah saya tak nak bunga. Membazir! Saya nak kek tapi tak nak yang king's atau mana-mana kedai kek biasa tu tak best, saya nak secret recipe. Coklat pulak yang ade hazel atau macadamia atau almond yang sebijik-sebijik dan icecream walls selection yang baru tu. Boleh?? Bukan mintak gelang dan rantai kan? Murah la tu..
Okey.. tu jer dalam kepala hotak saya sekarang ni. Tak tau bila lagi dapat update. Malas tahap gaban dah ni.
See ya!
Saturday, August 29, 2009
Update bulan puasa yang malas
catatan merapu dari hey...ini aku at 12:25 PM 5 comments
Tuesday, August 11, 2009
Berita terkini pasal baby
Malas nyer nak update. Ade citer nak bagitau, tapi tak sempat. Otak tengah blur giler ni. Ape-ape hal pun ade berita baik (baik? bukan pening?) nak bagitau sikit.
Weekend lepas gi scan, konon-konon nak tengok baby boy ker baby girl. Lepas dekat sejam menunggu dengan sabar, doktor panggil masuk. Doktor tanya lebih kurang ape yang patut, so saya pun jawab ape yang patut. Doktor suruh baring, saya baring. Doktor suruh bukak baju.. hah! nak kena penampar?? Tak lah... hehehe.. Doktor suruh selak baju sikit, tunjuk perut. Auuuu, malu i tau..hehehe..
Doktor letak gel sejuk dan dia mula scan. Dia bagitau la ape benda yang ade kat scrin. Yang tu kepala, yang tu jantung. Dia kata kedudukan baby okey, takde masalah. Dia godek-godek nak cari jantina baby. Godek punya godek, doktor macam terberenti kejap. Dia macam confused pulak kenapa ade dua jantung. Satu kat atas sikit belah kanan, satu kat bawah sikit belah kiri. Lahhhhh! Ni twin ni.. doktor cakap. Saya pulak, haaaaaa???? Twin? Kembar?
Hubby tak percaya. Celah bedah mana pulak datang keturunan twin ni dia tanya saya. Belah dia takde pulak. Belah saya?? Entah.. sepupu saya ade la dapat twin, tapi tu celah husband dia bukan belah kitorang.
Dah rezeki, terima dengan Alhamudulillah. Hubby yang paling kelakar. Sepuluh kali dia tanya, betul ker twin? Saya sampai penat nak cakap dah. Dah doktor tunjuk ade dua jantung, ade dua orang la kat dalam perut ni. Kedudukan baby pulak okey jer, satu kepala kat bawah dan satu kepala lagi kat atas.
Sampai ke semalam, bila hubby pandang jer saya dia mesti ulang ayat "Dinie.. camana boleh dapat twin ni??" Sambil sengih-sengih, tersenyum-senyum. Hek eleh! Nak jer sekeh kepala dia sekali, baru dia sedar diri yang dia nanti nak kena belanja double untuk baby. Hahahaha..
Saya ni yang pening sebenarnye. Bayangkan saya tak biasa pegang baby. Nak tolong basuh berak anak sedara saya masa baby dulu pun saya tak reti, ni pulak nak jaga dua orang sekali. Dah lah first baby ni, dapat pulak dua skali. Sorang kwek sana sorang kwek sini. Ni mama wannabe yang tak reti ape-ape okey. Harap-harap naluri semulajadi keibuan tu datang la pada saya. Tak la saya kekok nanti.
Barang-barang baby pun kena la beli double. Diapers, baju, baby court nak kena besar sikit, stroller kena cari yang twin dan car seat pun nak kena dua. Alamak! Masak jugak tu.
Harap-harap semua okey. Saya pulak bersyukur sangat dapat dua orang sekali. Tak yah beranak banyak kali..hahahaha! Tu yang penting sebenarnye.
Errrr.. barang baby satu pun tak beli lagi pasal doktor tak nampak baby boy ker baby girl. Tapi, bila saya cakap yang belah kanan ni selalu sangat main flying kick kat dalam perut ni, doktor dah start sebut "abang memang nakal sikit".
Tak kisah lah anak ape pun asalkan dua-dua sihat. Papa dia tengah excited tu nak dapat twin, so layankan aje mood dia. Esok dia jugak yang pening nak kena handle si kecik dua orang tu..hahahaa!
Okey la tu! Nanti ade perkembangan terbaru, saya bagitau lagi kay. Sekarang masa untuk layan sakit kepala. Malam semalam tak leh tidur nyenyak. Si kecik dua orang tu buat pesta ape tah kat dalam perut, kejap-kejap dia tekan pundi-pundi kencing ni sampai rasa nak terkencing. Kejap-kejap dia tendang, kejap-kejap dia main cuit-cuit. Kejap lagi kang dia naik atas sampai perut jadi keras dan saya rasa tak puas bernafas. Jangan naughty macam papa dia dah! Hummmm..
Okey lah beb! Babai!
catatan merapu dari hey...ini aku at 12:58 PM 11 comments
Thursday, August 6, 2009
Kedai makan
Busy tak boleh blah dua tiga hari ni, tapi banyak benda jugak berjaya diselesaikan. Benda paling besar yang dah lama saya tunggu pun dah selesai. Alhamdulillah! Terima kasih sangat kepada suami yang memang faham sangat dengan keadaan saya.
Hari ni nak cerita sikit pasal pengusaha-pengusaha kedai makan. Kepada tokey-tokey kedai ni boleh tak prihatin sikit dengan pelanggan yang datang makan. Bukak kedai makan semata-mata nak untung ke atau nak kongsi kesedapan masakan kita dengan orang ramai. Kalau pun tak reti nak masak sedap-sedap, boleh upah tukang masak yang boleh masak sedap-sedap. Pelanggan tak la rasa tertipu bila makanan masuk ke mulut.
Semalam balik kejer, perut lapar giler. Singgah makan jap kat area Dengkel. Kedai tepi jalan jer. Saya teringin nak makan nasi goreng. So, saya order nasi goreng dan Kak Siti order bihun sup. Tak sampai 5 minit benda yang saya order dah sampai. Kejap giler diorang masak. Tapi.. mana tak cepat, nasi goreng saya tak berasap pun walaupun ade la jugak rasa panas. Rupa nasi goreng tu kaler merah dan kat atas tu dia ade tabur kobis mentah. Saya okey lagi pasal tak rasa lagi camana.
Bismillah.. nganga mulut kunyah. Rasa biasa, macam letak garam dengan perasa jer. Pedasnya takyah cakap sampai saya rasa nak nangis. Saya ni perangai satu jer, nak makan ape-ape pun mesti nak kena ade rencah banyak-banyak. Tak kisah dia letak ayam jer ker, udang jer ker saya boleh makan asalkan kena dengan masakan untuk nasi goreng tu. Saya belek-belek dalam nasi, ade jumpa ayam seketul. Saya belek lagi ade jumpa seketul lagi. Belek-belek lagi langsung tak jumpa dah. Betul! Dua ketul ayam jer dia letak dalam nasi goreng tu!!
Dah lah rasa memang nak telan pun sampai keluar urat-urat leher ni, rencah pun takde. Saya ambik sos cili, letak banyak-banyak dengan harapan saya boleh cuba lainkan rasa nasi goreng tu. Kalau boleh tak nak membazir. Tak boleh jugak. Dengan perasaan kecewa, saya letak sudu dan garfu atas pinggan dengan baki nasi masih separuh. Tuan kedai makan, tolong la tengok kalau pelanggan dah start letak kicap dengan sos dalam masakan korang tandanya masakan korang tu memang tak sedap okey. Ade jugak orang suka makan dengan sos, tapi kalau makanan dah sedap tak perlu perasa tambahan lagi dah! Nganga mulut jer dalam 10 minit dah settle, tu sedap la tu.
Kak Siti pulak yang makan bihun sup cakap rasa dia macam 'pan**t hantu'. Hehehe.. tak baik mencarut pada makanan ni, tapi dia dah tak boleh tahan sangat la tu. Lepas bayar, kitorang blah. Jangan harap la kami jadi pelanggan tetap. Pandai-pandai la sape yang angkat pinggan tengok pelanggan makan tak habis tu nak fikir camana. Mungkin ade dua sebab yang diorang fikir kenapa pelanggan makan tak habis. Makanan tu tak kena selera ataupun pelanggan tengah diet. Tapi, logik ker mak buyung ni nak diet?? Dan logik ker dua-dua orang sekali makan tak habis. Haaaa.. lu fikir la sendiri.
Ni kang bulan puasa nak dekat dah. Pasar Ramadhan dah sah-sah penuh dengan macam-macam makanan dan masakan yang tak boleh dapat masa hari-hari biasa. Nampak lawa dan sedap, tapi rasa dia belum tentu lagi sesedap mata yang memandang dan perut yang meminta. Kebanyakan peniaga nak cari duit lebih untuk raya. Lantaklah masak sedap ker tak sedap ker, asal dapat untung. Itu menipu namanya. Berdosa okey! Kesian kepada orang-orang yang lapar dengan harapan dapat makan sedap-sedap masa bukak puasa nanti tapi selalunya mesti kecewa. Kalau kurang garam, terlebih garam, kurang gula, terlebih gula boleh dimaafkan, tapi kalau rasa dia tak sedap langsung camana?
Kalau pasal minuman, saya cukup puji kedai mamak. Diorang buat air tak pernah kedekut letak Nescafe, Milo, Teh, susu banyak-banyak. Tak macam kedai makan kita, buat air cair jer. Kedekut! Camana nak majuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu??????? Saya pun pernah jaga kedai kopi abah dulu. Tak pernah pun orang komplen pasal air saya tak sedap. Saya tak kedekut tambah-tambah dengan sorang pelanggan yang paling saya meluat. Saya buatkan air Nescafe dia bukan saya kurangkan bahan, tapi lebihkan bahan. Nescafe dia sampai hitam pekat saya letak, susu sampai setengah cawan. Hehehe.. biar dia dapat kencing manis.
Walaupun kedai abah ramai orang datang, tapi abah tersangat harapkan saya sorang yang jaga kedai dia. Pernah abah tinggalkan kedai dengan pelanggan tengah ramai pada saya sorang jer. Macam nak mampus rasa. Dah la ramai yang biasa hutang. Kadang-kadang tu ade yang nak minum free masuk buat air sendiri. Abah tak kisah pun. hairan betul dengan perangai abah. Sampai motor dua tiga bijik yang ade kat kedai, lama-lama lesap macam tu jer. Sape-sape nak pinjam ambik jer, pastu satu-satu hilang. Duit dalam drawer pun dia tak jaga sangat. Abang saya biasa kaki kebas masa tu. Bergumpal-gumpal dalam poket seluar. Paksu saya pun sama. Hummmm... abah. Hati dia baik sangat dengan orang. Saya pun tak leh cakap ape.
Lepas saya ambik keputusan nak kerja lepas STPM, abah tak nak lagi bukak kedai. Dia jual! Kecewa jugak saya, tapi ape nak buat.
Sekarang ni setiap kali balik kampung, mesti tengok kedai tu. Jalan tempat abah bukak kedai tu pun letak nama abah pasal masa dulu-dulu orang yang bertanggungjawab letak-letak nama jalan ni selalu singgah minum. So, abah ade nama jalan. Jalan Mustapha. Kalau pegi KB on the way nak ke Pantai Cahaya Bulan lepas kilang mancis dan jambatan tu ade nama Jalan Mustapha, kat situ lah kedai kopi abah. Memori tuu.. hehehe.
Kay lah! Saya melalut panjang-panjang kang terbukak pulak citer yang bukan-bukan pasal citer lama-lama ni lagi haru biru. Kena simpan sikit-sikit. Ade masa dan ade mood saya citer la kay.
Eh! Kat area Dengkel ade satu kedai tomyam best jugak, nama kedai tu Malee. Try la. Tak la mahal sangat. Mana tau boleh jumpa blogger kat sana pulak.
Kay bai!
catatan merapu dari hey...ini aku at 6:23 PM 8 comments


