BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, October 15, 2009

MY LITTLE TWINS

Hari ni macam terlebih relax pulak pasal Anissa tidur sepanjang hari setelah semalaman menangis kerana lapar. Kesian dia.. so.. hari ni saya dapat la relax sikit. Pagi tadi doktor cakap dia kena puasa sekurang-kurangnye 3 hari. Saya dah gelabah dah.. bukan ape kesian sangat bila dengar dia merengek nak susu. Malam ni terpaksa la saya bersihkan jari lagi untuk jadikan puting dia. Huhuhu... Bermakna saya kena berjaga la sepanjang malam.

Ni ada sikit gambar, tapi muka baby tak boleh tunjuk lagi. Kasi surprise sikit untuk korang. Hahaha... macam anak artis la pulak.. poyo.

Mula-mula kita tengok tangan dia dulu. Tapi yang ni Anissa punya pasal yang adik tu tak dapat nak tangkap gambar lebih-lebih. Memang diorang pantau lebih sikit kat unit tu. Kalau tak camana baby nak cepat besar ye tak?

Comel kan kaki dia? Kecik sangat..

Dan.. betis dia yang sangat seksi dan kurus..hehehe.. jangan tergoda okey.

Cukup lah dulu yer buat sementara waktu. Nanti senang saya upload lagi gambar yang real punya. Yang nampak muka la..

Okey.. babai.

AKU DAH BERANAK

Gila kasar tajuk..hahaha! Saya dah selamat pun melahirkan kembar perempuan sulung pada 30hb September 2009 lebih kurang pukul 11.30 pagi. Tu pun ikut tingkap pasal salah sorang dari twins tu tak dapat cukup darah. Kiranya awal dua bulan la masa tu saya tengah pregnant 7 bulan dua hari.. ape nak buat.

Sekarang nak update banyak-banyak tak boleh pasal kena jaga baby kat spital. Dua-dua baby kena masuk incuvator pasal pre-mature babies biasa la kena jagaan rapi.

Nanti senang saya upload gambar baby tau. Sekarang saya sangat mengantuk dan letih. Baru jer tidurkan Anissa, si kakak. Satu hari dia menangis pasal kena puasa. Doktor cakap usus dia kembang pasal banyak angin dalam perut dan susu tak dapat nak digest dengan betul. Kesian sangat tengok dia menangis, last-last saya bagi dia hisap jari kelingking saya sampailah dia tertidur dalam kelaparan. Esok pagi baru boleh minum susu. Tu pun saya masih lagi tak dapat nak susukan dia sendiri. Semua kena pakai tiub. Kesiannyer baby..

Si adik Arissa pulak masih lagi dalam pusat jagaan rapi. Dia lagi kecik, tapi dia lagi kuat dari kakak dia. Nampak dia lagi relax jer. Lepas minum susu, tidur. Kalau saya datang borak, dia bukak mata pandang dan kejap lagi dia sambung tidur.

Dalam masa sebulan ni saya berumah jer di hospital. Kena jaga kakak lebih sikit pasal dia tak boleh dengan susu formula. So saya kena sediakan susu saya setiap 2 jam sekali untuk Anissa. Si Arissa boleh campur-campur, selamba kodok jer dia. Harap-harap dua-dua sihat dengan cepat.

Lagipun, makan makanan hospital tersangat la boringnyer. Semua benda saya tak boleh main belasah pasal masih lagi dalam pantang.

Suami saya adalah orang yang paling excited bila lahirnya twins dia ni. Kalau boleh dia nak lompat sampai ke langit, tapi dia sedar diri yang dia tu pendek. Hahaha.. Errrrr... kereta Kenari saya mana tah dia sorok. Dah beberapa hari ni saya tak nampak pun dia bawak kereta saya.

Kepada kawan-kawan, doakan anak-anak saya sihat okey. Mana la tau, berkat doa korang semua esok lusa ke diorang boleh keluar hospital. Takde la saya susah hati kat sini kenangkan budak-budak dua orang ni.

Okeylah. Sekarang dah pukul 3.00 pagi. Saya kena tidur. Kang si kakak tu bangun lagi, saya pun kena la bangun jugak sumbat jari dalam mulut dia. Kalau tak, sampai ke pagi dia nangis. Bila baby nangis, saya pun ikut sama nangis. Haaa.. sape nak pujuk saya pulak? Bapak dia jugak..

Okeh bebeh! Nanti senang saya update lagilah. Korang tak care ya..

To Dingerous.. terima kasih datang tengok saya hari tu.. cayalah kawan! Hehehe...